Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Patani sebentar tadi mengenai satu posting di akaun Facebook “Najib Razak” milik Dato’ Sri Mohd Najib bin Abdul Razak iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia. Posting Facebook tersebut adalah mengenai kes mahkamah mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Posting tersebut telah dimuat naik pada 9 Ogos 2020 dan kandungannya adalah seperti dilampirkan.
Pertama sekali, kes ini sedang berlangsung dalam mahkamah dan kenyataan-kenyataan yang material kepada kes ini boleh dikira sebagai “subjudice” terhadap Mahkamah. Ini adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang negara dan saya mohon pihak polis untuk membuat siasatan yang sepenuhnya.
Antara kenyataan yang dibuat oleh Najib adalah tuduhan bahawa:
“Akhirnya terjawab juga kenapa akauntan gagal seorang itu bersetuju memberi projek mega sebesar RM6.3 bilion kepada sebuah syarikat amat kecil yang bertahun dalam keadaan defisit dan kerugian di mana auditor sendiri berulang-kali memberi amaran bahawa syarikat itu mungkin muflis ketika projek diberi pada tahun 2013.
Rupanya ada kepentingan 10%.”

Sepertimana semua sedia maklum, penganugerahan projek yang dilaksanakan secara tender terbuka adalah diputuskan oleh Lembaga Tender Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan. Tiada seorang pun ahli politik yang menganggotai Lembaga tersebut. Oleh itu, kenyataan ini berunsur fitnah dan merupakan cubaan untuk mengelirukan pandangan awam mengenai kes ini. Justeru, kenyataan ini juga “subjudice” dan perlu diambil tindakan.
Selain daripada itu, Najib juga melampirkan beberapa dokumen yang kemungkinannya menjadi material kepada kes ini.
Saya menggesa agar pihak polis menyiasat dengan kadar segera.
CHRIS LEE CHUN KIT
ADUN PULAU TIKUS
针对前首相拿督斯里纳吉于面子书发表有关槟前首长林冠英的法庭案件,玻璃池滑州议员李俊杰今到百大年路警局报案。
纳吉是在本月9日上载有关贴文,还附上一些文件,而这些文件可能会成为案件资源。为此,李俊杰促警方尽快介入调查。
他强调,林冠英案件仍进行中,而相关文件可能会影响法庭的审判。为此,在法律观点,纳吉此举是违法,他促警方全权调查。
以下为纳吉对林冠英作出的指控:
“原来是为了10%,所以一名失败的会计师才会把值63亿令吉的大工程,交给一间可能会面对破产的小公司。”
李俊杰强调,就好像之前所言,整个海随发展计画,都是透过找镖理事会透明公开招标,而且找镖理事会是由州秘书坐正,没涉及任何政治人物。
李俊杰
浮罗池滑区州议员