Jangan dipengaruh oleh pihak yang sengaja pecah-belahkan hubungan antara kaum: DAPSY Benji

Kenyataan Media Benji Ang, Ketua Pemuda DAPSY Tanjong, 26.10.2020 (Isnin):

Ketua Pemuda DAPSY Tanjong Benji Ang berasa amat menyedihkan terhadap video siaran langsung yang tertular di media sosial di mana ada pihak yang melakukan perbuatan vandalisme ke atas papan jalan dwibahasa Lebuh Armenian di tapak warisan dunia George Town.
Pihak berkenaan bukan sahaja sengaja memadamkan nama jalan dalam bahasa cina di papan jalan, namun juga mengambil kesempatan ini untuk memainkan isu perkauman.

Saya ingin menyeru kepada pihak berkuasa tempatan, pihak polis dan kementerian kesihatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak tersebut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana terdapatnya bukti yang kukuh dalam rakaman video tersebut di mana mereka yang melakukan perbuatan vandalism di tempat awam. Selain itu, sepanjang video tersebut mereka juga didapati bahawa tidak memakai pelitup muka. Dengan ini, saya berharap agar perkara seperti ini tidak diulangi lagi.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita dan tentu juga adalah bahasa yang utama di atas papan jalan. Bahasa Melayu masih diletak di kedudukan yang penting di dalam urusan dengan kerajaan dan Segala papan tanda ataupun papan iklan dalam negeri ini juga perlu mengikut standard Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu mengutamakan pengunaan Bahasa Melayu.

Papan Jalan yang mempunyai lebih daripada satu bahasa sebenarnya dapat menunjukkan tradisi dan budaya berbilang kaum yang unik di Pulau Pinang dan Malaysia. Dari segi pelancongan pula, boleh membantu pelancong dengan lebih memahami sejarah dan budaya terutamanya di tapak warisan dunia George Town.

Perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum telah lama dipupuk dan dijaga dengan baik di kalangan rakyat. Oleh itu, janganlah kita mudah dipengaruh oleh pihak-pihak yang sengaja memecah-belahkan hubungan erat di kalangan kita yang semata-matanya untuk mencapai agenda-agenda politik yang ekstrem.

BENJI ANG


民主行动党社会主义青年团丹绒区团团长洪明泉于2020年10月26日(星期一)通过线上直播发表文告:

丹绒区社青团团长洪明泉对于昨天晚上在网上流传Tok Singa专页直播破坏位于本头公巷路头的槟城中文路牌视而感到震惊,对方还公然挑战执法单位对此事逮捕他。

当事人直播破坏公物,已经触犯刑事法典(Penal Code)第426及427条文,破坏公物者将面临不少过1至5年的监禁或罚款或两者兼施。槟岛市政厅该严厉对付当事人,

警方也该开档调查其公然挑衅执法单位的言论,千万不可让这行为蔓延。

马华在国盟政府里受委团结部副部长,需要表明立场以及列明该部门对各族和谐做了什么贡献,不然该部门就是在浪费公款。

我也呼吁民众无需过度反应,这只是害群之马的行为。

马来西亚各族仍是可以和睦共处。我也希望友族同胞们理解,路牌一直以马来文为优先,也不曾取消过马来文路牌,因为马来文是我国国语,不可忽略!

可是中文路牌是为了体现出马来西亚多元文化的一面,同时尊重当年槟城华裔的历史,这种体现多元化的努力也获得国际认可,路牌逐渐成为了旅游特点之一。

我希望大家秉持爱护多元文化精神,少点煽动、少点敏感,或许世界会更美好一些,以马来西亚人社会安宁为优先考量。

洪明泉

Scroll to Top
Scroll to Top