Bertegas teruskan PRN Johor tapi mengehadkan kempen beri parti pemerintah kelebihan yang tidak adil: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 11.2.2022:

Bolehkah Kerajaan Dianggap Serius Terhadap Gelombang Terbaru Omicron Apabila Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 Yang Dipengerusikan Perdana Menteri Tidak Bermesyuarat Sejak 5 November 2021?

Pengurusan kerajaan bagi varian COVID-19 terbaru, Omicron, setakat ini telah menunjukkan kegagalan,kelalaian tugas yang teruk dan digunakan sebagai kepentingan politik sendiri untuk mendapatkan kelebihan maksimum pengundian pada pilihan raya negeri Johor akan datang. Bolehkah kerajaan dianggap serius dalam mengekang gelombang jangkitan Omicron yang meningkat kepada 19,090 pada 10 Februari, apabila Jawatankuasa Khas Pengurusan pandemik COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak bermesyuarat sejak 5 November 2021? Bilakah mesyuarat seterusnya?

Daripada menumpukan sepenuh hati dan fikiran untuk mengatasi gelombang jangkitan terbaru yang kini telah mencapai jumlah hampir 3 juta kes, tiada mesyuarat jawatankuasa tertinggi mengenai pengurusan COVID-19 untuk 3 bulan yang lalu, di tengah-tengah krisis terbaru ini. Dengan lebih 32,075 kematian COVID-19, Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 969 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Jelas sekali kegagalan untuk bermesyuarat dan membuat keputusan untuk mengawal gelombang terbaru Omicron, adalah satu lagi kegagalan dan pengabaian tugas yang teruk oleh pentadbiran Ismail Sabri, sama seperti pendahulunya Muhyiddin Yassin. Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini sepatutnya diadakan setiap minggu. Sejak saya dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Khas ini pada awal Oktober, hanya terdapat 3 mesyuarat pada 15 Oktober 2021, 22 Oktober 2021 dan 5 November 2021. Adakah Menteri-Menteri Kerajaan tidak buat kerja mereka sedangkan kepimpinan yang tegas diperlukan pada masa yang mendesak sekarang?

Perdana Menteri sebelum ini telah bersetuju dengan pemimpin PH bahawa tidak ada lagi siri “total lockdown” yang gagal secara menyeluruh untuk mengawal pandemik COVID-19 dan sebaliknya mengakibatkan kerugian ekonomi lebih RM500 bilion dan membawa kepada kemelesetan ekonomi. Satu lagi “total lockdown” akan membawa bencana besar dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Berhenti Mempolitikan Pandemik COVID-19 Untuk Kelebihan Maksimum Pengundian Dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

Di sebalik gelombang terbaru, kerajaan bertegas bahawa pilihan raya negeri Johor akan diteruskan dan tidak akan ditangguhkan serta bercadang untuk membuka semula sempadan negara kita pada 1 Mac 2022. Ini tidak berbeza dengan apa yang diamalkan di negara Barat oleh kerana angka kematian yang rendah yang ditimbulkan oleh Omicron.  Jika begitu, maka tidak ada sebab untuk tidak membenarkan kempen penuh termasuk ceramah atau perhimpunan awam untuk pilihan raya negeri Johor.

Sekiranya kerajaan memutuskan bahawa gelombang Omicron terbaru adalah bahaya yang nyata ketika ini, maka pilihan raya negeri Johor harus ditangguhkan dan SOP COVID-19 yang lebih ketat harus dikenakan. Kerajaan tidak boleh melakukan dua perkara berlainan, dengan membenarkan pilihan raya negeri Johor diteruskan dan mengenakan SOP yang lebih ketat serta melarang ceramah. Mengehadkan kempen dan melarang ceramah akan membolehkan parti pemerintah mendapat kelebihan yang tidak adil dengan memiliki akses media tunggal dan fizikal kepada pengundi.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan mempolitikkan pandemik COVID-19 untuk kepentingan diri sendiri. Dasar yang berubah-ubah dan ditukar dengan pusingan-U serta keputusan yang tidak tegas hanya akan menambah kekeliruan dan ketidakpastian yang akan menjejaskan keyakinan pelabur dan kredibiliti awam terhadap usaha kerajaan.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2022年2月11日在吉隆坡发表文告:

由首相主持的“疫情管理特别委员会”自 2021 年 11 月 5 日以来就未再召开任何会议,请问政府能否打起精神,认真对待最新一波的奥密克戎袭击?

面对来势汹汹的冠病最新变异株奥密克戎 (Omicron),政府招架无力,在管控方面的表现迄今为止只能称作失败、严重失职,并且只顾及眼前的政治利益,即如何在即将来临的柔佛州选举中获取最大的利益而已。就在2月10日,大马的冠病确诊人数飙升至1万9090人,而由首相依斯迈沙比里主持的“疫情管理特别委员会” 却自 2021 年 11 月 5 日以来,一直都没有再开会。请问,我们下一次的会议会在什么时候?政府是否能够打起精神,认真对待这波奥密克戎感染群?

