Artikel daripada Senator Lim Hui Ying (Setiausaha DAP Pulau Pinang), 5 Oktober 2019:
Reba dan masalah yang ditinggal oleh Kerajaan Barisan Nasional amat berat dan kotor
Secara tidak langsung negara yang telah merdeka 62 tahun ini telah dijajah oleh pemerintah yang berkuku besi 10 tahun yang lalu – Pemerintahan Najib Razak.
Akibat daripada pemerintahan ini kerajaan telah terjebak dengan hutang negara sebanyak 1 trillion ringgit, dan penindasan ini telah menyebabkan institusi kebangsaan kehilangan profesionalisme dan penghormatan rakyat tercalar di mata dunia. Justeru itu, kita juga telah berada dibawah kepimpinan yang disifatkan sebagai Kleptokrasi di mata global.
Demi menutup pekung yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, kebanyakkan individu-individu pembangkang sekarang menggunakan helah seperti menyemburkan fitnah dan berita palsu di media sosial dengan menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan jauh lebih buruk daripada mereka.
Akibat daripada fitnah-fitnah di media sosial ini, isu-isu perkauman dan keagamaan semakin membuak-buak dikalangan rakyat dan ini boleh mengakibatkan keharmonian rakyat di dalam negara tergugat.
Rakyat Malaysia harus mempertahankan perpaduan nasional dan mengecam berita palsu dan ucapan kebencian yang direka untuk mencetuskan prasangka antara kaum dan agama, rasa curiga, permusuhan, ketakutan dan kebencian.
Dalam membina suasana persaingan yang sihat rakyat perlulah berwaspada dalam menerima dan menyebarkan berita serta mempunyai suatu pendirian yang utuh dalam menyemai kebebasan untuk bersuara.
Setiap warganegara harus mempunyai tanggungjawab untuk mengelakkan sebarang bentuk konflik dan perpecahan yang timbul daripada unsur-unsur negatif sesetengah pihak, yang bertujuan memusnahkan perpaduan negara.
Selaku rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum kita juga harus berlatih toleransi dan berusaha untuk memahami perbezaan adat, budaya dan agama diantara satu sama lain sehingga kita dapat terus hidup dalam suasana kemerdekaan dalam makna sebenar kata itu.
Seperti mana peristiwa bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah dunia telah menyaksikan keberanian rakyat Malaysia, saya optimis bahawa majoriti rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf antarabangsa yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti.
LIM HUI YING
上议员林慧英(槟州民主行动党秘书)2019年10月5日 新闻文告 :
国阵政府留下的问题与灾难实在太沉重及肮脏了
这个独立了62年的国家在不经意间在过去10年被纳吉的铁腕政权所统治,而在其统治下政府已经背上了超过1万亿的国债,同时在其压迫下导致了国家机器失去其专业水准及人民在全球蒙羞。因此,我们也在国际社会眼中成了活在盗贼统治之下。
为了掩盖国阵政府造成的烂摊子,许多反对党成员如今使用诡计如在社交网上散播诬陷或假新闻,将希盟政府贬成比他们更糟的政府。
这些网上的诬陷信息也导致了种族及宗教议题在民间掀起波澜,导致国内的社会和谐受到挑战。
马来西亚人民理应捍卫国家团结并反击用来激发各族各宗教之间猜忌、仇恨、空寂及憎恨的假新闻与仇恨言论。
在打造健康的竞争环境,人民必须在接受和传播资讯上保持警惕,同时也拥有一个完整的个人立场以传播自由的发声空间。
每一个国民理应肩负避免一切由特定一方以毁灭国家团结为目的,而制造出来的冲突及分裂。
由多民族组成的马来西亚人民理应学习包容及理解彼此在传统、文化及宗教上的差异,让我们能在真正意义上的独立环境中继续生活。
就如同2018年5月9号时的第14届全国大选这一个历史事件,它不止震惊了马来西亚人同时也让全世界看见了马来西亚人民的勇气。我乐观的认为马来西亚人无论种族、宗教或地域,都想看见马来西亚成为一个基于团结,自由,正义,卓越和正直,具有国际水准的国家。
林慧英
Article by Senator Lim Hui Ying (Penang DAP Secretary), 5 October 2019:
Let’s not give in to racial provocation, but work towards an ideal Malaysia
Our 62 years old country was ruled by an ironclad government for the past 10 years under Najib Razak’s rule, before the 14th General Elections.
As a result of that administration, the government has now inherited RM1 trillion debt, with our national institutions having lost their professionalism and respect in the world. As such, we were living under kleptocratic leadership in the global eye.
In order to stir away public’s fixation over those damages done by Barisan Nasional when they were in government, the Oppositions are now spreading slander and fake news telling people that the Pakatan Harapan government is much worse than the previous administration.
As a result of the Oppositions’ racially-charged slander, our society’s multicultural relations are becoming tensed. This could severely affect our precious and fragile harmony in the country.
All Malaysians must defend our unity and be able to identify fake news and hate speech that are used to provoke racial and religious prejudice, suspicion, hostility, fear and hatred.
We need to be discerning over the messages that we received and send out through social media. We must not abuse our freedom of speech to spread destructive and provocative messages.
Each of us has the responsibility to prevent any form of social conflict arising from the provocation fanned by the Oppositions.
Since Malaysia is made up of different ethnic groups, we should also practice tolerance and work together to build mutual understanding among the different races. Only by doing this that we can flourish in the spirit of ‘kemerdekaan’ as a nation.
The historic 14th General Election on May 9, 2018 has startled not only Malaysians but the entire world as everyone witnessed our courage to cast our vote of hope for the then-Oppositions, Pakatan Harapan.
Most of us, from across races, religions, and regions, want to see Malaysia thrives to be a country recognised for our unity, liberty, justice, excellence, and integrity. We must continue to work towards this ideal Malaysia.
LIM HUI YING