Guan Eng & Mat Sabu terus sokong Anwar sebagai calon PM

Kenyataan media bersama Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad bin Sabu; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada hari Isnin 22 Jun 2020:

Kami ingin memberi kenyataan respon kepada PKR yang sebelum ini telah mengumumkan menolak pilihan kedua untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, dengan peralihan kuasa kepada Anwar selepas tempoh 6 bulan.

Ini berikutan Warisan dan Tun menolak pilihan pertama untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedua-dua pilihan ini dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020.

Kami konsisten menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia sejak 1998 dan akan terus berbuat demikian. Dengan latar senario politik semasa, satu-satunya pilihan yang realistik untuk berjaya adalah dengan menggabungkan kekuatan kesemua lima parti iaitu PKR, Amanah dan DAP daripada Pakatan Harapan serta Warisan dan kelompok penyokong Tun Mahathir dalam Bersatu.

Perjalanan politik ini telah mengambil masa 22 tahun, justeru kita mampu menunggu enam bulan lagi untuk melihat Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Peralihan 6 bulan ini akan didokumenkan secara bertulis, ditandatangani ke semua pemimpin parti dan diumumkan secara terbuka.

Walau pun Tun Dr Mahathir, Warisan dan PKR tidak dapat saling bersetuju, ke semua parti dalam Pakatan Harapan, Warisan dan kelompok Tun Dr Mahathir mesti mencari titik persamaan untuk menuntut kembali mandat yang telah diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.

Ini adalah sebuah perjuangan suci untuk mendaulatkan demokrasi serta nilai undi jutaan rakyat Malaysia yang memilih untuk menukar kerajaan bagi menyingkirkan pentadbiran yang korup dan kleptokratik, melibatkan puluhan bilion Dollar Amerika. Usaha-usaha masih berjalan untuk memulangkan wang yang telah hilang walau pun pengguguran pertuduhan terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan wang tersebut ternyata menjadi halangan.

Dalam usaha menghormati mandat pilihan raya yang diberikan rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU 2018, ada pihak mengambil peluang melabel kami sebagai gila kuasa. Kami telah dikritik kerana lambat bertindak menuntut kembali mandat rakyat, tetapi apabila laluan yang realistik ditemukan, kami dikritik pula kononnya gila kuasa. Ini tidak adil kerana walau pun kami tidak gentar menjadi pembangkang, rakyat telah mengundi pada tahun 2018 supaya kami mengambil alih kerajaan.

Kedua-dua DAP dan Amanah telah berusaha keras sepanjang tiga bulan lalu untuk mencari titik persamaan yang dapat diterima semua pihak. Malangnya, usaha itu belum berjaya. Kami berharap PKR dan Tun, bersama-sama Warisan tidak akan semakin menjauh bahkan terus merapat dan bersatu-padu.

Melihat masing-masing sebagai musuh dan bukan rakan sekutu tidak akan membantu perjuangan rakyat bahkan hanya membantu mereka yang telah menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih rakyat, dengan sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat. Hanya apabila kita dapat bersetuju, kita akan sama-sama dapat memastikan Pakatan Harapan dapat menuntut semula kerajaan milik rakyat ini.

Seperkara lagi, tidak patut ada sebarang urusan dengan watak-watak utama (bekas pemimpin PH) yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan sah Pakatan Harapan dan membolehkan kerajaan PN tanpa mandat ini berkuasa. Pengundi Pakatan Harapan tidak akan mengampunkan mereka yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan.

Kami memberi penghormatan kepada pemimpin PH, Warisan dan Bersatu yang telah berani berdepan ugutan dan godaan bagi menolak kerajaan PN yang tiada mandat ini. Ke semua parti politik dan orang ramai menyokong serta bersetiakawan dengan kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal bagi mengekang anasir-anasir pengkhianat daripada cuba menumbangkan kerajaan yang telah dilantik melalui pilihanraya.

