Kenyataan Akhbar oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1HB Disember 2017

Prinsip dan strategi urus tadbir pentadbiran Kerajaan Negeri yang cemerlang berasaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya memantapkan Negeri Pulau Pinang bukan hanya pada kedudukan kewangan, malah juga di persada antarabangsa.

Melalui prinsip CAT, Kerajaan Negeri telah berjaya menyumbang lebihan belanjawan setiap tahun tanpa putus sejak tahun 2008 hingga 2015 iaitu sebanyak RM578 juta secara terkumpul dalam tempoh 8 tahun berbanding RM373 juta yang dicapai untuk tempoh 50 tahun dari tahun 1957 hingga 2007. Ini bermakna Kerajaan Negeri Pakatan buat lebih baik dalam 5 tahun yang perlukan masa untuk 50 tahun oleh Kerajaan lama. Jumlah hutang Negeri Pulau Pinang juga telah menurun sebanyak 90% sejak tahun 2008, dan adalah yang terendah di Malaysia, iaitu RM65 juta sahaja pada akhir tahun 2016 daripada keseluruhan RM17,091 juta yang dihutang oleh semua negeri, atau hanya 0.4%.

Prinsip CAT yang diamalkan telah memastikan setiap perbelanjaan Kerajaan Negeri mempunyai value for money dan memberi impak yang tinggi.Perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri meningkat jika dibandingkan pada tahun 2008 dengan 2016 disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pertambahan pegawai dan kakitangan, kenaikan gaji tahunan dan lain-lain kos berkaitan yang secara langsung menyebabkan pertambahan belanja mengurus 20 jabatan negeri dalam lingkungan 5% hingga 10% setiap tahun.

Pertambahan belanja mengurus Kerajaan Negeri juga disebabkan oleh pertambahan pembiayaan untuk program sosial dan kesejahteraan rakyat yang bermula pada tahun 2008 dengan antara lain bantuan pendidikan, bantuan kebajikan, pemberian program-program emas, bantuan untuk pelajar ke IPTA/IPTS, bantuan pemandu teksi/bas sekolah, penarik beca, nelayan, mikrokredit, guru-guru KAFA dan lain-lain lagi. Seterusnya mulai tahun 2012, Kerajaan Negeri telah menyediakan pembiayaan berjumlah RM500 juta kepada PDC yang diagihkan dalam tempoh lima (5) tahun untuk skim perumahan mampu milik dan menyediakan kemudahan pinjaman kepada tiga (3) agensi Negeri iaitu MPSP (RM89.75 juta) bagi tujuan perbelanjaan mengurus, PBA (RM80 juta) bagi membiayai perbelanjaan modal yang lebih tinggi untuk penggantian aset dan menaiktaraf loji rawatan dan takungan air dan PDC (RM679 juta) bagi pembiayaan kos pengambilan tanah dan pembangunan infrastruktur PDC, yang turut menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan mengurus negeri.

Selain itu, jumlah peningkatan belanja mengurus juga adalah melibatkan caruman daripada Akaun Hasil Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri yang diperakaunkan sebagai perbelanjaan mengurus untuk tujuan pembiayaan projek-projek pembangunan negeri dan kemudahan pinjaman kepada agensi negeri berdasarkan piawaian perakaunan yang diluluskan. Jumlah pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri meningkat iaitu pada tahun 2009 sebanyak RM40 juta, tahun 2010 RM89 juta, tahun 2011 RM150 juta, tahun 2012 RM70 juta, tahun 2013 RM200 juta, tahun 2014 dan 2015 sebanyak RM120 juta masing-masing dan sebanyak RM245 juta untuk tahun 2016 telah dibuat pindahan.

Perbelanjaan Kerajaan Negeri yang telah meningkat dari tahun 2008 ke tahun 2016 adalah dibiayai daripada 3 sumber utama hasil iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil jualan tanah mula diterima dari tahun 2012 dan diakaunkan ke Hasil Bukan Cukai. Jumlah hasil penjualan tanah dari tahun 2012 hingga 2016 adalah sebanyak RM939.32 juta sahaja iaitu 22% berbanding dengan jumlah hasil negeri dalam tempoh yang sama sebanyak RM4.22 bilion.

Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Kerajaan Negeri perlu menjual atau memperdagangkan tanah dan aset negeri untuk menampung peningkatan perbelanjaan mengurus negeri. Perlu diingat Kerajaan Negeri hanya menjual 106 ekar tanah berbanding dengan 3,661 ekar tanah yang dijual oleh Kerajaan lama, iaitu 36 kali ganda lebih besar daripada Kerajaan Negeri sekarang. Sungguhpun Kerajaan Negeri sekarang menjual tanah lebih kurang 36 kali ganda, tetapi hasil yang diterima oleh Kerajaan Negeri sekarang adalah lebih besar kerana kami mengamalkan sistem tender terbuka. Daripada jumlah jualan tanah ini iaitu sebanyak RM939.2 juta, RM500 juta perlu diberikan kepada PDC untuk Tabung Perumahan Mampu Milik menjadikan jumlah sebenarnya hanya RM439.32 juta atau 10.4% daripada jumlah hasil negeri.

Ini menunjukkan bahawa hasil daripada penjualan tanah bukanlah sumber atau punca utama untuk menampung perbelanjaan Kerajaan Negeri. Perbelanjaan Kerajaan Negeri juga turut dibiayai sebanyak 78% daripada hasil lain iaitu Hasil Cukai sebanyak RM628.34 juta (15%), Hasil Bukan Cukai (selain penjualan tanah) sebanyak RM1.69 bilion (40%) dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM952.96 juta (23%).

======================================

RM38 Billion of Open Competitive Tenders Conducted By The Penang State Govt since 2008. 

The RM156 Million sale of land for a high-value investment of RM2 billion by the existing Island Hospital to build the largest private hospital in Malaysia of 1,000 beds is an economic game-changer. This RM2 billion investment is an economic game-changer that will help to  establish Penang as a medical city, create 2,000 high-value job opportunities, reverse brain drain by attracting back doctors, nurses and specialists from overseas and generate an economic value of RM7 billion. Funds from RM2 billion investment expected from overseas.

For potential economic game-changers, direct  negotiations is the international norm. Just like getting IKEA to come to Batu Kawan, the deal was finalised through direct negotiation. Finally compare this RM 156 million sale to the RM38 billion of open tenders conducted by Penang, or the RM2 billion investment to build Malaysia’s largest private hospital or the RM7 billion of economic value generated for Penang.

Penang sold land 36 times less than BN, but yet got more money because Penang conducts public open competitive tenders.

 

BN Government Sale of Land From Early Nineties To 2008

Land size  Location  RM psf  Total selling price
980 acres  Tanjong Tokong  RM 1 psf  RM 42.7 milliom
325 acres  Jelutong Expressway  RM 20 psf  RM 325 million
750 acres  Batu Kawan ( sold to Abad Naluri)  RM3.24 psf  RM 106 million
1606 acres  Butterworth (sold to Rayston Consortium Sdn Bhd)  RM 8.40 psf  RM584.9 million

3661acres (Total) for RM1.0586 billion

 

PH State Government Sale of Land After 2008

Land size  Location  RM psf  Total selling price
1.1 acres  Jalan Zainal Abidin ( or Taman Manggis)  RM 232 psf  RM 10.2 million
105 acres  Bayan Mutiara  RM 240 psf  RM 1.1 billion

106.1acres (Total) for RM 1.1102 billion

======

 

Scroll to Top
Scroll to Top