Kerajaan BN/PN tiada hak naik denda kompaun apabila menteri terus langgar SOP Covid-19 secara terbuka: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 7.3.2022:

Kerajaan BN/PN Tiada Hak Untuk Menaikkan Denda Kompaun Kepada RM1 Juta Bagi Syarikat Dan RM10,000 Bagi Individu Apabila Menteri Terus Mengamalkan Amalan Dua Darjat Dengan Melanggar SOP COVID-19 Secara Terbuka.

Parti-parti pemerintah yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor bercakap mengenai kestabilan politik tetapi secara terbuka menyerang satu sama lain sebagai korup dan tidak layak untuk memerintah. Sementara itu masalah rakyat dilupakan dan sebaliknya dengan mudah dipersalahkan atas pandemik COVID-19. Ini adalah tujuan sebenar bagi pindaan yang dicadangkan kerajaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, dengan meningkatkan kompaun denda bagi syarikat kepada RM1 juta dan RM10,000 bagi individu yang gagal mematuhi SOP COVID-19.

Kerajaan BN/PN yang korup, menurut pemimpin mereka sendiri, tidak berhak untuk mengenakan kenaikan sedemikian apabila Menteri mereka sendiri secara berterusan mengamalkan amalan dua darjat dengan secara terbuka melanggar SOP COVID-19 yang mereka sendiri perkenalkan. Kita ada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi salam penumbuk, Perdana Menteri Ismail Sabri, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, penyandang Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan Presiden MIC S Vigneswaran ditangkap bergaul rapat dengan sekumpulan ahli politik tanpa penjarakan sosial.

Insiden terbaru dua hari lalu membabitkan orang ramai yang menari secara ganas melibatkan lompat-melompat dan laga-melaga dengan penari lain tanpa penjarakan sosial di konsert muzik rock di Air Hitam, Johor. Konsert muzik rock itu dikaitkan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan dihadiri oleh Menterinya Annuar Musa.

Bukan setiap rakyat Malaysia biasa kaya seperti Menteri yang mampu membayar denda RM10,000 yang dinaikkan dan setiap syarikat boleh bertahan seperti Kementerian Kerajaan apabila dikenakan denda kompaun RM1 juta. Kerajaan harus menanggung kegagalan COVID-19 mereka dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketidakcekapan mereka, menunjukkan belas kasihan kepada mangsa COVID-19 dan menguruskan peralihan pandemik menjadi endemik dengan berkesan dalam menerima realiti bahawa masyarakat terpaksa hidup dengan COVID-19.

Penalti yang keras dan denda kompaun seperti itu boleh dikuatkuasakan sesuka hati dengan cadangan pemberian kuasa mutlak dan tanpa batasan yang diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, yang tidak boleh dipersoalkan atau dicabar di bawah cadangan pindaan yang sama. PH dan DAP telah mengambil pendirian tegas menentang dan mengundi menolak cadangan pindaan sedemikian di Parlimen kerana kuasa mutlak yang diberikan kepada penguatkuasaan dan hukuman serta denda kompaun yang berat dikenakan.

Terdapat dua sebab utama mengapa pindaan ini tidak sepatutnya diluluskan. Pertama, ini adalah percubaan tidak jujur ​​oleh kerajaan untuk menyalahkan rakyat untuk mengelak tanggungjawab ke atas kegagalan mereka menguruskan wabak COVID-19 yang telah menyebabkan lebih 3.6 juta jangkitan dan hampir 33,300 kematian. Kedua, hukuman yang berat boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat biasa dan kelangsungan hidup perniagaan kecil yang tidak mampu membayar penalti dan denda kompaun yang berat serta membebankan.

Penalti yang keras dan kuasa mutlak yang diberikan kepada pegawai penguatkuasa juga terdedah kepada penyalahgunaan dan amalan rasuah yang akan meletakkan halangan tambahan kepada pemulihan penuh ekonomi. Demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, perlu ada pendekatan keseluruhan kerajaan dan bukannya menyalahkan atau menjadikan rakyat sebagai punca pandemik COVID-19.

Kerajaan Persekutuan begitu licik dan penuh helah dalam mengatur masa perbahasan dan meluluskan cadangan pindaan selepas 12 Mac apabila Pilihan Raya (PRN) Johor berakhir. Jelas sekali pindaan itu dirancang untuk diluluskan selepas PRN Johor, bagi mengelakkan kontroversi dan kesan buruk itu terhadap undian. BN termasuk UMNO, MCA dan MIC perlu tampil memberi penjelasan terhadap sokongan mereka kepada cadangan pindaan ini yang bertentangan dengan kepentingan rakyat.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2022年3月7日在吉隆坡发表文告:

当多位部长屡次持双重标准,公然违反防疫标准作业程序之际,国阵/国盟政府无权将公司罚款提高到 100 万令吉和个人罚款增加到 1万令吉。

那些执政党在柔佛州选中大谈政治稳定,但同时又彼此公开攻击对方贪污腐败,不适合执政。在相互争论之际,民众真正的问题反而被遗忘了,所有问题都被简单地归咎于冠病大流行。职是之故,政府提议修订《 1988 年传染病预防和控制法案》,将对公司的罚款提高到 100 万令吉,而对没有遵守防疫标准作业程序的个人罚款 1万令吉。

