Kepimpinan Baharu Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (MPPH) Pulau Pinang 2022

KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN PULAU PINANG
BERTARIKH 22 SEPTEMBER 2022

Kepimpinan Baharu Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (MPPH) Pulau Pinang 2022

Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (MPPH) Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 20 September 2022, bertempat di Wisma DAP, Jalan Rangoon Pulau Pinang.

Selaras dengan perubahan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang melalui pemilihan partinya yang lalu, penyelarasan sewajarnya telah dibuat oleh MPPH Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Sdr YAB Chow Kon Yeow dipilih sebulat suara sekali lagi sebagai Pengerusi MPPH Pulau Pinang.

Sdri YB Nurul Izzah Binti Anwar, yang dipilih sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang baru-baru ini, dipilih sebulat suara sebagai Timbalan Pengerusi MPPH Pulau Pinang yang baharu bersama Sdr Dato’ Dr Roslan Bin Ahmad, Pengerusi Amanah Pulau Pinang.

Senarai penuh Kepimpinan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (MPPH) Pulau Pinang yang baharu adalah seperti berikut:

Pengerusi:
Sdr YAB Chow Kon Yeow (DAP)

Timbalan Pengerusi:
Sdri YB Nurul Izzah Binti Anwar (PKR)

Timbalan Pengerusi:
Sdr Dato’ Dr Roslan Bin Ahmad (AMANAH)

Setiausaha:
Sdri YB Senator Lim Hui Ying (DAP)

Bendahari:
Sdr YB Goh Choon Aik (PKR)

Ketua Pemuda:
Sdr Lee Wei Seang (DAP)

Ketua Wanita:
Sdri Nurhidayah Binti Che Rose (PKR)

Pengarah Komunikasi dan Penerangan:
Sdr Dr Zaidi Bin Zakaria (AMANAH)

Ahli Jawatankuasa (AJK):
Sdr YB Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)
Sdr YB Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman (PKR)
Sdr YB Prof. P. Ramasamy A/L Palanisamy (DAP)
Sdr YB Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh (DAP)
Sdr YB Zairil Khir Johari (DAP)
Sdr Dato’ Hj Zulkiefly Saad (PKR)
Sdr Tuan Haji Mohamed Yusoff Bin Mohamed Noor (AMANAH)
Sdr Ustaz Ahmad Fahmi Bin A. Bakar (AMANAH)
Sdr Mohd Saifullah Bin Abd Nasir (AMANAH)
Sdr Muhamad Suzuki Bin Ahmad (AMANAH)

Ahli Jawatankuasa (Ex-Officio):
Sdri YB Lim Siew Khim (DAP)
Sdri Datin Hajjah Aida Binti Hj Yusof (AMANAH)
Sdr Muhammad Fadzli Bin Roslan (PKR)
Sdr Muhamad Khairul Bin Mohd Ali (AMANAH)

Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (MPPH) Pulau Pinang juga bersetuju untuk mengadakan Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bakal menjelang bila-bila masa.

Sekian.

Dari,
Dr Zaidi Bin Zakaria
Pengarah Komunikasi dan Penerangan Pakatan Harapan Pulau Pinang


槟州希望联盟媒体文告 (2022年9年22日)
槟州希望联盟理事会2022年度新领导层出炉

槟州希望联盟理事会于2022年9月20日在槟州民主行动党总部召开常年大会。

随着槟州人民公正党更换领导层,槟州希望联盟理事会也因此作出了相对的调整。

槟州首席部长曹观友再次被理事会一致通过遴选为槟州希望联盟理事会主席。

近期出任人民公正党槟州主席的努鲁依莎国会议员亦在理事会一致通过下,与来自国家诚信党槟州主席的拿督罗斯兰阿莫齐当选为槟州希望联盟理事会新任署理主席。

槟州希望联盟新领导层阵容如下:

主席:
曹观友(民主行动党)

署理主席:
努鲁依莎(人民公正党)

署理主席:
拿督罗斯兰阿莫(国家诚信党)

秘书:
林慧英(民主行动党)

财政:
吴俊益(人民公正党)

青年团团长:
李伟翔(民主行动党)

妇女组主席:
诺希达雅(人民公正党)

宣传与联络主任:
再迪 (国家诚信党)

理事:
拿督莫哈末峇迪亚(人民公正党)
拿督扎基尤丁(人民公正党)
拉玛沙米(民主行动党)
佳日星(民主行动党)
再里尔(民主行动党)
拿督祖基菲里(人民公正党)
莫哈末尤索夫(国家诚信党)
阿末法米(国家诚信党)
莫哈末赛夫拉(国家诚信党)
莫哈末苏祖基(国家诚信党)

理事(当然委员):
林秀琴(民主行动党)
拿汀艾达(国家诚信党)
莫哈末法兹里(人民公正党)
莫哈末凯鲁(国家诚信党)

槟州希望联盟理事会通过决定召开槟州希望联盟大会,以备战随时举行的第15届全国大选。

再迪
槟州希望联盟宣传与联络主任


Scroll to Top