PUTRAJAYA: Keputusan tawaran baharu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Sesi 2019/2020 akan diumumkan esok (17 Jun), jam 12.00 tengah hari.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan berkata pengumuman tersebut selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei lalu yang bersetuju untuk menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM dari golongan B40 untuk mengikuti program tersebut.
“Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang telah membuat permohonan dan juga pernah mengemukakan rayuan sebelum ini boleh menyemak keputusan dengan melayari laman web KPM di www.moe.gov.my,” katanya.
Berita pada Bernama: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1735765
PUTRAJAYA: The Ministry of Education (MOE) matriculation application results for students from the B40 households will be out from 12noon tomorrow.
In a statement here today, the Ministry said it was in line with the Cabinet’s decision on May 29 to offer more places for excellent students from the B40 group to undergo the programme.
As such, those who have applied and submitted an appeal for admission into the programme can check their results online at www.moe.gov.my