Kemalangan Tapak Projek Perumahan Tetuan Taman Sri Bunga, Lembah Permai Di Atas Sebahagian Lot 4510, Mukim 18, Tanjong Bunga, Pulau PinangKemalangan Tapak Projek Perumahan Tetuan Taman Sri Bunga, Lembah Permai Di Atas Sebahagian Lot 4510, Mukim 18, Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1. Akta Perancang Bandar dan Desa telah memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal pembangunan dan memberi kebenaran pembangunan di kawasan pentadbirannya.
2. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa ini untuk Pulau Pinang.
3. Dalam menimbang mana-mana permohonan merancang pembangunan, MBPP adalah pihak yang wajib untuk meluluskan atau menolaknya.
4. Dalam proses pertimbangan, ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan dalaman dan jabatan-jabatan luaran diperolehi MBPP.
5. Dalam hal ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah salah satu daripada jabatan luaran yang telah memberi ulasan yang tidak menyokong kerana tidak memenuhi keperluan zon penampan yang ditetapkan di bawah “Guidelines For Siting and Zoning of Industry And Residential Areas”.
6. Walau bagaimanapun, JAS bukanlah pihak wajib yang diberi kuasa untuk membuat keputusan mengenai permohonan kebenaran merancang. Kuasa ini diberikan kepada MBPP.
7. Harus ditekankan bahawa sebelum ini JAS pernah memberi ulasan tiada halangan pada 22hb. Mei 2008 kepada rayuan satu projek yang berdekatan yang berada dalam lingkaran 500 meter dari Tapak Kuari.
8. Harus juga ditekankan dalam projek perumahan Tetuan Taman Sri Bunga ini, satu lagi jabatan luaran ia itu Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Pejabat Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah memberi ulasan tiada halangan pada 30hb Disember 2014 kepada permohonan ini dengan syarat-syarat teknikal untuk dipenuhi.
9. JMG adalah jabatan yang mempunyai bidangkuasa dalam hal-hal geologi, pendasaran tapak, pemadatan tanah dan kerja-kerja pelutupan.
10. Haruslah ditekankan bahawa kedua dua jabatan ini ia itu JAS dan JMG adalah di bawah Kementerian yang sama ia itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
11. Dalam kes ini, satu agensi (JAS) telah memberi ulasan tidak menyokong kerana tidak mematuhi zon penampan dari Tapak Kuari, manakala satu agensi yang lain (JMG) telah memberi ulasan tiada halangan tertakluk kepada syarat teknikal.
12. Harus kita tekankan bahawa permohonan ini telah memenuhi Pelan Dasar dan Perancang Pemajuan MPPP 1976 dan di atas tanah yang bawah daripada 76m (250 kaki) dan dikategorikan sebagai Kategori II dengan cerun purata di bawah 20°.
13. Dengan ini, jelasnya MBPP telah memberi kelulusan setelah menimbang ulasan ulasan dari semua jabatan.
14. Jelas ini, projek ini bukan satu projek tanah bukit yang tinggi sepertimana didakwa oleh Penang Forum dan parti-parti pembangkang.
Sekian.