Kenyataan media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 6 .8.2017

Bagaimana hutang negeri Pulau Piang boleh menjadi tiga kali ganda sekiranya hutang air dan asetnya sebanyak RM655 juta tidak dipindahkah kepada pihak kerajaan Persekutuan sedangkan negeri Pulau Pinang buat masa sekarang mencatatkan hutang yang paling rendah di antara negeri-negeri lain dengan jumlah RM65 juta sahaja, dan merupakan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai sebarang tunggakan hutang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan sepatutnya mengikui kursus ekspres dalam bidang perakaunan apabila beliau menyatakan hutang negeri Pulau Pinang akan lonjak tiga kali ganda jika kerajaan Persekutuan tidak mencampur tangan. Macam mana hutang negeri Pulau Pinang boleh melonjak tiga kali ganda jika hutang air dan asetnya yang sebanyak RM655 juta tidak dipindah kepada Kerajaan Persekutuan sedangkan buat masa sekarang hutang negeri Pulau Pinang merupakan paling rendah antara negeri-negeri lain dengan sebanyak RM65 juta sahaja dan merupakan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai sebarang tunggakan hutang?

Ini tidak masuk akal. Abdul Rahman menyatakan bahawa jika RM655 juta hutang negeri tidak dipindahkan kepada kerajaan Persekutuan, hutang kerajaan negeri Pulau Pinang akan melonjak tiga kali ke tahap RM 2 billion dengan hutang tambahan sebanyak RM 1.4 billion! Bagaimana hutang tambahan sebanyak RM1.4 billion ini muncul tidak pula dijelaskan padahal hutang kerajaan negeri sekarang hanya berada di tahap RM65 juta?

Oleh sebab itu, Abdul Rahman harus berhenti berlagak bodoh dan melemparkan dakwaan menyatakan kononnya hutang Pulau Pinang akan bertambah tiga kali ganda daripada RM655 juta kepada RM 2 billion jika tiada pindahan asset dan hutang daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) kepada kerajaan Persekutuan. Jika ini benar, sila jelaskan bagaimana hutang Pulau Pinang boleh berada di tahap yang rendah buat masa sekarang, dengan tiada tunggakan hutang sedangkan tujuh negeri diperintah oleh Barisan Nasional yang juga menjalankan pindah alih aset air seperti Pulau Pinang, tetap juga hutang mereka masih jauh lebih tinggi daripada Pulau Pinang dengan tunggakan yang banyak?

Rakyat Pulau Pinang dan bukan Abdul Rahman Dahlan yang akan menentukan samada Pulau Pinang mendapat suatu perjanjian yang adil dengan membenarkan pindah alih aset dan hutang kembali kepada Kerajaan Persekutuan. Seperti Abdul Rahman Dahlan pernah sebut dahulu, sebahagian daripada perjanjian ini ialah persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukansebanyak RM1.2 billion untuk projek membesarkan Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam sebanyak 4 kali ganda.

Biarlah sejarah dan juga pengundi Pulau Pnang menentukan dalam pilihanraya yang akan datang ini samada pucuk pimpinan kerajaan negeri ini berwibawa ataupun membuat keputusan betul untuk penggembangan empangan empat kali ganda dimana tiada catuan air dilakukan dan juga bekalan air sentiasa ada. Abdul Rahman menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak sepatutnya menggadai asetnya untuk mengurangkan hutangnya atau membiayai perbelanjaan yang meningkat.

Saya ingin memberi tujuh jawapan kepada Abdul Rahman. Pertama, hutang air itu telah wujud ketika kerajaan negeri masih di bawah pentadbiran BN sebelum ini. Maka, hutang air ini sepatutnya dibiayai semula oleh kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan BN. Kedua, hutang yang diambil alih oleh kerajaan Persekutuan ini bukannya dilakukan secara percuma, tetapi menerusi penyerahan aset air oleh PBAPP sebagai pertukaran dan kini dimiliki oleh kerajaan Persekutuan.

Ketiga, perjanjian penstrukturan air, pengambil alihan hutang air dan penyerahan aset bukanlah sesuatu yang pelik bagi kerajaan Pulau Pinang. Hakikatnya, perkara yang sama turut dipraktikkan oleh tujuh kerajaan negeri BN. Tetapi hutang tujuh kerajaan negeri BN tidak berkurang sebanyak 90% seperti Pulau Pinang. Negeri-negeri tersebut juga tidak membayar tunggakan hutang mengikuti masa yang ditentukan. Adakah ini pentadbiran kewangan yang cekap?

Keempat, perjanjian penstrukturan ini dijalankan secara nasional dan melibatkan penyerahan hak negeri oleh kerajaan negeri BN sebelum tahun 2008. Pada 2005, satu pindaan baru bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan dengan meminda perkara-perkara berkaitan bekalan dan perkhidmatan air dari Senarai Negeri kepada Senarai Bersama. Dengan kata lain, apa yang sebelum ini merupakan hak negeri sahaja telah diserahkan oleh kerajaan negeri BN kepada kerajaan Persekutuan dan dikongsi bersama.

Kelima, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai sebarang tunggakan dalam bayaran hutangnya setakat hujung tahun 2016. Ini merupakan suatu keadaan yang jauh beza jika dibandingkan dengan negeri Pahang dan Kedah dimana kedua-dua negeri ini mempunyaai tunggakan yang paling tinggi iaitu RM1.087 billion dan RM1.028 billion. PBAPP telah membuat bayaran mengikuti masa tepat dan juga bayaran sewa tahunannya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan Persekutuan apabila semua bayaran hutang dijelaskan tepat pada masanya, ini jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri mempunyai kemampuan untuk membayar hutang dan bukannya seperti negeri lain kerana pihak Pulau Pinang ditadbir dengan baik dan mempunyai rekod lebihan perolehan tahunan sejak 2008. Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutangnya ke tahap RM65 juta pada hujung 2016 dan terus mengekalkan status sedemikian dengan peratusan yang tinggi.

Keenam, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mendapat peruntukan RM1.2 billion untuk memperluas Empangan Mengkuang sebanyak empat kali ganda dalam perjanjian tersebut. Ini penting untuk memastikan bahawa bekalan air mencukupi dan juga mengekalkan rekod Pulau Pinang yang membanggakan – catuan air tidak pernah berlaku di Pulau Pinang dalam sejarah Malaysia.

Ketujuh, walaupun dengan pertambahan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak tiga kali ganda demi untuk kebaikan orang ramai, Pulau Pinang masih mampu mencatatkan rekod bajet lebihan setiap tahun. Ini jauh beza dengan kerajaan Persekutuan di mana ia telah mencatatkan rekod defisit selama 18 tahun berturut-turut. Adalah salah untuk Abdul Rahman Dahlan menuduh kerajaan negeri membiayai perbelanjaannya yang bertambah melalui penjualan tanah milikan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah memiliki banyak tanah. Kerajaan negeri hanya menjual 106 ekar tanah dan ini bertujuan untuk membina rumah mampu milik. Kerajaan negeri BN sebelum ini telah menjual tanah 36 kali ganda jika dibandingkan dengan kerajaan negeri sekarang. Walaupun menjual tanah 36 kali lebih banyak, bayaran yang diterima jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kerajaan negeri kini kerana kami mengamalkan penjualan tanah melalui tender terbuka yang kompetitif.

Jelas sekali Abdul Rahman Dahlan amat dengki dengan kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan satu-satunya negeri dengan tiada tunggakan dan juga hutang yang paling rendah. Adakah perasaan dengki ini disebabkan peningkatan hutang kerajaan Persekutuan secara mendadak daripada RM147 billiion lima tahun lalu kepada RM501.6 billion dalam tahun 2012 dan sekarang RM648.5 billion pada 2016?

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top