Thu. Oct 15th, 2026

100 Hari Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang: Jalan Teruih Demi Rakyat

Sejak dilantik pada 22hb September, Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 secara rasmi telah mencapai 100 hari pentadbiran pada 31 Disember.

Sepanjang tempoh ini, Jawatankuasa Negeri tidak pernah leka, malah aktif menganjurkan pelbagai program dalaman dan luaran untuk menunaikan janji —— mendengar suara akar umbi dan berkhidmat dengan dedikasi untuk rakyat.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Sdr Steven Sim, telah memperkenalkan hala tuju baharu “Dalam Kukuh, Luar Kuat” sebagai panduan utama DAP Pulau Pinang.

Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang telah menganjurkan beberapa sesi temu dengan ahli parti, termasuk pertemuan bersama wakil-wakil cawangan masyarakat India serta pemimpin akar umbi dari Kawasan Parlimen Bukit Mertajam, Bukit Gelugor, Bayan Baru, Balik Pulau, dan Batu Kawan. Sesi temu tersebut bertujuan mewujudkan komunikasi dua hala yang efektif serta memberi maklum balas terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli parti.

Bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran dan kepimpinan parti, Sdr Chris Lee Chun Kit telah dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif DAP Pulau Pinang, langkah strategik yang bertujuan memperkukuh koordinasi organisasi parti.

Dari segi hubungan luaran, Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Biro Perhubungan NGO yang dianggotai oleh Sdr Zairil Khir Johari, Yeoh Soon Hin dan Ramkarpal Singh, serta Biro Hal Ehwal Masyarakat India yang diketuai oleh Sdr Ramkarpal, mengadakan lawatan hormat ke Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang (PCTH), dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kaum India Malaysia (MICCI) Pulau Pinang.

Selain itu, sesi akademi bangsa untuk belia, sambutan rumah terbuka Deepavali, serta sesi taklimat bersama MPKK di Kawasan Parlimen Kepala Batas turut dianjurkan. Semua usaha tersebut menunjukkan komitmen Jawatankuasa Negeri untuk bekerjasama dengan persatuan luar, memperluas pengaruh parti, dan menarik lebih ramai penyokong muda.

Pada masa yang sama, DAP Pulau Pinang telah melancarkan misi bantuan banjir di Kedah, Kelantan dan Terengganu, berjaya mengumpul RM100,000 dan 100 tan barangan keperluan dalam tempoh 5 hari, dan menghantar pasukan ke kawasan bencana secara peribadi untuk membantu mangsa.

Sdr Steven Sim juga mengetuai Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang, mengadakan kunjungan hormat untuk melawat Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Chow Kon Yeow merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang. Pertemuan ini mengukuhkan komitmen untuk bekerjasama rapat bagi memastikan pembangunan Pulau Pinang terus menjadi keutamaan.

Menjelang tahun baharu, Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang berjanji untuk terus jalan teruih, memastikan terus memberikan perkhidmatan kerajaan negeri yang stabil dan cekap kepada rakyat Pulau Pinang pada pilihan raya umum yang akan datang. Jawatankuasa Negeri akan berusaha untuk memperkukuhkan DAP Pulau Pinang, menjadikannya lebih kuat dan seterusnya menjadi pilihan utama rakyat.

Di mana bendera DAP berkibar, di situ wujud ahli Parti yang sentiasa bersedia memperjuangkan kepentingan rakyat.