国内的总确诊病例如今已快冲破300万大关,他们理应全副精神投入抗疫,一心一意地克服当前最新一波的感染,然而事实上,即便危机已迫在眉睫,最高层级的“疫情管理特别委员会”却不动如山,已经三个月没有召开会议了。马来西亚迄今共计超过 3万2075宗冠病死亡病例,是东盟和东亚地区人均死亡人数最多的国家,每百万人口中有 969 人死亡。

面对奥密克戎来袭,依斯迈沙比里连见面开会和做决策抗疫都无法做到,显然,这又是沙比里政府的另一次失败和失职,记录堪比他的前任首相慕尤丁。这个特别委员会的会议应该每周举行一次。自我在去年10月初被任命为这个特别委员会的成员以来,有关委员会仅在2021年10月15日、2021年10月22日和2021年11月5日召开过3次会议。在这个时候需要果断领导的紧急时刻,请问我们的政府部长们是否还在睡觉?

首相此前曾与希盟领导人达成一致,认为不应再实施全面封锁,事缘这些封锁不但未能全面遏制冠病大流行,反而造成超过 5000 亿令吉的经济损失并导致经济步向衰退。所以说,再次全面封锁将是灾难性的决策,并会造成生命和生计的损失。

停止政治化冠病大流行,不要利用它来在柔佛州选中捞取最大的选举利益。

尽管国内出现最新一波的疫情,但政府却依然坚持继续进行柔佛州选,不愿推迟选举,同时更提议在 2022 年 3 月 1 日重新开放我国的边界。这与西方国家的做法没有什么不同,部分原因是Omicron 造成的死亡人数很少。如果是这样的话。那么就没有理由不让柔佛州选进行全面的竞选活动,包括主办讲座、造势活动或公开集会。

如果政府认为最新的 Omicron 浪潮是真实存在的危险,则应推迟柔佛州选并加强实施防疫标准作业程序。政府不能有两种标准,既允许柔佛州选进行,又加强实施防疫标准作业程序,禁止举行讲座会。限制竞选活动和禁止讲座,对在野党极为不公平,因为这样下来,将只有执政党拥有掌握媒体和实际接触选民的渠道,从而得到优势。

这清楚地表明,政府为了一己私利正在将冠病大流行政治化。政策朝令夕改和不断地U转,再加上决策者的优柔寡断,只会让局面更加的混乱和充满不确定性,这将损害投资者的信心以及政府努力建设的公信力。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 11.2.2022:

Can The Government  Serious About The Latest Omicron Wave When The Special Committee On The Management Of The Covid-19 Pandemic Chaired By The Prime Minister Has Not Met Since 5 November 2021?

The government’s management of the latest COVID-19 variant, Omicron, has so far been marked by failure, gross dereliction of duty and consumed by political self-interest to bring maximum electoral benefit in the coming Johor state elections. Can the government be regarded as serious in reining in the Omicron wave of infections which rose to 19,090 on 10 February, when the Special Committee on the Management of the COVID-19 pandemic chaired by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob has not met since 5 November 2021? When is the next meeting?

Instead of being fully and single-mindedly devoted to overcoming the latest wave of infections that has now reached a total of nearly 3 million cases, there have been no meetings of the top panel on COVID-19 management for the last 3 months, in the midst of the latest crisis. With more than 32,075 COVID-19 deaths, Malaysia has the highest number of deaths per capita in the Asean and East Asian regions with 969 deaths per one million population.

Clearly the failure to even meet and make decisions to mitigate the latest Omicron wave, is another failure and gross dereliction of duty by the Ismail Sabri administration, similar to his predecessor Muhyiddin Yassin. Meetings of this Special Committee are supposed to be held weekly. Since I was appointed as a member of this Special Committee in early October, there have been only 3 meetings on 15 October 2021, 22 October 2021 and 5 November 2021. Are the government Ministers sleeping on the job when decisive leadership is required at this moment of urgency?

The Prime Minister had previously agreed with PH leaders that there should be no more serial total lockdowns which had failed comprehensively to check the COVID-19 pandemic and instead cost more than RM500 billion in economic losses and led to an economic recession. Another total lockdown would be disastrous and cost both loss of lives and livelihoods.

Stop Politicising The COVID-19 Pandemic For Maximum Electoral Benefit In the Johor State Elections.

Despite the latest wave, the government is insisting that the Johor state elections will proceed and not be postponed as well as proposing to reopen our country’s borders on 1 March 2022. This is no different from what is practiced in Western countries due in part to the low deaths inflicted by Omicron. If that is so. then there is no reason not to allow a full campaigning including ceramahs or public rallies for the Johor state elections.

If the government decides that the latest Omicron wave is a real and present danger, then the Johor state elections should be postponed and enhanced COVID-19 SOPs imposed. The government cannot have it both ways, by allowing the Johor state elections to proceed and yet impose enhanced SOPs and banning ceramahs. Restricting campaigning and banning ceramahs will allow the ruling parties an unfair advantage by possessing sole media and physical access to voters.

This will clearly demonstrate that the government is politicising the COVID-19 pandemic for selfish interests. The flip-flops, policy U-turns and indecisiveness will only add on to the utter confusion and uncertainty that will harm investor confidence and public credibility of the government’s efforts.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top