Hentikan budaya salahkan mangsa: Senator Hui Ying

Kenyataan Media oleh Senator Lim Hui Ying, pada 1 Ogos 2019:

Hentikan Budaya Menyalahkan Mangsa!

Cadangan oleh YB Senator Mohamad Imran Abd Hamid untuk mengubal undang-undang bagi melindungi lelaki daripada tergoda oleh wanita dan terjerumus melakukan jenayah seksual adalah suatu penghinaan terhadap mangsa jenayah seksual!

Lima tahun yang lalu (2013-2018), lebih daripada 10,000 jenayah seksual telah dilaporkan (7,309 kes rogol, 1,200 kes sumbang mahram dan 3,478 kes cabul), di mana majoriti daripada mangsa adalah wanita.

Punca jenayah seksual seperti merogol bukan kerana isu pakaian, tingkah laku ataupun keadaan sekeliling. Satu-satunya punca merogol adalah disebabkan oleh perogol sendiri. Kita perlu jelas mengenai hal ini.

Menyeru untuk ‘perlindungan’ untuk lelaki dari tergoda oleh wanita untuk melakukan kesalahan seksual adalah bermaksud menyalahkan mangsa. Kenyataan YB Senator Mohamad Imran pada pagi ini di mana beliau hanya menarik balik cadangan tersebut tidak membantu mengurangkan persepsi yang salah itu.

Saya berharap bahawa dia tidak bermaksud mangsa jenayah seksual perlu dipersalahkan atas jenayah yang berlaku. Masyarakat kita tidak patut menyalahkan dan menghina mangsa jenayah seksual. Budaya menyalahkan mangsa perlu dihentikan!

Walau bagaimanapun cadangan menarik semula kenyataan tersebut amat dialu-alukan.

Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan orang ramai, lelaki dan wanita selamat daripada jenayah seksual. Kita perlu memastikan sepanjang jalan kita selamat, generasi muda kita diberikan maklumat tentang jenayah seksual dan golongan wanita kita dilindungi daripada jenayah.

Kita boleh memulakannya dengan meningkatkan polis wanita di dalam penguasa polis. Seperti yang dilaporkan pada 2017, hanya 12% daripada penguasa polis adalah wanita. Pengambilan, prospek kerjaya, latihan dan kebajikan polis wanita perlu ditingkatkan untuk meningkatkan polis wanita dalam penguatkuasaan.

Membenarkan lebih ramai pegawai polis wanita dalam perkhidmatan polis bukan sahaja untuk menyelesaikan kes yang berkaitan wanita dan melindungi wanita tetapi juga untuk mengubah undang-undang dan penguatkuasaan negara kita untuk lebih bersimpati terhadap majoriti mangsa jenayah seksual, yang merupakan seorang wanita.

Saya juga akan menulis kepada Yang Di Pertuan Dewan Negara untuk menganjurkan seminar kesedaran gender untuk dibuka penyertaannya kepada semua Ahli Parlimen daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pemimpin kita lebih sensitif mengenai isu gender. Ayuh kita mulakannya pada sidang parlimen Ogos nanti untuk menunjukkan satu contoh yang baik kepada masyarakat.

YB Senator Lim Hui Ying


上议员林慧英2019年8月1日文告:

停止怪罪受害者文化!

上议员莫哈末英然动议要求制定性骚扰法案,以保障男性免受女性诱惑而犯罪的提议,是对性侵受害者的侮辱!

在过去的5年里(2013-2018),总共有超过1万宗性侵案件(7309宗强奸案、1200宗乱伦案及3478非礼案),而其中大部分受害者为女性。

造成如强奸的性犯罪并非是因为女性的穿着、行为或周遭环境。我们必须搞清楚,造成强奸的唯一原因就是强奸犯。

要求“保护”男性免于被女性诱惑而犯罪是在怪罪受害者。莫哈末英然上议员今早发布的文告指他“态度诚恳”的提出这项修法是一点帮助都没有。

我希望他不是真心认为性犯罪受害者理应为他们本身受侵害而被怪罪。我们的社会不应该怪罪和羞辱性犯罪受害者。怪罪受害者文化必须停止!

当然,该上议员收回言论这一项举动仍是我们喜闻乐见。

我们还需要做更多事来确保人民,不管是男人或女人,都免于性犯罪的侵害。我们必须确保我们的街道安全、我们的年轻人理解什么是性犯罪,以及我们的女性免于罪犯的侵害。

我们可以从增加警队女性警员数量开始。根据2017年的报导,警队中只有12%警员为女性。女警员的招聘、职业规划、训练及福利都必须得到改善以增加警队内的女警员数量。

这不只是让警队有更多女警官来解决女性相关的案件及保护女性,同时也是在改变我国的法律与秩序体系以对性侵受害者尤其是女性有更多的同情。

我也会致函上议院主席为上下议院的议员们举办一个性别醒觉研讨会,以提升我们领袖的性别议题敏感度。让我们在这庄严的国会开始为社会树立一个良好的榜样吧。

上议员林慧英


Press Statement by Senator Lim Hui Ying, on 1 August 2019:

Stop Victim-Blaming Culture!

The suggestion by YB Senator Mohamad Imran Abd Hamid to enact laws to protect men from being seduced by women into committing sexual crimes is humiliating victims of sexual crimes!

In the past five years (2013-2018), there were more than 10,000 reported sexual crimes (7,309 rape cases, 1,200 incest cases and 3,478 molest cases), with majority of them were women.

The cause of sexual crimes like rape is not women’s clothing, behaviour, or surrounding environment. The singular cause of rape is rapist. Let’s be clear about this.

Calling for “protection” for men from being seduced by women into committing sexual offences is blaming the victim. YB Senator Mohamad Imran’s statement issued this morning where he said that his “intentions were sincere” to propose such law is not helpful.

I hope that does not mean he sincerely believes that victims of sexual crimes are to be blamed for their victimisation. Our society should not blame and humiliate victims of sexual crimes. Victim-blaming culture must stop!

Nonetheless, his retraction of the proposal is welcomed.

More are needed to be done to keep people, men and women, safe from sexual crimes. We need to keep our street safe, our youths informed of sexual crimes, and our women protected from criminals.

We can start by increasing policewomen in the police force. As reported in 2017, only 12% of the police force were women. The recruitment, career prospect, training, and welfare of policewomen should be improved to increase policewomen in the force.

This is not only to enable the police force to have more female officers to solve women-related cases and to protect women but also to change the law and order machinery of our country to be more sympathetic to the majority victims of sexual crimes, who are women.

I will also write to the President of the Senate to organise a gender awareness seminar to be opened to all Members of Parliament from both Houses to sensitise our leaders on gender issues. Let us begin in the august Parliament to set a good example to the society.

YB Senator Lim Hui Ying

Scroll to Top
Scroll to Top