Jangan mangsakan pembayar cukai yang sedang menderita akibat kemelesetan ekonomi: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Ucapan Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Pada Perhimpunan Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Bagan, Tasek Glugor Dan Permatang Pauh Di Butterworth Pada 13.4.2021 Dikeluarkan Pada 14.4.21:

Kerajaan PN Yang Kian Kehabisan Dana Seharusnya Tidak Begitu Terdesak Untuk Mencari Wang Dengan Rakus Dan Sembarangan Dengan Memangsakan Perniagaan/Pembayar Cukai Yang Sedang Menderita Akibat Kemelesetan Ekonomi.

Pengakuan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak mempunyai banyak wang yang tinggal, tidak boleh dijadikan alasan untuk meminda undang-undang cukai yang melanggar prinsip hukum keadilan asasi. Mahiaddin mengatakan perbelanjaan RM622 bilion bagi pelbagai pakej rangsangan ekonomi COVID-19 berjumlah RM340 bilion dan peruntukan RM322 bilion untuk Belanjawan 2021, telah menyebabkan kerajaan kekurangan dana.

Malangnya, kesan positif terhadap ekonomi dari perbelanjaan RM622 bilion tidak seperti dijangkakan. Sektor pelancongan yang kerugian RM100 bilion tahun lalu tetap lumpuh dan pemberhentian kerja dan penutupan perniagaan masih berterusan.  Kerajaan PN harus berani meminjam lebih banyak untuk berbelanja lebih besar dari pasaran hutang domestik, yang mempunyai kecairan yang tinggi sebanyak RM1.3 trilion.

Sekiranya perlu, paras siling hutang kerajaan harus dinaikkan dari 60% KDNK sekarang kepada 65% atau bahkan 70%. Kerajaan PN yang kian kehabisan dana tidak seharusnya terdesak untuk mencari wang tunai dengan secara rakus dan sembarangan dengan memangsakan perniagaan/ pembayar cukai yang sedang menderita akibat kemelesetan ekonomi.

Ini susulan pengenalan baru Seksyen 103B bagi Undang-Undang Cukai Pendapatan, yang menjadikan cukai harus dibayar walaupun “permulaan prosiding di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Dengan kata lain, “bayar dahulu bincang kemudian”. Ini adalah penolakan hak keadilan asasi pembayar cukai dan bidang kuasa mahkamah.

Pada masa lalu pembayar cukai selalunya memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk perintah penangguhan melalui permohonan semakan kehakiman, di mana pembayar cukai dibenarkan untuk menahan pembayaran taksiran cukai sehingga penyelesaian kes. Pengenalan seksyen baru 103B ini, yang diwartakan pada 31.12.2020, akan memaksa pembayar cukai membayar terlebih dahulu tanpa menghiraukan sama ada taksiran itu tidak adil atau tidak masuk akal.

Bersenjatakan dengan kuasa baru yang diberikan oleh PN, banyak perniagaan yang sedang menderita akibat kemelesetan ekonomi dikenakan tindakan sedemikian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menuntut pembayaran. Sekiranya PN enggan memansuhkan peruntukan yang tidak adil dalam Seksyen 103, maka hanya pertukaran kerajaan yang dapat menghentikan penindasan melampau oleh Kerajaan PN.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年4月13日在北海出席峇眼、打昔牛汝莪和峇东埔国会选区联委会集会的演讲词:

用尽国库资金的国盟政府不应急于通过高压手段,任意迫害已饱受经济衰退之苦的商业机构和纳税人,以填补国库。

首相玛希亚丁承认国盟政府国库如今所剩无几,但他不应该以此为由修改税法,违反既定的自然正义原则。玛希亚丁指,为应对新冠疫情,政府推出总计3400亿令吉的数个经济复苏配套,以及3220亿令吉的财政预算拨款,使得国库所剩无几。

遗憾的是,6220亿令吉开销的正面影响并不如预期。去年损失1000亿令吉的旅游业仍然处于瘫痪状态,而各领域仍在经历裁员和倒闭情况。国盟政府应大胆向拥有1.3兆令吉高流动资金的本地债务市场借贷,以对市场进行更多花费。

如有必要,政府可将现有政府债务占国内生产总值的顶限,将目前60%提高至65%,甚至是70%。用尽国库资金的国盟政府不应急于通过高压手段,任意压榨已饱受经济衰退之苦的商业机构和纳税人,以填补国库。

政府在所得税法令新增103B条文,规定纳税人尽管“面对任何其他成文法规的任何诉讼程序”,仍应缴税。换言之,就是“先付钱再说”的概念。这剥夺了纳税人的自然正义原则及法院管辖权。

过去,纳税人通常会通过司法复核申请要求高庭发出中止令,以允许纳税人暂缓缴付税款,直到案件了结为止。而在2020年12月31日宪报的新增103B条文则强迫纳税人先付清款项,无论该评估有多不公平或不合理。

国盟的新权力使得很多已经遭受经济衰退痛苦的商业机构,将受到内陆税收局的缴税行动所对付。如果国盟拒绝废除103条文中的不公平规定,那么我国就只能通过换政府才能阻止国盟政府的极端欺凌行为。

林冠英


Speech By DAP Secretary-General And MP For Bagan At The Assembly Of DAP Parliamentary Liaison Committees Of Bagan, Tasek Glugor And Permatang Pauh In Butterworth On 13.4.2021 Released On 14.4.21:

A PN Government Running Out of Funds Should Not Be So Desperate To Fill In Their Coffers Through High-handed And Arbitrarily Victimizing Businesses/Taxpayers Already Suffering Under The Economic Recession.

Prime Minister Mahiaddin Yassin’s admission that the Perikatan Nasional (PN) government do not have much money left, should not be used as a pretext to amend tax laws that violates established legal principles of natural justice. Mahiaddin had said RM622 billion for the various COVID-19 economic stimulus packages totalling RM340 billion and the RM322 billion allocation for the 2021 budget, have left the government short of funds.

Unfortunately, the positive impact on the economy of RM622 billion in spending has not matched expectations. The tourism sector that lost RM100 billion last year remains crippled and job retrenchments and business closures continue. The PN government should boldly borrow more to spend more from the domestic debt market, which possesses a high liquidity of RM1.3 trillion.

If necessary, the government debt ceiling should be increased from the current 60% of GDP to 65% or even 70%. A PN government running out of funds should not be so desperate to fill in their coffers through high-handed and arbitrarily victimizing businesses /taxpayers already suffering under the economic recession.

This follows the introduction of a new Section 103B to the Income Tax Act, which makes tax payable notwithstanding the “institution of any proceedings under any other written law”. In other words, “pay first talk later”. This is a denial of  the right of natural justice of the taxpayer  and the courts’ jurisdiction. 

In the past taxpayers often plead to the High Court for a stay order vide a judicial review application, where the taxpayer is allowed to withhold payment of the tax assessment until the disposal of the case. The introduction of this new section 103B, gazetted on 31.12.2020, would force  the taxpayer to pay first regardless of how unfair or unreasonable the assessment.

Armed with new powers given by PN, many businesses already suffering from the economic recession are subjected to such action taken by the Inland Revenue Department (LHDN) demanding payment. If PN refuses to abolish such an unfair provision in Section 103, then only a change a government can stop the extreme bullying by the PN government.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top