Adalah dimaklumkan bahawa satu kaunter pendaftaran khas bagi KADUN Kebun Bunga akan dibuka pada 26 November 2017 (Ahad) bagi memudahkan mangsa-mangsa banjir di kawasan Lumba Kuda dan Lorong Air Terjun untuk melakukan segala proses pendaftaran Bantuan Banjir RM 700 di bawah Program Pulau Pinang Bangkit.
Maklumat kaunter khas tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 November 2017 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat :Kedai Kopi Green Leaves, No 59, Jalan Lumba Kuda
https://goo.gl/maps/DP6YNCqpUQN2
Semua mangsa banjir di kawasan tersebut digalakkan untuk menghadirkan diri ke lokasi di atas untuk proses pengesahan pendaftaran mahupun pendaftaran Bantuan Banjir RM700 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
ADUN Pulau Tikus YB Yap Soo Huey turut akan berada di kaunter khas tersebut dari 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Kenyataan Oleh
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang