Kegagalan Wee Ka Siong menyahut cabaran tawaran harga pembelian bangunan M’sia di HK adalah setinggi RM1.68 bilion & bukannya HK$1.6 bilion, membuktikan MCA menerima pakai budaya bohong, tipu & fitnah UMNO & PAS

Siaran Media Setiausaha-Agong DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 6 hb April 2019

Kegagalan Wee Ka Siong Menyahut Cabaran Tawaran Harga Pembelian Bangunan Malaysia Di Hong Kong Adalah Setinggi RM1.68 Bilion Dan Bukannya HK$ 1.6 Bilion, Membuktikan MCA Menerima Pakai Budaya Bohong, Tipu Dan Fitnah UMNO Dan PAS.

PAS dan UMNO memang pakar dengan budaya bohong, tipu dan fitnah dalam permainan politik perkauman dan ekstremis, khususnya terhadap bukan Islam dan bukan Melayu. Kini Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), Dr Wee Ka Siong telah menjadi penganut baru budaya ini selepas bekerjasama dengan PAS dan UMNO.

Kegagalan Wee Ka Siong menyahut cabaran tawaran harga pembelian Bangunan Malaysia di Hong Kong adalah setinggi RM 1.6 bilion dan bukannya HK$ 1.6 bilion membuktikan MCA menerima pakai budaya bohong, tipu dan fitnah UMNO dan PAS. Pada 3hb April, Wee telah mempersoalkan di Parlimen kenyataan saya bahawa terdapat tawaran harga pembelian bangunan Bangunan Malaysia di Hong Kong yang lebih tinggi sehingga RM1.6 bilion berbanding dengan harga rundingan terus sebanyak RM1.1 bilion yang telah dipersetujukan oleh pentadbiran BN terdahulu.

Sungguhpun menerima tawaran harga pembelian setinggi RM1.6 bilion, saya menyatakan bahawa pihak Kerajaan PH mahu meneruskan penjualan bangunan ini secara tender terbuka dan bukanlah secara rundingan terus, agar dapat memperolehi harga lebih tinggi yang menguntungkan rakyat Malaysia. Jelas sekali sistem rundingan terus ala BN merugikan rakyat Malaysia. Kini proses penjualan secara tender terbuka sedang dijalankan.

Sebaliknya Wee telah membuat fitnah bahawa saya keliru dan tidak faham dengan perbezaan di antara RM dan HK$, kerana harga tawaran yang diterima bukanlah RM1.6 bilion tetapi hanya HK$1.6 bilion(RM830 juta) atau lebih rendah daripada harga rundingan terus RM1.1 bilion yang dipersetujui oleh BN. Wee telah mencabar saya letak jawatan sebagai Menteri Kewangan sekiranya tidak dapat membuktikan bahawa tawaran harga pembelian yang diterima oleh kerajaan PH ialah RM1.6 bilion dan bukannya HK$1.6 bilion.

Saya telah menerima cabaran beliau dengan serta-merta dan meminta beliau letak jawatan sebagai Ahli Parlimen sekiranya dapat mendedahkan surat tawaran harga pembelian sebanyak RM1.6 bilion. Pada 5hb April saya telah mendedahkan sepucuk surat daripada Hong Kong yang menawarkan tawaran harga pembelian sebanyak RM1.68 bilion.

Bila berdepan dengan bukti surat bertulis ini, Wee telah berdolak-dalih dan cuba menegakkan benang yang basah, apabila dihadapkan dengan bukti kukuh nilai Bangunan Malaysia sebenarnya jauh melebihi nilai tawaran harga rundingan terus terdahulu. Harga sebenarnya Bangunan Malaysia di Hong Kong baru boleh diketahui bila tender terbuka dijalankan.

Keputusan kabinet untuk menjual tanah dan bangunan tersebut secara tender terbuka juga mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam mentadbir. Sekiranya Wee seorang yang ada maruah dan harga diri, Wee Ka Siong harus akui kesilapannya dan letak jawatan. Kita tunggu dan lihat samada Wee akan cakap serupa bikin.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2019年4月6日在吉隆坡发表文告:

位于香港的马来西亚大厦最终证明获得开价16亿8000万令吉,而非16亿港元。魏家祥之前的挑战显然已经失败,这也说明了马华已和巫统、伊斯兰党同流合污,和它们一样贯彻说谎、欺诈以及诬蔑的文化。

伊党和巫统总是操弄种族及极端主义政治,是说谎、欺诈和诬蔑的高手,专爱把矛头指向非穆斯林和非马来人。现在,亚依淡国会议员兼马华总会长魏家祥博士在和巫统及伊党合作后,也开始追随起这样的文化。

位于香港的马来西亚大厦最终证明获得开价16亿8000万令吉,而非16亿港元。魏家祥之前的挑战显然已经失败,这也说明了马华已和巫统、伊斯兰党同流合污,和它们一样贯彻说谎、欺诈以及诬蔑的文化。今年的4月3日,魏家祥在国会上质疑我的说法,即位于香港的马来西亚大厦获得16亿令吉的开价,比起前朝国阵政府直接协商的11亿令吉还要高,而这11亿令吉的开价也已经得到前朝国阵政府的批准。

尽管已经获得高达16亿令吉的开价,但我认为希望联盟政府还是得采用公开招标的制度,而非直接协商制,以便能够得到更好的价格,让人民受惠。事实证明,国阵那套直接协商制令国人的利益受损。因此,目前公开招标仍在进行中。

与此同时,魏家祥却诬蔑我,指我有意混淆或是不明白马币和港币之间的差异。他说,实际上有关方面的开价并不是16亿令吉,而是16亿港元(8亿3000万令吉),这价格远比国阵用直接协商取得并批准的11亿令吉还要低很多。魏家祥当时挑战我,如果无法证明希盟取得的开价是16亿令吉,而非16亿港元,那我就必须辞掉财政部长一职。

我旋即接受了他的挑战,同时也指出,若是能够出示有关16亿令吉的开价信函,那他就必须辞去国会议员一职。于是,4月5日当天,我把来自香港的一封信函公开于众人面前,信中清楚写明开价为16亿8000万令吉。

当证据摆在眼前的时候,魏家祥又开始顾左右而言他,企图转移视线。这封信已经清清楚楚证明了马来西亚大厦的价格比起之前直接协商得到的开价高出许多。至於最终会高出多少,这要公开招标后始能得知。

内阁议决采用公开招标的方式出售有关土地及建筑,其实恰恰反映了联邦政府对于能干、公信及透明治理的承诺。魏家祥若是有尊严和自重,就应该承认错误,同时辞职。我们且看看魏家祥到时又会如何狡辩吧!

林冠英

Scroll to Top
Scroll to Top