KENYATAAN MEDIA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG MERANGKAP PENGERUSI DAP PULAU PINANG DAN PENGERUSI PAKATAN HARAPAN NEGERI PULAU PINANG PADA 24 FEBRUARI 2020 DI GEORGE TOWN:
Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited terhadap gagasan Pakatan Harapan
Berikutan perkembangan politik di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap komited terhadap gagasan Pakatan Harapan dan akan terus menggalas tanggungjawab untuk mentadbir negeri Pulau Pinang sebagaimana yang diputuskan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berpendirian bahawa mandat rakyat adalah keramat dan perlu dihormati oleh semua pihak.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri Malaysia di bawah Pakatan Harapan.
CHOW KON YEOW