Kerajaan mengambil alih pemilikan 4 lebuhraya, dijangka menjimatkan rakyat sehingga RM180 juta

Siaran Media
Menteri Kewangan Malaysia

Tawaran Pengambilalihan 4 Lebuhraya

Pada 22 Jun 2019, saya telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan pada 21 Jun 2019 telah mengemukakan tawaran bersyarat, tertakluk kepada kelulusan Majlis Jemaah Menteri, untuk mengambil alih 4 lebuh raya – KESAS, LDP, SPRINT dan SMART – dengan kos sebanyak RM6.2 bilion. Saya telah menerangkan manfaat-manfaat pengambilalihan, termasuk penjimatan bayaran wang pampasan oleh pihak Kerajaan berjumlah sekurang-kurangnya RM5.3 bilion, serta penjimatan bayaran tol oleh pengguna-pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun.

Pengguna-pengguna lebuh raya mendapat manfaat daripada membayar caj kesesakan, yang dikurangkan secara ketara daripada kadar tol semasa, yang menjimatkan sehingga RM180 juta setahun. Kerajaan secara prinsipnya akan memberikan diskaun sehingga 30% pada waktu luar puncak dan kadar percuma pada waktu bukan puncak.

Kos yang dicadangkan untuk pengambilalihan ini, iaitu RM6.2 bilion, akan dibiayai oleh terbitan bon, dan akan dibayar balik sepenuhnya daripada pungutan caj kesesakan. Ini berbanding dengan kos pampasan sebanyak RM18 bilion yang perlu dibayar sekiranya kutipan tol dihentikan di lebuh raya-lebuh raya tersebut. Akibat isuisu yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu yang telah menyebabkan kekangan kewangan, Kerajaan Persekutuan tidak mampu membelanjakan RM18 bilion untuk tujuan ini.

Penerbitan bon RM6.2 bilion tanpa memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan merupakan penyelesaian ‘menang-menang’ (win-win) kerana penjimatan bayaran pampasan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion untuk membekukan kadar tol di 4 lebuh raya tersebut.

Jadual di bawah menunjukkan kos pampasan bagi setiap lebuh raya, berserta tarikh tamat konsesi, berbanding dengan kos pengambilalihan lebuh raya tersebut:

* setelah pelanjutan 5 tahun seperti termaktub dalam perjanjian konsesi KESAS yang diluluskan kerajaan terdahulu, untuk menampung kekurangan dalam sasaran pendapatan semasa.

Persoalan juga telah ditimbulkan tentang mengapa perlunya pengambilalihan konsesi-konsesi dengan nilai RM6.2 bilion diteruskan sedangkan perjanjian akan tamat dalam tempoh 9 hingga 23 tahun. Jelas sekali, kesan serta merta daripada keputusan ini ialah pengguna lebuh raya akan membayar caj kesesakan lebih rendah yang mampu memberi mereka penjimatan sebanyak RM180 juta setahun.

Kedua, tempoh konsesi tidak akan dilanjutkan tetapi akan tamat seperti yang termeterai dalam perjanjian konsesi sedia ada. Ketiga, setelah perjanjian tamat, caj kesesakan akan dikurangkan lagi bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya sahaja, tanpa mengandungi sebarang unsur keuntungan.

Tawaran bersyarat ini, apabila diluluskan oleh pemegang saham dan pemiutang 4 pemegang konsesi lebuh raya tersebut, masih tertakluk kepada kelulusan daripada Majlis Jemaah Menteri. Ini secara jelas dinyatakan dalam kenyataan saya pada 22 Jun 2019, setelah Majlis Jemaah Menteri telah meluluskan secara prinsip pada 27 Februari 2019, serta kelulusan YAB Perdana Menteri atas tawaran tersebut pada 20 Jun 2019.

Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa tawaran-tawaran tersebut, yang dibuat selepas melalui ketekunan wajar (due diligence) oleh perunding perbankan profesional, adalah sejajar dengan usaha memenuhi komitmen Kerajaan Pakatan Harapan seperti dinyatakan dalam manifesto pilihanrayanya, untuk mengambil alih konsesi lebuh raya dan beransur-ansur mengurangkan kadar tol, bagi meringankan beban yang dipikul rakyat.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
26 Jun 2019


马来西亚财政部长林冠英文告:

2019 年 6 月 22 日,我发表了一份文告,确认联邦政府于 2019 年 6 月 21 日在内阁批准的情况下,提出有条件的献议来收购 4 条大道——即莎阿南大道(KESAS)、白蒲大道(LDP)、吉隆坡西部疏散大道(SPRINT)和精美隧道(SMART),总成本为 62 亿令吉。我也概述了收购的好处,包括政府可以节省至少 53 亿令吉的赔偿金,以及大道使用者每年可节省的过路费高达 1.8 亿令吉。

