Kerajaan Negeri & PDRM tingkatkan sokongan kecemasan keganasan rumahtangga semasa PKP

Kenyataan Media – George Town, 14 April 2020

Kerajaan Negeri & PDRM Tingkatkan Sokongan Kecemasan untuk Keganasan Rumahtangga di Pulau Pinang semasa PKP

Saya telah berjumpa dengan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan & Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Dato Zainol Bin Samah pada 13/04/2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang setelah difahamkan oleh wakil dari beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengenai peningkatan kes keganasan domestik di Pulau Pinang ketika musim PKP ini.

Pihak PDRM memaklumkan bahawa menurut data laporan yang telah mereka terima berkenaan kes keganasan domestik pada Fasa 1 (18-31 Mac 2020) 13 kes, Fasa II (1-12 April 2020) 2 kes dalam perbincangan yang turut dihadiri oleh ASP Nor Azmah Bt Ismail dan Insp Noornizan Bt Juhasu (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak – D11).

Pihak PDRM juga telah memberi respon yang sangat positif serta akan meningkatkan langkah sokongan terhadap mangsa keganasan domestik. Ketua Polis Datuk Sahabudin juga berkata bahawa keselamatan mangsa keganasan domestik merupakan sebahagian daripada tugas beliau.

Bagi lebih meluaskan kesedaran mengenai Keganasan Domestik di kalangan pelajar, saya juga telah bersetuju untuk menaja bahan-bahan cetakan melalui peruntukkan MMK seperti yang dipohon oleh PDRM, kini juga mereka mempunyai lebihan kakitangan yang memantau dalam kes seperti ini dan dijangka untuk mempunyai lebih ramai kakitangan wanita dalam PDRM.

Kami menasihatkan semua kaum wanita dan lelaki yang menjadi mangsa keganasan domestik untuk membuat laporan PDRM melalui talian kecemasan Polis Pulau Pinang iaitu 04-2691999 (24 jam), Talian Kasih (15999) atau WhatsApp kepada +6019-2615999.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta PDRM Pulau Pinang tetap komited ke arah mempertahankan keselamatan dan kesejahteraan warga Pulau Pinang, terutamanya wanita dan kanak-kanak dalam tempoh PKP.

CHONG ENG
EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

LATAR BELAKANG KES KEGANASAN DOMESTIK MENURUT LAPORAN DARI PUSAT KESEDARAN WANITA PULAU PINANG (WOMEN’S CENTRE FOR CHANGE) 

Keganasan rumahtangga merangkumi pelbagai bentuk penderaan termasuk secara fizikal, mental-emosi dan seksual. Keganasan sebegini adalah salah di sisi undang-undang dan boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (serta pindaan lanjutan kepada Akta tersebut) dan Kanun Keseksaan. Sungguhpun undang-undang keganasan rumahtangga di Malaysia melindungi semua mangsa tanpa mengira jantina, kaum dan agama. Namun hakikatnya kira-kira 75% daripada mangsa keganasan rumahtangga di Malaysia adalah wanita.

Pandemik COVID-19 telah memburukkan situasi keganasan rumahtangga di seluruh dunia. Disebabkan oleh krisis semasa yang semakin berlarutan, banyak negara menyaksikan peningkatan dalam keganasan rumah tangga di peringkat global yang menimpa wanita dan kanak-kanak perempuan, seperti yang diperingatkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.

Malangnya, Malaysia dan Pulau Pinang tidak terkecuali bagi tempoh PKP yang genting ini. Data yang diambil daripada rekod perkhidmatan kaunseling hotline Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (Women’s Centre for Change, WCC) untuk tiga minggu pertama PKP menunjukkan bahawa antara 18 Mac hingga 7 April, terdapat sejumlah 23 kes keganasan rumahtangga yang dikendalikan oleh WCC.

Bilangan kes untuk minggu pertama (iaitu 18 hingga 24 Mac) adalah sebanyak 3 kes dan bilangan kes meningkat sebanyak 4 kali ganda kepada 12 kes pada minggu kedua (25 hingga 31 Mac). Sebagai perbandingan, sepanjang bulan Januari dan Februari 2020, bilangan purata kes keganasan rumahtangga WCC hanyalah di sekitar 18 kes tetapi dalam hanya tiga minggu pertama PKP, bilangan ini sudah naik sehingga 23 kes iaitu peningkatan sebanyak 28%.

Trend ini adalah konsisten dengan data daripada NGO wanita lain seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aid Organisation, WAO) di Selangor yang mencatatkan peningkatan sebanyak 44% dalam panggilan talian hotline dan pertanyaan WhatsApp antara Februari hingga Mac 2020.

Langkah-Langkah  untuk mendapatkan bantuan kecemasan PDRM

Pertama, dalam keadaan kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 999 dan maklumkan alamat di mana insiden berlaku untuk mendapatkan bantuan segera PDRM (24 jam). Anda boleh juga hubungi talian kecemasan Polis Pulau Pinang iaitu 04-2691999 (24 jam).

Kedua, maklumkan pihak polis juga jika anda memerlukan pengangkutan segera untuk ke balai polis. Dalam situasi kecemasan, keutamaan adalah agar mangsa dan anak-anak (jika ada) dapat keluar dari kediaman dengan segera. Sekiranya tidak ada tempat berlindung sementara (misalnya rumah saudara mara) yang dekat, pergi ke tempat awam seperti stesen minyak atau kedai yang berhampiran dan buat panggilan telefon kecemasan dari situ.