Sebagai anggota Pakatan Harapan, kami akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan jutaan yang telah mengundi untuk perubahan. Krisis ekonomi pasca Covid-19 adalah begitu dahsyat dari segi kesan negatifnya terhadap perniagaan dan kehilangan pekerjaan, maka kita mesti menjadi suara hati nurani rakyat dan pembela mereka demi memastikan dana kerajaan digunakan untuk membantu mereka, dan tidak tertiris akibat salah urus-tadbir.

Keperluan melanjutkan moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi serta kemarahan orang ramai terhadap kenaikan bil elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd adalah gejala kegagalan kerajaan PN dalam menangani kesengsaraan rakyat akibat krisis ekonomi Covid-19.

Kami juga akan turut menggerakkan jentera parti untuk bersiap sedia berdepan kemungkinan pilihan raya mengejut, dan bekerjasama dengan semua parti politik yang menolak kerajaan PN.

Mohamad bin Sabu
Presiden Parti Amanah Negara

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP


我们谨此感谢人民公正党终于宣布他们对于第二选项的决定,即拒绝敦马哈迪任相、拿督斯里安华为副首相、六个月交棒的方案。至于第一个选项,即安华任相、慕克力为副首相的方案,也已经被沙巴民兴党以及敦马哈迪否决。这两个方案都是5月30日希望联盟领袖理事会议决提出的方案。

自1998年开始,我们就支持安华成为首相,迄今依然。鉴于目前政治局势,唯一可行的方案是整合五党力量,即人民公正党、诚信党以及民主行动党,加上民兴党以及敦马哈迪为首的土团党议员。这个政治长征已经耗了22年,我们不介意等多六个月,等到安华接任首相一职。六个月交接将会记录在案,由各党领袖签署同意,对外公开。

尽管敦马哈迪、民兴党以及人民公正党彼此之间无法达成共识,但希望联盟三党以及民兴党、敦马哈迪派系的议员必须尽力找到最大公约数,才能拿回2018年全国大选选民托付于我们的政府。选民把票投给我们、投给改变,是为了终结涉及数十亿美元弊案的贪腐政权,我们现在必须捍卫民主、数以百万计投票支持的意义。虽然我国仍在努力追讨弊案损失,但一宗又一宗弊案接连被撤销提控,依然是重大挫折。

我们想尽办法努力拿回2018年全国大选人民托付于我们的政府,但有些人却借机标签我们权欲熏心。我们也被人批评夺回政权的动作不够快,而我们也发现最可行的一条路,却被人指责为了官位权力。这样的指责有欠公允,因为我们从来都不怕做在野党,但请不要忘记,2018年人民投票的结果是让我们做政府。 

过去三个月以来,民主行动党与诚信党努力不懈寻找最大公约数,但依然无解。我们希望人民公正党、敦马哈迪以及民兴党之间应该更加紧密合作,而不是自此形同陌路、分崩离析。我们是同路人,不是敌人,相视为敌只会让那些成功颠覆民选政府者气焰更旺,于归还民意毫无助益。也唯有当我们所有人想法一致,希望联盟才有可能拿回当初的民选政府。

更重要的是,我们不应该与颠覆希望联盟政府的关键操盘手(前希望联盟领袖)有任何谈判交易,希望联盟的选民不会原谅那些背叛选民信任、偷盗正当民选政府之徒。

希望联盟、民兴党以及部分土团党领袖至今依然不为非民选国盟政府威迫利诱所动,我们钦佩不已。所有的政党、人民应该与拿督斯里沙菲宜所领导的沙巴州政府同在,防止有人以卑劣手段颠覆民选政府。

作为希望联盟的一份子,我们应该继续履行百万人民票选我们推动改变的议程。新冠肺炎疫情所造成的的经济损失与失业情况异常严峻,我们必须为民喉舌,确保公帑为民所用,而非肥上瘦下造成流弊。

