Tambahkan subsidi & geran bagi selamatkan perniagaan: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Pulau Pinang Pada 17.9.2021:

Daripada RM45 Bilion Suntikan Bantuan Kewangan Dalam MOU Kerajaan PH, Gandakan Program Subsidi Upah Untuk Semua Pekerja Industri Pelancongan, Tawarkan Moratorium Pinjaman Bank Tanpa Faedah, Geran Perniagaan, Subsidi Sewa Dan Utiliti.

Hotel Royal Penang adalah hotel terkenal terbaru di Pulau Pinang yang ditutup setelah penutupan Hotel Equatorial dan Holiday Inn Resort bertaraf 5 bintang, kerana kegagalan Kerajaan Persekutuan menyelamatkan industri pelancongan dan perhotelan akibat pelaksanaan “total lockdown” berikutan COVID-19. Hotel perniagaan empat bintang dengan 276 bilik ini akan ditutup menjelang November menyebabkan ratusan pekerja hilang kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Yap Lip Seng mengatakan bahawa industri perhotelan telah kerugian lebih daripada RM11.3 bilion dengan lebih 120 hotel telah ditutup. Laporan MAH bagi bulan Jun menunjukkan bahawa industri mencapai kadar purata harian (ADR) RM190 dan kadar purata penghunian (AOR) 32% pada tahun 2020. ADR untuk 2021 diunjurkan berada dalam lingkungan RM180 hingga RM190, sedangkan AOR dijangka jauh lebih buruk daripada tahun lalu, pada 23%.  Ini adalah prospek yang menakutkan ketika industri pelancongan telah kerugian RM100 bilion tahun lalu.

Lapan pakej rangsangan ekonomi Kerajaan PN berjumlah RM530 bilion gagal membantu industri pelancongan bukan sahaja dalam bentuk geran kewangan yang sangat diperlukan tetapi juga ketidakupayaan Menteri Pelancongan untuk membantu mereka bertahan menghadapi kerugian RM100 bilion tahun lalu. Menawarkan pinjaman dan potongan cukai atau rebat tidak bermakna apabila tidak ada sebarang hasil atau perniagaan.

Dengan suntikan tunai RM 45 bilion yang dicadangkan oleh PH dan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dalam Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Transformasi dan Kestabilan antara Perdana Menteri dan empat pemimpin tertinggi Pakatan Harapan di Dewan Parlimen pada 13 September 2021, Kementerian Kewangan sepatutnya dapat memberikan bantuan kewangan yang sangat diperlukan. Industri pelancongan terlalu penting untuk diabaikan atau ditinggalkan tanpa sebarang bantuan kewangan bersepadu.

Menurut Jabatan Perangkaan, Nilai Tambah Kasar Industri Pelancongan (GVATI) pada tahun 2019 telah mencatat sumbangan sebanyak 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) berjumlah RM240 bilion. Sebagai permulaan bagi suntikan bantuan kewangan RM45 bilion seperti dalam MOU, kerajaan perlu menggandakan program subsidi upah untuk semua pekerja industri pelancongan, menawarkan moratorium pinjaman bank tanpa faedah, geran perniagaan, subsidi sewa dan utiliti. Walaupun kita masih boleh berdebat mengenai jumlah yang akan diberikan, masalahnya sekarang adalah jika tidak ada langsung yang ditawarkan, tidak ada apa yang boleh diharapkan dapat bertahan.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年9月17日在槟城发表文告:

从希盟和政府签署的备忘录中的450亿令吉财政援助中,为所有员工提供加倍工资补贴数额、暂缓还贷计划免息措施、商业补助金、租金和公用设施补贴。

疫情爆发后,联邦政府实施了全国封锁,却没有对旅游业和酒店业伸出援手,导致酒店出现倒闭潮。继五星级酒店贵都酒店和假日酒店度假村之后,槟城再有一家酒店宣布停业,即槟城帝豪酒店。这家拥有276间房的四星级商务酒店将于11月关闭,预计将有近百名员工失业。