Ketiga, setelah membuat laporan polis, maklumkan Pegawai Penyiasat sekiranya anda perlu berangkat ke tempat berlindung sementara yang berada lebih daripada 10km jauhnya dari kawasan anda. Sila minta pengecualian khas serta kerjasama pihak polis untuk membenarkan pergerakan anda merentasi had sempadan 10km tersebut dalam tempoh PKP ini, atas dasar kecemasan.

Nombor Talian Hotline :

  • WCC Pulau Pinang : 011-31084001 & 016-4287265
    Isnin hingga Sabtu, jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam sepanjang tempoh PKP sehingga 28 April 2020
  • Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) Seberang Perai/WCC Seberang: 016-4180342 & 016-4390698
  • Pertubuhan Kebajikan Sneham Malaysia : 1-800-22-5757
  • Pejabat EXCO Wanita & Keluarga : +604 – 650 5143

槟州妇女及家庭发展, 性别包容和非伊斯兰宗教委员会主席章瑛 于14日4月2020年发表之文告:

基于接到来自数个非政府组织有通知关于行管令期间家暴投诉暴增的数据,我昨天(周一)前往槟州警察总部拜会了槟州总警长拿督沙哈布丁及副总警长拿督再诺商讨警方管制期间如何加强保护受害人。这是因为在行动管制令期间,非政府组织的工作人员也需遵守管制令;因此身为前线工作队之一的警方有必要扮演救护受害人的角色。

与会的警方代表包括来自性罪案,及家暴调查组的诺阿芝曼警长。根据警方在会上报告的数据,在行管令第一阶段期间 (3月18号至31号),一共获得13宗家暴案件投报, 行管令第二阶段截至四月13号一共有2宗投报。

总警长拿督沙哈布丁表示警方对于家暴案件给予高度的关注。他也强调保护受害者的人身安全是警方的工作范围。他透露槟州目前虽然有比以前增加了负责调查性罪案和家暴案的女性警官,但希望能达到每一个警局都有D11部门,因为此罪案受害人多为女性, 由女性警官负责调差会比较适合。章瑛表示希望警察训练学校在课程中可以加入性别觉醒内容,以达到所有警员对性罪案和家暴更有敏感度。

为了唤起学生有关于家暴的醒觉,槟州妇女及家庭发展委员会将于槟州警方合作印刷及分发有关于防范及制止家暴指南小册子。

民众在面对家暴,无论是女受害者或男受害者,都可以拨电至槟州警方的紧急投报专线 04-261 9199 (24小时)报案。

另外,民众若面对家暴和其他心理压力时,也可以联络下列非政府组织的专线

  • Women’s Centre of Change Penang槟城妇女援助中心 (011-31084001 & 016-4287265)
  • Pusat Perkhidmatan Wanita Sebrang perai 威省妇女服务中心 (016-4180342 & 016-4390698)
  • Pertubuhan Kebajikan Sneham Malaysia福利团体 (1-800-22-5757)
  • Pejabat EXCO Wanita & Keluarga槟洲妇女和家庭发展委员会办公室 (04-650 5143)

槟州政府以及皇家警察携手承诺, 将会捍卫槟州的和谐及居民的安全, 特别是行管令期间的妇女及儿童。

章瑛
槟州行政议员


PRESS STATEMENT BY CHONG ENG
STATE EXECUTIVE COUNCILLOR
FOR WOMEN & FAMILY DEVELOPMENT, GENDER INCLUSIVENESS & RELIGIONS OTHER THAN ISLAM

“Penang State Government & PDRM Increases Emergency Support for Domestic Violence in Penang during MCO Period”

14 April 2020

Yesterday, I had a short meeting with Penang State’s Police Chief; Datuk Sahabudin Abd Manan & Penang’s Deputy Chief of Police; Dato Zainol Bin Samah at the Penang Police Headquarters, after being informed by representatives from several Non-Governmental Organizations (NGOs) that there was an increase in domestic violence cases in Penang during the Movement Constraint Order period.

ASP Nor Azmah bt Ismail and Insp Noornizan bt Juhasu of PDRM Sexual, Women’s and Children’s Investigation Division – D11, who also attended the meeting, shared that they have received 13 cases during the Phase 1 of MCO (18-31 March 2020), and 2 additional cases during the Phase 2 (1-12 April 2020).

Police Chief Datuk Sahabudin said it is part of their duty to ensure the safety of domestic violence victims, and has responded very positively to increase their support for domestic violence victims. They have assigned several staff to oversee domestic violence related cases and are expected to have more female staff joining their force.

We advise all women and men who are victims of domestic violence to make a PDRM report through the Penang Police 24-hours emergency hotline at 04-2691999.

Apart from that, the Penang PDRM have also actively carried out campaigns to raise awareness in schools. To support their initiatives to further raise awareness of Domestic Violence among students, I have also agreed to sponsor print materials through my MMK allocation, as requested by PDRM.

The Penang State Government and the Penang PDRM remains committed to protecting the safety and well-being of Penangites, especially women and children during this MCO period.

CHONG ENG

Scroll to Top
Scroll to Top