Kenyataan Media (George Town, 26 April 2021):
Hakisan tebing pantai di Batu Ferringhi adalah insiden terpencil yang terjadi hanya di kawasan Rasa Sayang dan bukannya di seluruh pantai Batu Ferringhi.
Saya merujuk kepada laporan surat khabar The Star yang berjudul “Sandy beaches being washed away” pada 24 April yang lalu. Laporan tersebut amat mengelirukan dan memberi gambaran yang salah mengenai keadaan pantai di Batu Ferringhi.
Menurut laporan tersebut, hampir seluruh pantai Batu Ferringhi sudah terhakis dan yang tinggal hanyalah batu-batuan. Kenyataan ini amat mengelirukan dan amat tidak bertanggungjawab kerana hakikatnya kawasan yang terjejas oleh hakisan pantai hanyalah di kawasan Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa dan bukannya di seluruh pantai Batu Ferringhi.
Buat pengetahuan umum, Rasa Sayang sememangnya tidak mempunyai pesisiran pantai pada waktu air pasang dan hanya mempunyai kawasan pantai ketika air surut. Malah, pihak hotel telah membina struktur atas tebing pantai dalam kawasan lot tanah mereka sehingga ke pinggir laut. Struktur tersebut juga menjadi beban ke atas tebing tersebut dan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada hakisan tebing pantai yang berlaku.
Pejabat saya telah menerima aduan daripada pihak Rasa Sayang berkaitan isu ini pada 8 Februari 2021. Setelah berbincang dengan agensi-agensi teknikal, satu lawatan tapak telah dijalankan pada 18 Februari 2021 bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Dalam lawatan tersebut, anggaran panjang hakisan adalah lebih kurang 300 meter dengan ketinggian tebing dalam lingkungan 2 meter. Dalam erti kata lain, kawasan yang terjejas dengan hakisan hanyalah 0.3km daripada keseluruhan 2.7km pantai Batu Ferringhi. Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh The Star adalah salah sama sekali.
Hasil daripada lawatan tapak, pihak hotel bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan hakisan tebing pantai tersebut. Justeru, mereka telah pun melantik perunding dan mengemukakan pelan cadangan kepada JPS dan MBPP untuk mendapatkan ulasan sebelum melaksanakan kerja pembaikan hakisan tebing tersebut.
Sebagai maklumat tambahan, hakisan pantai adalah perkara yang berlaku secara semula jadi dan kadar hakisan di Batu Ferringhi hanyalah 2.08 meter setahun berbanding dengan negeri seperti Terengganu yang mengalami kadar hakisan 24 meter setahun. Kerajaan Negeri sedang mengawasi perkara ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya dari masa ke semasa.
Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur & Pengangkutan Negeri Pulau Pinang

槟州基设与交通事务委员会主席再里尔发表新闻稿 (26/4/21):
峇都丁宜海蚀只发生在沙洋酒店后方,属小部分,并不是整个海边。
《星报》日前一篇有关“海边沙滩被侵蚀”报导,已造成混淆,并且给峇都丁宜制造了一个假象。
该篇报导指整个峇都丁宜海边都被侵蚀,只剩下石头。这是一篇不负责任的报导,因为发生海蚀只是小部分,即只是沙洋酒店一带,非整个海滩。
众所周知,沙洋酒店在涨潮时并没沙滩;反而是在退潮之后,才会有沙滩。然而,该酒店在他们的范围内,建设海边结构,直达沿海地段。也因为该结构,已成海崖的负担,所以导致海蚀。
我的办公室是在今年2月8日已接获来自沙洋酒店的投诉,并在同月18日,已安排相关单位包括槟城水利灌溉局、东北县县署和槟岛市政厅,前去实地了解问题所在。
我们于实地了解问题后,获悉海蚀部分大概是300米长,及高为2米。峇都丁宜海边约2.7公里,而涉及范围只是0.3公里。为此,《星报》的报导是错误的。
随后,沙洋酒店也允诺会进行海蚀修复。他们也已委任顾问公司提呈修复建议给槟城水利灌溉局和槟岛市政厅在。
在此,我也补充,海蚀其实是一种自然现象。相交于登嘉楼那边面对约24米的海蚀,峇都丁宜海边每年所面对的海蚀,只是大约2.08米。槟州政府正在观察此事,并且会在必要时采取相应行动。