Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia
Harga Simen Di Sarawak Secara Ketara Lebih Tinggi Berbanding Di Semenanjung Malaysia, Dan Satu Penyiasatan Diperlukan Bagi Menentukan Sama Ada Ia Berlaku Akibat Amalan Monopoli
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah membuktikan komitmen Kerajaan untuk mengawal kos sara hidup rakyat Malaysia pada tahap yang berpatutan. Ini telah dilakukan dengan mengekang kenaikan harga simen setelah Kerajaan berbincang dengan syarikat-syarikat industri simen.
Kejayaan Kerajaan ini sekaligus menjawab kebimbangan awam akan ura-ura kenaikan harga simen setinggi 40% di Semenanjung Malaysia seperti dilaporkan media minggu lepas. Ia juga meredakan kerisauan awam bahawa pengeluar-pengeluar terbesar simen tempatan telah menyalahgunakan kuasa pasaran mereka untuk menaikkan harga simen secara tidak adil.
Simen adalah bahan binaan asas. Sebarang kenaikan harga simen yang ketara akan disalurkan semula ke dalam ekonomi. Ini kemudiannya akan menjejaskan kuasa membeli para pengguna.
Pada masa yang sama, harga simen di Sarawak adalah secara ketara lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia. Satu penyiasatan diperlukan bagi menentukan sama ada ia akibat amalan monopoli industri tempatan di Sarawak.
Buat masa ini, kadar inflasi bagi pengguna di Malaysia kekal rendah dan stabil. Indeks Harga Pengguna untuk bulan April 2019 telah meningkat sebanyak 0.2% sahaja, iaitu pada kadar yang sama untuk bulan Mac 2019.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
23 Jun 2019
Media Release
Ministry of Finance Malaysia
Cement Prices In Sarawak Is Markedly Higher Than In Peninsular Malaysia, And Should Be Further Examined To Determine Whether It Is Caused By Monopolistic Practices
The Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has proven the Government’s commitment to keep living costs faced by Malaysians at reasonable level. This has been done by keeping cement prices in check after the Government met with cement industry players.
This success immediately tackles concerns over a possible 40% hike in cement prices across Peninsular Malaysia as reported by the media in the past week. It also alleviates fears that major cement producers in the country were abusing their market power to raise cement prices unfairly.
Cement is a basic building material and a drastic price increase will inevitably feed into the economy negatively, and eventually hurt consumers.
At the same time, cement prices in Sarawak that are markedly higher than in Peninsular Malaysia should be further examined to determine whether it is caused by monopolistic practices of local industry players in Sarawak.
Inflation for consumers remains low and stable. The consumer price index for April 2019 increased by only 0.2%, which was the same as for March 2019.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Minister of Finance
Ministry of Finance Malaysia
Putrajaya
23 June 2019