Jangan mangsakan isteri Guan Eng sebab dendam politik: ADUN Syerleena

Kenyataan Media – Syerleena Abdul Rashid – ADUN Seri Delima/Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang/Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Kebangsaan – Georgetown, Pulau Pinang – 12 Ogos 2020:

Jangan Mangsakan Isteri Lim Guan Eng Kerana Dendam Politik

Semalam, mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak melalui laman Facebook telah menimbulkan beberapa soalan mengenai kes Betty Chew iaitu isteri kepada Lim Guan Eng, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Najib mempersoalkan pendapatan yang diterima oleh Betty seolah-olah telah berlaku salah laku. Tuduhan sedemikian rupa terhadap Betty adalah tidak berasas sama sekali kerana fakta-fakta kes ini jauh berlainan dengan kes-kes lain yang dikaitkan dengan Najib dan ahli-ahli keluarganya.

Yang pertamanya, Betty adalah seorang peguam bertauliah dan berhak untuk menawarkan perkhidmatannya dalam kapasiti tersebut. Justeru, pendapatan yang diterimanya adalah bayaran sebagai perunding perundangan. Lebih penting lagi, pendapatan yang diterimanya telah direkodkan dan telah pun dibayar cukai.

Dalam erti kata lain, pendapatan Betty adalah pendapatan halal dan bukannya sebarang transaksi gelap yang disembunyikan. Ini amat berbeza sekali dengan kes Najib yang telah pun disabitkan kesalahannya dan dihukum dengan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Keduanya, syarikat-syarikat yang terlibat, sama ada Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd ataupun Magnificent Emblem Sdn Bhd, tidak pun berjaya memenangi tender. Syarikat lain yang telah dianugerahkan projek tersebut. Dalam erti kata lain, tiada langsung unsur you help me, I help you ataupun rasuah yang terlibat.

Najib tidak perlu menjaga tepi kain orang, lagi-lagilah memangsakan individu yang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan. Jelas, tindak tanduk Najib ini hanyalah kerana dendam politik semata-mata.

Sebaliknya Najib harus menjelaskan mengenai kerugian berbilion-bilion ringgit wang rakyat Malaysia melalui 1MDB. Malah, pihak pendakwa raya baru sahaja memfailkan rayuan untuk menambah tempoh hukuman penjara 12 tahun dan jumlah denda RM210 juta yang telah dikenakan terhadap Najib atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC Sdn Bhd. Begitu teruknya kesalahan yang dilakukan oleh Najib sehingga hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta didapati tidak mencukupi oleh pihak pendakwaan.

SYERLEENA ABDUL RASHID
ADUN SERI DELIMA
PENOLONG SETIAUSAHA PUBLISITI DAP PULAU PINANG
AHLI JAWATANKUASA WANITA DAP KEBANGSAAN


斯里德里玛州议员瑟琳娜 /民主行动党槟州副宣传秘书/民主行动党全国妇女组委员于2020年8月12日发表媒体文告:

不要因为政治报复而牵扯林冠英的妻子

昨天,前首相拿督斯里纳吉在他的脸书专页上对槟州前首长林冠英妻子周玉清的案件提出了一些质疑。

纳吉对于周玉清收入的质疑,似乎认定了周玉清已经犯法。对周玉清的相关指控实际上是毫无根据,因为周玉清的案件与纳吉及其家人有关的其他案件有很大不同。

首先,周玉清是一名执业律师,有权以这种身份提供服务。因此,她获得的收入是作为法律顾问的报酬。更重要的是,她所获得的收入已被记录且已经缴税。

换句话说,周玉清的收入是合法收入,而不是任何不见得光的交易。这与纳吉已经被定罪并判处12年徒刑和2亿1000万令吉罚款的案子大不相同。

其次,有关涉案公司,无论是Excel Property Management&Consultancy Sdn Bhd还是Magnificent Emblem Sdn Bhd,都没有在公开招标中获得工程。获得该工程的是其他公司。换句话说,没有所谓的“你帮我,我帮你”或其他涉及贪污的元素在内。

纳吉不必多管闲事,更不需要把没有牵涉政府行政的人拖下水。显然,纳吉的举动仅是出于政治报复。

相反,纳吉应该解释一下如何通过1MDB亏了大马人民数十亿令吉的血汗钱。实际上,检察官才刚刚针对纳吉挪用SRC公司4200万令吉的案子提出上诉,要求加重纳吉原有的12年监禁和罚款2亿1000万令吉的刑罚。由此可见,纳吉的罪行是多么严重,以至于检察官认为他被起诉判处12年监禁并罚款2亿1000万令吉都还不足够。

瑟琳娜
斯里德里玛州议员
民主行动党槟州副宣传秘书
民主行动党全国妇女组委员

Scroll to Top
Scroll to Top