KENYATAAN MEDIA OLEH SENATOR YB LIM HUI YING
AHLI DEWAN NEGARA MERANGKAP SETIAUSAHA PARTI DAP PULAU PINANG:
PRINSIP KETERANGKUMAN GENDER HARUS DIGUNAPAKAI DALAM PELANTIKAN AHLI DEWAN NEGARA
GEORGE TOWN, 3 NOVEMBER 2020
Saya menyokong penuh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang mengenai kertas cadangan yang dibawa oleh YB Chong Eng, EXCO bagi Pembangunan Sosial & Hal Ehwal Bukan Islam mengenai Cadangan Minima 30% Perwakilan Wanita di Peringkat Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri.
Negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang mengambil langkah progresif untuk merapatkan jurang gender di peringkat pembuat keputusan. Pendekatan ini juga seiring dengan teras menggalakkan dan memperkasa rakyat dengan meningkatkan penyertaan dalam pembangunan negeri Pulau Pinang yang termaktub dalam visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.
Sebagai satu langkah untuk menggalakkan lebih ramai wanita tampil ke hadapan, Parti DAP juga telah mengambil pendekatan untuk menerapkan polisi Keterangkuman Gender ini. Secara lazimnya, Parti DAP hanya memberi kuota sebanyak 3 pencalonan kepada DAPSY & WANITA DAP, namun pada tahun ini DAP Pulau Pinang telah memberi tambahan sehingga 10 Pencalonan kepada WANITA DAP Pulau Pinang sebagai suatu langkah untuk menyahut cabaran mensasarkan 30% wanita di peringkat Ahli Majlis pada tahun 2021.
Pada masa yang sama, saya juga ingin menekankan bahawa di Dewan Negara kini mempunyai 66 ahli Dewan Negara (Senator) di mana 57 daripadanya adalah terdiri daripada golongan lelaki dan hanya 9 daripadanya adalah wanita (14%).
Oleh itu, saya juga menyarankan agar setiap pelantikan Ahli Dewan Negara di setiap negeri, seorang wanita dapat dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara sebagai suatu pendekatan untuk mengurangkan jurang gender.
Pengamalan perspektif keterangkuman gender ini adalah penting untuk memastikan tiada kelompok masyarakat yang tertinggal dalam arus pembangunan sesuatu negeri.

上议员兼槟州民主行动党秘书林慧英于2020年11月3日在乔治市发布的媒体文告:
国会上议员委任理应采取性别平等原则
我全力支持由社会发展及非伊斯兰事务行政议员章瑛槟州行政议会中所提出的,至少委任30%的女性代表担任地方政府市议员和官联公司董事会成员。
槟州是马来西亚第一个积极采取措施来拉近存在于决策层中存在的性别差距的州属。这个措施也符合了鼓励和加强人民参与槟城州发展的精神,这也是在槟城2030愿景:重家庭、 拥绿地、精明州、耀全国”的核心精神。
为了鼓励更多的妇女挺身参与,民主行动党也采纳了实施这一性别平等政策的方法。以往,民主行动党只给社青团及民主行动党妇女组提名3位人选,但今年槟州民主行动党将让槟州妇女组提名10位人选,以达成在2021年市议员委任符合30%女性的挑战。
同时我也要强调,国会上议院现在有66名上议员,其中57名是男性,只有9名是女性(14%)。
因此,我呼吁每个州属在委任上议员时,应提名1名女性担任上议员,以拉近性别差距。
实践性别平等非常重要,以确保在国家发展中不会落下任何人。