纵观那贪腐的国阵/国盟多位领导人,公然地违反了自己制定及实施的防疫标准作业程序,在这样双重标准的情况之下,政府委实无权落实提高罚款来对付人民。我们首先有卫生部长凯里跟人击拳问好,再来是首相依斯迈沙比里、国防部长希山慕丁、现任柔佛州务大臣哈斯尼和国大党主席维尼斯瓦然,在没有社交距离的情况下与一群政治人物密切接触。

最新的事件是在两天前于柔佛州亚依淡举行的一场摇滚音乐会上,一大群人在没有社交距离的情况下,跳上跳下并故意与其他舞者相撞。这场摇滚音乐会与通讯和多媒体部有关,其部长安努亚慕沙当时也出席了这个活动。

不是每个普通的马来西亚人都像部长一样富有,可以承受得住增加到 1万 令吉的罚款;也不是每家公司都可以像政府部门一样,在被罚款 100 万令吉后还能生存下来。政府应该承认他们在处理冠病大流行上的失败,对他们的无能承担全部的责任,同时也对冠病的受害者表示同情,再努力地去好好管控疫情,并学会接受现实,即我们必须和冠病共存。

这种严厉的惩处和罚款是可以任意执行的,同时,根据有关拟议修正案,建议授予卫生总监不受限制和无限的权力,而且,这些权力不能受到质疑及挑战。希盟和民主行动党采取坚定立场,将在国会中投票反对此类提议的修正案,对如此苛刻的严刑峻法反对到底。

不该通过这些修正案有两个根本原因。首先,这显示出政府的不诚恳,将责任归咎于人民。他们未能应对导致超过 360 万人感染和近 3万3300 人死亡的冠病大流行,却借此逃避承担责任。其次,严厉的处罚可能对普通民众的生计和小企业的生存造成毁灭性的影响,他们无力承担如此沉重的处罚和罚款。

落实如此严厉的惩处,以及赋予执法人员这么大且对人民苛刻的权力,也可能会遭到滥用而导致贪污腐败行为的产生,这将对经济的全面复苏雪上加霜。为了挽救生命和生计,我们必须采取政府总动员的措施,而不是指责人民,或让人民成为冠病大流行的罪魁祸首。

联邦政府非常狡猾,选在 3 月 12 日柔佛州选举结束后,才在国会辩论和批准拟议修正案。显然的,修正案在柔佛州选举后才来通过,主要是避免争议,不让这件事对选举产生不利的影响。支持这个修正案的国阵,包括巫统、马华和国大党,必须对这个不利于人民的修正案讲清楚说明白。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 7.3.2022:

BN/PN Government Has No Right To Increase Compound Fines To RM 1 Million For Companies And RM10,000 For Individuals When Ministers Serially Practice Double Standards By Openly Breaching The COVID-19 SOPs.

The ruling parties contesting in the Johor state election talks about political stability but yet openly attack each other as corrupt and unfit to govern. Meanwhile the people’s problems are forgotten and instead being conveniently blamed for the COVID-19 pandemic. This is the real rationale for the government’s proposed amendments to the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988, increasing compound fines for companies to RM1 million and RM10,000 for individuals that fail to comply with COVID-19 SOPs.

The corrupt BN/PN government, according to their own leaders, have no right to impose such an increase when their own Ministers serially practice double-standards by openly breaching the COVID-19 SOPs that they themselves have introduced. We have Health Minister Khairy Jamaluddin giving a fist bump, Prime Minister Ismail Sabri, Defence Minister Hishammuddin Hussein, incumbent Johor Menteri Besar Hasni Mohammad and MIC president S Vigneswaran caught mingling closely with a crowd of politicians without social distancing.

The latest incident two days ago involved a large crowd dancing in a violent manner involving jumping up and down and deliberately colliding with other dancers without social distancing at a rock music concert in Air Hitam, Johor. The rock music concert is linked to the Communications and Multimedia Ministry and was attended by its Minister Annuar Musa.

Not every ordinary Malaysian is wealthy like Ministers who can afford the increased RM10,000 fines nor every company can survive like Ministries when slapped with a RM1 million compound fine. The government should own up to their COVID-19 failures and bear full responsibility for their incompetence, be compassionate to the victims of COVID-19 and to effectively manage the transition of the pandemic becoming endemic to accept the reality that society has to live with COVID-19.

Such harsh penalties and compound fines can be enforced at will with the proposed granting of unfettered and unlimited powers granted to the Director-General of Health, that can not be questioned or challenged under the same proposed amendments. PH and DAP have adopted a firm position of opposing and voting against such proposed amendments in Parliament due to the draconian powers granted to the enforcement and harsh penalties and compound fines imposed.

There are two fundamental reasons why these amendments should not be approved. First, this is a dishonest attempt by the government to pin the blame on the rakyat to avoid responsibility for their failure to manage the COVID-19 pandemic that has caused more than 3.6 million infections and nearly 33,300 deaths. Second, the harsh penalties can have a devastating effect on the livelihood of ordinary people and survival of small businesses who are unable to afford such heavy and burdensome penalties and compound fines.

Such harsh penalties and draconian powers arming enforcement officers can also be subject to abuse and corrupt practices that will impose an additional obstacle to the full recovery of the economy. To save lives and livelihood, there must be a whole-of-government approach instead of blaming or making the people the culprit for the COVID-19 pandemic.

The Federal government is devious and cunning in timing the debate and approving the proposed amendments after 12 March when the Johor elections are over. Clearly the amendments are intended to be passed after the Johor elections, to avoid the controversy and the adverse electoral impact over the issue. BN including both UMNO, MCA and MIC must come clean on their support for these proposed amendments that are inimical to the interests of the people.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top