JKJAV harus jawab sama ada Kerajaan Negeri boleh memperolehi bekalan vaksin secara terus: ADUN Daniel Gooi

Kenyataan Media YB Daniel Gooi, ADUN Pengkalan Kota pada 16 Mei 2021 (Ahad) di George Town, Pulau Pinang:

APAKAH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DIBENARKAN MENDAPATKAN BEKALAN VAKSIN COVID-19 SEPERTI WILAYAH SARAWAK?

Ingin saya merujuk kepada laporan berita BERNAMA yang disiarkan di Akhbar The Star, Malay Mail dan juga The Sun Daily pada hari ini, yang menyatakan bahawasanya Wilayah Sarawak bakal menerima bekalan vaksin COVID-19 Sinovac sebanyak 500,000 dos dalam masa satu minggu ini.

Laporan berita tersebut telah memetik pengumuman yang dibuat oleh YB Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Haji Annuar Rapaee menerusi siaran langsung laman media sosial semalam sebagai usaha untuk meningkatkan proses vaksinasi dan program immunisasi COVID-19 di Wilayah Sarawak.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dilaporkan tersebut, di mana seperti umum mengetahui, program immunisasi dan bekalan vaksin COVID-19 sepatutnya dikendalikan secara keseluruhan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). Justeru, pengumuman yang telah dibuat oleh Wilayah Sarawak ini telah menimbulkan persoalan terhadap pembekalan dan pembelian vaksin oleh Kerajaan-Kerajaan Wilayah dan Negeri, sama ada sesebuah Kerajaan Wilayah atau Kerajaan Negeri dapat memperolehi bekalan vaksin secara terus.

Cadangan pembekalan vaksin oleh Kerajaan Negeri khususnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan sesuatu cadangan yang baru sahaja dibangkitkan. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr. Chow Kon Yeow pada bulan Februari, 2021 telah membangkitkan tentang cadangan sumbangan 1 juta vaksin daripada pihak swasta kepada Rakyat Pulau Pinang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain daripada pembekalan vaksin yang disampaikan melalui program immunisasi COVID-19 kebangsaan yang dikendalikan oleh JKJAV, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berhasrat untuk menambahkan bekalan vaksin sebagai usaha untuk mencapai imuniti kelompok (herd immunity) di Negeri Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, JKJAV seharusnya memberikan jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan tersebut, di mana Wilayah Sarawak telah diberikan kelulusan untuk mendapatkan bekalan vaksin sebanyak 500,000 dos yang dijangka dapat disampaikan dalam masa seminggu lagi.

Ketelusan dan juga isu berhubung dengan penyampaian bekalan vaksin ini adalah amat penting khususnya di saat kini dengan meningkatkan kes aktif COVID-19 secara mendadak meskipun proklamasi darurat telah dilaksanakan. Penyampaian bekalan vaksin COVID-19 ini juga adalah penting untuk memastikan kadar vaksinisasi dapat dijalankan dengan cepat dan lancar untuk mengelakkan penularan kes dan penwujudan kluster-kluster yang berisiko tinggi.

Sekiranya bekalan vaksin COVID-19 ini dapat diberikan kebenaran perolehan oleh Kerajaan Wilayah atau Kerajaan Negeri masing-masing, ini sememangnya akan membantu dan meningkatkan lagi usaha untuk menangani pandemik COVID-19 khasnya di Negeri Pulau Pinang.


槟州民主行动党彭加兰哥打区州议员魏子森于2021年5月16日(星期天)在槟城乔治市所发表的文告:

槟州政府是否如砂拉越邦一般能够自行获得新冠肺炎疫苗?

依据马新社的新闻报导,该项刊登于今日的星报、马来邮报以及太阳报指砂拉越邦即将在一个星期的时间内获取高达50万剂的科兴生物(Sinovac)新冠肺炎疫苗。该报导引述砂地方政府及房屋部助理部长(房屋及公共卫生)安华拉拜昨晚在社交媒体直播时透露的消息,而这些获取的科兴生物疫苗将有效的提升砂拉越邦的疫苗接种。

我对于该项报导感到非常好奇。总所周知,我国的疫苗接种及疫苗分配政策一直以来都是全权交由新冠疫苗供应特别委员会(JKJAV)所负责处理的。为此,砂拉越邦所作出的宣布确实引起了巨大的疑问,究竟邦政府或州政府是否由自行购买及获得额外疫苗分配的权限?

由邦政府或州政府自行获取疫苗分配并不是一件新的提议。槟州首席部长曹观友同志早在今年二月就已经提及有关州政府自行获取疫苗的提案,而也有私人界愿意献出100万剂的新冠肺炎疫苗于槟州人民。

除了按照国家新冠疫苗接种特别委员会所安排的疫苗接种计划之外,槟州政府也有意自行增加疫苗采购,以尽早在槟州达到社区及群体免疫(herd immunity)。为此,新冠疫苗供应特别委员会有必要对于砂拉越邦即将在一个星期内获得50万剂新冠疫苗的公布作出一个明朗及正确的解释。

在面对紧急状态下我国疫情依旧非常严峻,而新冠疫苗供应的课题也必须以透明及有效率的方式处理,才能够克服疫情所带来的危机。确保疫苗供应充足也将能够有效的降低确诊数目,并避免引起一些高风险的感染群出现在社区内。

我也相信,倘若邦政府或州政府能够尽快被允许自行采购并获取疫苗供应,这将能够有效并迅速的控制我国,尤其是槟州的新冠肺炎疫情。

Scroll to Top
Scroll to Top