大马酒店业协会(MAH)首席执行员叶立成表示,酒店业已亏损超过113亿令吉,并有超过120家酒店关闭。 该协会六月的报告显示,相关行业在2020年的平均每日房价 (ADR)为190令吉,而平均入住率 (AOR)则为32%。

预计2021年的每日房价将在180至190令吉之间,至於平均入住率将远低于去年,约23%。国内旅游业去年已亏损高达1000亿令吉,未来的前景无疑是令人惶恐的。

国盟政府8项总价值5300亿令吉的经济刺激配套并没有帮到旅游业者,因为当中不仅缺少他们急需的财政援助,而且,在业者损失1000亿令吉后,旅游部长亦无法有效帮助他们撑过难关。当没有收入或生意的时候,政府提供贷款、税收减免或回扣是毫无意义可言的。

希盟倡议的450亿令吉注资建议获得联邦政府的同意,并被纳入首相和四名希盟最高领袖于2021年9月13日在国会大厦签署的政治转型与稳定备忘录里,为此财政部长应该能够提供人们所急需的财政援助。旅游业对我国很是重要,不能在没有任何协调一致的财政援助下被忽视或放弃。

大马统计局数据显示,2019年的旅游业总增加值(GVATI)占国内生产你总值的15.9%,达2400亿令吉。备忘录中的450亿令吉财政援助,应先为所有旅游业员工加倍提供工资补贴数额、暂缓还贷计划免息、商业补助、租金和公用设施补贴。虽然人们可以争论所要提供的数量,但问题是,若没有提供任何援助,就没有人能够存活下来。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Penang On 17.9.2021:

From The RM45 Billion Financial Aid Injection In The PH-Government MOU, Double The Wage Subsidy Programme For All Its Workers, Offer Interest-Free Bank Loan Moratorium, Business Grants, Rental And Utility Subsidies.

The Hotel Royal Penang is the latest renowned hotel in Penang to shut down following the closure of the 5-star Hotel Equatorial and Holiday Inn Resort, due to the failure of the Federal government to save the tourism and hospitality industry following the COVID-19 imposed total lockdowns. The 276-roomed four-star business hotel will be closed by November putting hundreds of employees out of job.

Chief executive officer of the Malaysian Association of Hotels (MAH) Yap Lip Seng said that the hospitality industry has lost over RM11.3 billion with over 120 hotels closed down. The MAH June report showed that the industry achieved an average daily rate (ADR) of RM190 and an average occupancy rate (AOR) of 32% in 2020. ADR for 2021 is projected to be in the RM180-to-RM190 range, whereas AOR is expected to be far worse than last year, at 23%. This is a frightening prospect when the tourism industry lost RM100 billion last year.

The PN government’s 8 economic stimulus packages amounting to RM530 billion failed the tourism industry with not only much needed financial grants missing but also the Tourism Minister’s inability to help them survive the RM100 billion losses last year. Offering loans and tax deductions or rebates are meaningless when there is no revenue or business available.

With the RM 45 billion cash injection advocated by PH and agreed to by the Federal government in the Memorandum of Understanding(MOU) for Transformation and Stability between the Prime Minister and four top Pakatan Harapan Leaders in Parliament House on 13 September 2021, the Finance Ministry should be able to provide much needed financial aid. The tourism industry is too important to either ignore or abandon without any concerted financial assistance.

According to the Department of Statistics, the Gross Value Added of Tourism Industries (GVATI)  in 2019 has recorded a contribution of 15.9 per cent to Gross Domestic Product (GDP) amounting to RM240 billion. As a start from the RM45 billion financial aid injection in the MOU, double the wage subsidy programme for all its workers, offer interest-free bank loan moratorium, business grants, rental and utility subsidies. Whilst we can argue on the quantum to be given, the problem is that if none is offered, none will be expected to survive.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top