PENAMBAHAN TRIP PERKHIDMATAN FERI SEMPENA PENGANJURAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA (PAI THEE KONG) PADA 5 FEBRUARI 2025
Pelabuhan Pulau Pinang menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kongsi Pengkalan Chew Pulau Pinang dalam penganjuran progam Sambutan Tahun Baru Cina di Pengkalan Weld pada 5 Februari 2025 bermula jam 7:00 petang hingga 12:00 tengah malam. Susulan daripada penganjuran program tersebut, Pelabuhan Pulau Pinang telah menerima permohonan rasmi dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga George Town World Heritage Incorporated untuk menyelaras trip perkhidmatan feri.
Pelabuhan Pulau Pinang berbesar hati untuk memaklumkan bahawa satu inisiatif akan diambil untuk memudahkan pergerakan pengunjung program tersebut di mana sebanyak tiga (3) trip perjalanan feri dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di GeorgeTown ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth akan ditambah iaitu pada jam 12:00 pagi, 12:30 pagi dan 1:00 pagi.
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebagai Pihak Berkuasa & Badan Kawal Selia Pelabuhan Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn. Bhd. sebagai operator pelabuhan yang dilantik berharap agar inisiatif tersebut dapat membantu dalam memudahkan pergerakan para pengunjung program dan semoga program berjalan dengan lancar.
Terima kasih.
DATO’ YEOH SOON HIN
PENGERUSI,
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
3 FEBRUARI 2025