眼看目前暂缓还贷措施有必要再延长六个月,加之大众对电费飙涨的愤怒,都实在反映,国盟政府根本无法有效解决新冠肺炎疫情所带来的经济困境。

我们也将动员党内机制,全力备战闪电大选,与所有政党齐力对抗国盟政府。

莫哈末沙布
诚信党主席

林冠英
民主行动党秘书长


Joint statement by President of Parti Amanah Negara, Mohamad bin Sabu; and DAP Secretary-General, Lim Guan Eng on Monday 22nd June 2020:

We wish to thank PKR for announcing that they have rejected the second option of nominating Tun Dr Mahathir Mohamad for Prime Minister and Datuk Seri Anwar Ibrahim for Deputy Prime Minister, with Tun handing over power to Anwar after 6 months. This follows Warisan and Tun rejecting the first option of Datuk Seri Anwar Ibrahim as Prime Minister and Datuk Seri Mukhriz Mahathir as Deputy Prime Minister. Both options were proposed during the PH Presidential Council meeting on 30th May 2020.

We have been consistently supporting Datuk Seri Anwar Ibrahim as the Prime Minister of Malaysia since 1 998 and will continue to do so. Based on the current political scenario, the only realistic option of success is to combine the strength of all 5 parties of PKR, Amanah and DAP in PH as well as Warisan and Tun’s Bersatu. This political journey has taken 22 years, we can afford to wait another 6 months to see Datuk Seri Anwar installed as the 10th Prime Minister of Malaysia. The 6 months transition shall be documented in writing, signed
by all party leaders and publicly announced.

Even though Tun Dr Mahathir Warisan and PKR cannot agree with each other, all parties in PH, Warisan and Tun Dr Mahathir’s grouping must try to find a common ground to reclaim the electoral mandate granted by the rakyat in the 201 8 general elections. This is a sacred mission to uphold democracy and the value of the millions of Malaysians who voted for a change of government to get rid of a corrupt and kleptocratic administration involving tens of billions of US dollars. Efforts are still ongoing to retrieve back the monies lost, though the
dropping of charges of those involved in such financial and monetary losses poses a severe setback.

In our efforts to respect the rakyat’s electoral mandate for a change of government in the 2018 general elections, there are some who have taken the opportunity to label us as power crazy. We have been criticised for not quickly regaining our rightful government and yet when we find the only realistic route left for success we are criticised as power crazy. This is unfair because while we are not afraid to be in opposition, the rakyat voted for us in 2018 to be in government.

Both DAP and Amanah have worked strenuously during the last 3 months to find a common ground acceptable to all but unfortunately it has not been successful. We hope that PKR and Tun together with Warisan will not drift further apart but instead continue to move closer together. Seeing each other as rivals instead of allies will not help the rakyat’s cause and only aid those who successfully deposed an elected government with an unelected one. Only when we are all on the same page together can we ensure that PH can reclaim the
rakyat’s government.

Further, there should be no transactional deals with principal ringleaders (former PH leaders) who were responsible for deposing an elected PH government and bringing in an unelected PN government. PH voters would never forgive those who betrayed their trust and stolen the rightfully elected government.

We salute PH, Warisan and Bersatu leaders and members who have resisted threats and inducements to bravely oppose the PN unelected government. All political parties and the rakyat stand together in support and solidarity with the Sabah state government under the leadership of the Chief Minister Datuk Seri Shafie Apdal to prevent dishonest and disreputable elements from trying to bring down a popularly elected government.

As members of PH, we shall continue to perform our duty to the rakyat and the millions who voted for change. The post COVID-1 9 economic crisis is so severe in its negative impact on business revenue and job losses, that we must be the rakyat’s voice and defender to ensure that government funds are utilized to help them and not go lost through leakages and malpractices.

The necessity to extend the moratorium of bank loans by an additional 6 months and public anger over the exorbitant rise in electricity bills by Tenaga Nasional Bhd is symptomatic of the PN government’s failure to address the plight of the rakyat suffering from the COVID-19 economic crisis.

We shall also mobilise our party machinery to prepare for the possibility of snap general elections and work together with all political parties opposed to the PN government.

Mohamad bin Sabu
President Amanah

Lim Guan Eng
DAP Secretary-General

Scroll to Top
Scroll to Top