大道使用者可以从交通疏导费中受惠,有关收费比起目前的过路费将大大减少,每年可节省高达 1 亿 8000 万令吉。原则上,政府将在尖峰时段前后的时段提供高达 30%的折扣,至于非尖峰时段提供免费通行。

拟议的 62 亿令吉收购成本,将通过发行债券来融资与支付,而收取交通疏导费将足以偿还。另一个方法相比之下成本更高,那就是支付 180 亿令吉的赔偿金给予大道公司,以换得停止收取任何过路费。不过,基于前朝政府留下太多烂摊子,导致政府财政拮据,联邦政府无法负担这笔 180 亿令吉的费用。

该 62 亿令吉的债劵是在联邦政府无需付出费用下发行的,这将是一个双赢的解决方案,毕竟要求四条大道冻涨过路费是必须赔款给对方的,这可以节省至少53 亿令吉的赔偿金。

下表为每条大道的赔偿成本及其各自的到期日与其购置成本之比较:

* 前朝政府批准莎阿南大道( KESAS )的特许经营权中 5 年延期,以弥补当前收入目标的不足。

另外,也有此一问:为何政府要收购将在 9 至 23 年之间就将截止的特许经营权大道。首先,最根本的原因就是上述大道使用者将缴交比原有过路费更低廉的交通疏导费,所有使用者将为此每年节省 1 亿 8000 万令吉。

第二、往后,上述大道特许经营权即便期限到了也将不会如以往般再被延长。

第三、一旦特许经营权期限截止,届时其交通疏导费将会更大幅度降低,只用以维持大道的维修费用,再没有任何盈利的元素存在。

上述四大道经特许经营权股东及债权人所批准的献议条件,仍有待内阁批准。我已经在 2019 年 6 月 22 日的文告中清楚写明,这项献议一开始是于 2019 年2 月 27 日首次提呈内阁时,获得内阁原则上同意,并在 2019 年 6 月 20 日获得首相敦马同意其献议条件。

让我重申,上述献议条件是经由专业银行顾问谨慎审核之后所制定,以符合希盟政府的承诺,接管高速公路经营权并逐渐减少过路费,减轻人民的负担。

我爱马来西亚!

马来西亚财政部长
林冠英
2019 年 6 月 26 日 布城财政部启


Press Release
Minister of Finance Malaysia

Offer  To Acquire 4 Highways

On 22 June 2019, I issued a statement confirming that on 21 June 2019 the Federal Government had made a conditional offer subject to Cabinet approval to acquire 4 highways – KESAS, LDP, SPRINT and SMART – at the total cost of RM6.2 billion. I had outlined the benefits of the acquisition, including at least RM5.3 billion in compensation payments that would be saved by the Government and up to RM180 million in annual toll savings for the highway users.

Highway users benefit by paying congestion charges, which is significantly reduced from the current toll charges, saving up to RM180 million annually. In principle, the Government will give discounts of up to 30% for hours outside of peak periods and free travel during off-peak periods.

The proposed acquisition cost of RM6.2 billion will be funded by a bond issuance that is fully financed, and paid for from the collection of congestion charges. This compares with having to pay RM18 billion in compensation for the highways to not collect any toll charges. Due to legacy issues from the previous government leading to financial constraints, the Federal Government cannot afford to fork out RM18 billion.

By issuing the RM6.2 billion bond at no cost to the Federal Government, there is a win-win solution because of the savings of at least RM5.3 billion in compensation to the 4 highways for freezing toll hikes.

The compensation cost for each highway and their respective expiration date, compared against their acquisition cost is reflected in the table below:

* after a 5-year extension provided in the existing KESAS concession agreement approved by the previous government to cover shortfall in current revenue targets

Questions have also been raised as to why the Government should acquire the highway concessions, which will expire between 9 to 23 years. Clearly the immediate rationale will be that highway users will pay a reduced congestion charge that can save them RM180 million annually.

Secondly, the concession period will not be lengthened but will expire in accordance with the existing concession agreements. Thirdly, upon expiry, the congestion charges will be further reduced significantly to cover only the operating and maintenance costs, without any profit element.

The conditional offers, when approved by the shareholders and creditors of the 4 highway concessionaires, are still subject to Cabinet approval. This was clearly stated in my statement on 22 June 2019, after the in-principle approval was first granted by Cabinet on 27 February 2019, as well as the YAB Prime Minister Tun Dr Mahathir approving the conditional offer on 20 June 2019.

Let me reiterate that the conditional offer is made after due diligence by professional banking consultants, in line with fulfilling the commitment by the Pakatan Harapan Government in its electoral manifesto, to take over highway concessions and gradually reduce toll rates, to ease the burden on the people.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Minister of Finance
Ministry of Finance Malaysia
Putrajaya
26 June 2019

Scroll to Top
Scroll to Top