Kenyataan Media YB Daniel Gooi, ADUN Pengkalan Kota pada 2 Jun 2021 (Rabu) di George Town, Pulau Pinang:
GERAKAN MENUNJUKKAN BELANG DAN SIFAT SEBENAR MEREKA YANG TIDAK AKAN MEMIHAK KEPADA NEGERI PULAU PINANG
Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Pulau Pinang pada 1 Jun 2021 yang menyatakan bahawa mereka telah mengutuskan satu surat kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air yang kononnya untuk menangguhkan pelarasan tarif air di Negeri Pulau Pinang.
Kebelakangan ini, isu berhubung dengan semakan tarif air yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ini telah kerap dijadikan modal politik oleh Parti Gerakan dan MCA meskipun pada ketika ini, masalah yang lebih besar disebabkan oleh kegagalan Kerajaan Persekutuan menangani pandemik wabak COVID-19 telah mengakibatkan kesengsaraan rakyat yang terpaksa mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi, meskipun Perdana Menteri telah menjanjikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan tidak akan dilaksanakan lagi pada Mac tahun ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pada 28 Mei 2021 telah secara telitinya menjelaskan proses dan prosedur yang berkenaan di mana semakan yang dikemukakan oleh PBAPP kepada SPAN pada tahun 2019 berhubung semakan tarif adalah untuk memenuhi syarat memperbaharui Lesen SPAN untuk beroperasi bagi tahun 2020 hingga 2022. Keputusan untuk mengadakan rundingan awam berhubung cadangan semakan tarif pada tahun ini adalah dibuat oleh SPAN dan rundingan awam terhadap semakan tarif ini bukan sahaja melibatkan Negeri Pulau Pinang, malah negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor turut terlibat di dalam proses rundingan awam pada tahun ini.
Saya tidak berasa hairan di mana Parti Gerakan akan mengutuskan surat kepada rakan karib mereka dalam Perikatan Nasional, iaitu Parti PAS bagi mengukuhkan permainan dan modal politik mereka terhadap Kerajaan Negeri dan juga Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya.
Ini adalah kerana sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan di Negeri Pulau Pinang, Gerakan memainkan peranan penting untuk membelakangkan kepentingan Rakyat Pulau Pinang. Ini dapat disaksikan dengan penindasan seperti pembatalan projek pembangunan dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk menganak-tirikan Negeri Pulau Pinang ketika Parti Gerakan masih bersama Barisan Nasional dan selanjutnya, menyertai Perikatan Nasional untuk menjadikan dirinya sebahagian daripada parti pemerintah pada peringkat kebangsaan.
Sekiranya Parti Gerakan boleh berhubung secara terus kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air berhubung isu ini, adalah tidak hairan sekiranya Kerajaan Negeri Kedah menuntut bayaran ke atas penggunaan air mentah Sungai Muda, yang merupakan hak riparian (Riparian Right) Negeri Pulau Pinang, Parti Gerakan akan sokong Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Parti PAS dan Perikatan Nasional memandangkan mereka adalah sebahagian daripada keluarga besar Perikatan Nasional.
Terima kasih kepada Parti Gerakan yang akhirnya telah menunjuk belang dan sifat sebenar mereka. Ini akan menyakinkan Rakyat Negeri Pulau Pinang untuk sekali lagi memastikan Parti Gerakan tidak akan menerima sokongan menjelang Pilihanraya Umum yang akan datang.
槟州民主行动党彭加兰哥打区州议员魏子森于2021年6月2日(星期三)在槟城乔治市所发表的文告:
针对槟州民政党于2021年6月1日所发表的文告表示他们已经致函联邦环境及水务部要求展延国家水务委员会(SPAN)近日所展开的槟州水费检讨程序,我认为这正是民政党一贯的作风,并对于此课题进行大势的政治炒作。
近期由国家水务委员会所展开的水费检讨程序一直受到民政党及马华公会的炒作。在人民面对着由于国盟政府抗疫失败,并必须再度实施全面封锁期间,这些来自联邦的执政党依旧不断的作出政治炒作。
槟州供水机构(PBA)于2021年5月28日所发布的文告已经清楚阐明整个水费检讨的程序及步骤。本次的水费检讨程序是依据国家水务委员会为了更新槟州供水机构于2020至2022年运作执照的基本需求。虽然槟州供水机构已经在2019年提出更新运作执照的申请,但国家水务委员会于2021年才正式展开水费检讨程序。今年所进行的水费检讨程序除了涉及槟州之外,也包括了其他州属如吉打、霹雳、马六甲、森美兰州及柔佛州。
对于民政党致函他们国盟的兄弟党,也就是伊斯兰党来作为他们政治炒作的本钱我并不感到意外。这也是民政党长期以来的政治作风。在希望联盟执政槟州之际,我们已经见识过不少民政党的手段。长久以来,槟州在希盟执政之下面对了不少来自中央的打压。这包括取消许多槟州的大型发展计划及取消槟州应该获得的中央拨款。这些压迫及排挤早在民政党仍于国阵为伍的时候发生,而如今民政党在加入国盟,晋升为执政党之后依旧玩弄的政治手段。
倘若民政党能够因此课题而直接联系联邦环境及水务部,那如果由伊斯兰党执政的吉打州政府坚持要向槟州索取穆达河生水费,在吉打州务大臣曾经夸口喊道“不给钱就喝泥水”的情况下,我相信民政党肯定会站在伊斯兰党的立场,让槟州人民遭受剥削。
我要感谢民政党终究也露出了狐狸尾巴,并表露了他们真实的性格。这也将促使槟州人民在来届大选确保民政党在槟州不会获得胜利。