Wed. Oct 14th, 2026

Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, mesti segera memohon maaf secara tanpa alasan kepada Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, atas kenyataannya yang tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, sama ada dalam kerjasama dengan parti komponen Kerajaan Perpaduan mahupun pelaksanaan tugas rasmi ataupun di dalam kabinet kerajaan sejak beliau memegang jawatan. Beliau juga gigih menyokong dan membantu usaha Perdana Menteri untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia.

Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, sering menunjukkan sikap tidak matang. Daripada mengancam pemborong beras, isu stoking, hinggalah insiden pelancong China yang mengibarkan bendera negara mereka, tindak balas Akmal sering bersifat kasar dan tidak profesional. Namun, terhadap kenyataan provokatif oleh musuh politik Perikatan Nasional, Akmal memilih untuk berdiam diri atau buat tidak tahu dengan tanpa komen. Sikap ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan Akmal dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja tidak membantu, malah membawa kerugian. Sikap buat tak tahu Akmal terhadap parti lawan telah menimbulkan syak wasangka bahawa beliau mungkin bersubahat dengan pihak lawan.

Boon Chee menyeru kepada Akmal agar insaf secara segera, mengubah sikap yang melulu dan mencontohi pemimpin DAP. Akmal harus memainkan peranan sebagai sebahagian daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan yang bekerja tanpa mengira kaum untuk kesejahteraan rakyat. Sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka, Akmal juga harus menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan dasar yang menguntungkan semua lapisan rakyat. Dengan pendekatan ini, kemungkinan besar UMNO dapat memulihkan imejnya dan menyumbang kepada kerjasama erat dalam kalangan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.