Gantung Parlimen tiada kaitan dengan kejayaan memerangi Covid-19: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 4.6.2021:

Speaker Parlimen Perlu Sedar Bahawa Sains Dan Data Serta Fakta Dan Angka Membuktikan Bahawa Menggantung Parlimen Tidak Ada Kaitan Dengan Kejayaan Memerangi COVID-19.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun telah menyerang pengkritik Darurat yang sedang berjalan sebagai selektif dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan bagi mendapatkan keuntungan politik, berikutan Timbalan Speaker Azalina Othman secara lantang dan terbuka menuntut agar sidang Parlimen dibenarkan untuk diadakan semula. Azhar mendakwa dia bukan seorang ahli politik dan tidak mempunyai cita-cita politik atau populisme, dan tidak seperti pengkritiknya, dia memahami konsep pembahagian kuasa, seperti yang termaktub dalam ‘benda kecil’ yang dikenali sebagai Perlembagaan.

Azhar memberi justifikasi penggantungan Parlimen oleh Eksekutif sebagai berlandaskan perlembagaan dan sah, bertentangan dengan video dia sebelum ini di bawah Art Harun di mana dia menekankan berulang kali bahawa Parlimen adalah cabang tertinggi. Bagi seorang Speaker Parlimen untuk membenarkan penghinaan atau pengurangan kuasa Parlimen dengan tunduk kepada Eksekutif, bukan hanya tidak bertanggungjawab dan menyerahkan kuasa tetapi juga merupakan tindakan pengkhianatan terhadap perlembagaan. Mempertahankan Kerajaan PN seperti ini adalah sikap politik oportunis, bertentangan dan tidak sesuai dengan peranannya sebagai Speaker Parlimen untuk menegakkan, melindungi dan mempertahankan ketinggian Parlimen.

Selanjutnya, Azhar secara jelas mengabaikan kenyataan umum yang dikeluarkan oleh Agong selepas Azhar menghadap Agong, di mana Agong menyatakan bahawa Darurat tidak menghalang Parlimen daripada bersidang untuk menjalankan urusan biasa Parlimen. Adakah Speaker Dewan Rakyat ingin mengatakan bahawa Agong salah dan tidak memahami “benda kecil” yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan apabila Agong merasakan bahawa Darurat tidak melarang persidangan Parlimen?

Azhar juga mengabaikan bahawa fakta dan angka serta sains dan data, tidak menyokong premis bahawa Pengisytiharan Darurat dan penggantungan Parlimen membantu negara memerangi dan mengatasi wabak COVID-19. Semasa Darurat diisytiharkan pada 12 Januari, terdapat 3,309 kes jangkitan harian dan 141,533 kes kumulatif, 4 kematian harian dan jumlah kumulatif kematian sebanyak 559. Pada 3 Jun, terdapat 8,209 kes jangkitan harian dengan 595,374 kes kumulatif, 103 kematian harian dan jumlah kumulatif kematian 3,096. Hampir 5 bulan setelah Darurat diisytiharkan pada 12 Januari, jumlah kematian meningkat lebih dari 5 kali ganda sementara jangkitan meningkat lebih dari empat kali ganda, menghancurkan sepenuhnya dakwaan palsu bahawa menggantung Parlimen dapat membantu mengekang COVID-19.

Mencari Jawapan Di Parlimen Untuk Mempercepatkan Proses Vaksinasi Demi Menyelamatkan Dan Melindungi Kesihatan Dan Nyawa Rakyat Malaysia.

Kegagalan keseluruhan kerajaan oleh PN untuk mengurus COVID-19 tidak terhad kepada amalan dua darjat dalam menguatkuaskan sekatan PKP antara golongan VIP dan rakyat biasa atau pada siri berulang dasar yang berubah-ubah dan pusingan U SOP COVID-19. Kadar vaksinasi yang perlahan dan kelewatan penghantaran bekalan vaksin walaupun telah memperuntukkan RM5 bilion dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara tanpa kelulusan Parlimen, telah memburukkan lagi defisit kepercayaan antara rakyat dan Kerajaan PN.

Memandangkan kepercayaan adalah mata wang kesihatan awam, mengembalikan Parlimen yang membenarkan Ahli Parlimen untuk menjalankan tugas mereka terhadap pemeriksaan perundangan dan pengawasan kerajaan akan membantu memulihkan kepercayaan awam serta mencari jawapan bersama untuk melihat bagaimana kita dapat mempercepatkan Program Imunisasi Kebangsaan.  Vaksinasi adalah satu-satunya jalan penyelesaian, dan proses vaksinasi yang cepat dan lancar diperlukan untuk membantu kita mencapai imuniti kelompok 80% penduduk yang dapat menyelamatkan dan melindungi kesihatan dan nyawa rakyat Malaysia.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年6月4日在吉隆坡发表的文告:

国会下议院议长应该了解,科学和数据,以及事实与数字已经证明了国会停摆,无助于我们在抗疫的道路上取得胜利。

随着国会下议院副议长阿扎丽娜打破沉默要求重新召开国会后,批评国内紧急状态的声浪前仆后继,然而,国会下议院议长阿兹哈抨击这些人是选择性地捍卫联邦宪法,以便从中获得政治利益。阿兹哈辩称,自己并不是政治人物,也非民粹主义者,更没有任何政治野心,不像那些批评者一样充分理解所谓的分权,掌握宪法里的各种小细节。

阿兹哈将行政部门把国会停摆一事,视为合乎宪法且合情合理的,这与他之前在“ Art Harun” 里的视频自相矛盾,当时他在影片中反复强调国会至高无上。对议长来说,为了尊重行政部门而削减国会的权力,这种行为是正当的。事实上,这种自行放弃权力的行为不负责任的,而且已经违宪。为现任国盟政府做出这种辩护,尽显机会主义的政治姿态,这与他作为下议院议长应该扮演维护、保障和捍卫议会至上的角色,显然是充满冲突和矛盾的。

此外,国家元首在接见阿兹哈后发表了声明,表明紧急状态不阻碍国会召开,商讨国家大事,但阿兹哈完全无视于这份声明。下议院议长是否在暗示,国家元首认为“紧急状态不阻止国会的召开”这说法是错误的,是不了解联邦宪法这等“小事”?

阿兹哈还无视事实和数字以及科学与数据,种种证据已显示,颁布紧急状态和暂停国会无助于我国的抗疫行动。1 月 12 日颁布紧急状态时,我们的是日确诊病例为 3309 宗、累计 14万1533 例, 单日死亡案例4宗、累计死亡人数 为559人。来到6 月 3 日,单日确诊人数为 8209 例、累计 59万5374 例、死亡案例103 宗,累计死亡人数为 3096 人。在 1 月 12 日宣布紧急状态近 5 个月后,死亡人数增加了 5 倍以上,而感染人数增加了 4 倍以上,已彻底推翻了暂停国会有助于遏制新冠疫情的谬论。

通过议会寻求对策以加速疫苗接种计划,拯救和保护马来西亚人的健康和生命。

国盟全政府管理新冠疫情失败,不仅体现在执行限制行动令条例时持双重标准对待重要人物和一般人民、或国盟一连串的朝令夕改和防疫标准作业程序的U转。政府在未经议会批准下擅自动用国家信托基金的50亿令吉,但我国疫苗接种速度依然缓慢及面对疫苗延迟交付的情况,进一步加剧公众与国盟政府之间的信任赤字。

当务之急是要确保人民对公共卫生的信任。政府应重新召开国会,允许国会议员履行审议立法和监督政府的职责,这对恢复公众信任大有帮助,并可一同寻求对策以加速实行国家冠病免疫计划。接种疫苗是唯一的解决方案,我国需要一项迅速而顺利进行的国家冠病免疫计划,以帮助我们实现80%群体免疫的目标,拯救和保护马来西亚人的健康和生命。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 4.6.2021:

Parliament Speaker Should Realise That Science And Data As Well As Facts And Figures Prove That Suspending Parliament Has Nothing To Do With Winning The Battle Against COVID-19.

Dewan Rakyat Speaker Azhar Azizan Harun has attacked critics of the ongoing Emergency as selective in their defence of the Federal Constitution to gain political mileage, following Deputy Speaker Azalina Othman breaking of government ranks to demand that Parliament meetings be allowed to reconvene. Azhar claimed he was not a politician and did not have any political ambitions or populism, and unlike his critics understood the concept of the division of powers, as enshrined in the ‘little thing” known in the Constitution.

Azhar justified the suspension of Parliament by the Executive as constitutional and legitimate, contradicting his previous videos under Art Harun where he stressed repeatedly that Parliament is supreme. For a Parliament Speaker to justify the derogation or diminution of powers of Parliament in deference to the Executive, is not just irresponsible and an abdication of powers but also an act of constitutional treachery. This defence of the current PN government is nothing more nothing less opportunistic political posturing, conflicting and irreconcilable to his role as Speaker of Parliament to uphold, protect and defend the supremacy of Parliament.

Further, Azhar completely ignores the public statement issued by the King after Azhar was granted an audience with the King, where the King stated that the Emergency does not prevent Parliament from sitting to conduct normal parliamentary business. Is the Dewan Rakyat Speaker implying that the King is wrong and does not understand the “little thing” called the Federal Constitution when the King felt that the Emergency does not prohibit the convening of parliamentary meetings?

Azhar also ignores that facts and figures as well as science and data, does not support the premise that an Emergency Proclamation and suspension of Parliament helps the country battle and overcome the COVID-19 pandemic. When the Emergency was declared on 12 January, there were 3,309 daily infections and a cumulative 141,533 cases, 4 daily deaths and a cumulative death toll of 559. On 3 June, there were 8,209 daily infections with a cumulative 595,374 cases, 103 daily deaths and a cumulative death toll of 3,096. Nearly 5 months after the Emergency was declared on 12 January, the death toll has gone up more than 5 times whilst infections have gone up by more than four times, demolishing completely the fallacious claim that suspending Parliament can help to contain COVID-19.

Finding Answers In Parliament To Ramp Up The Vaccination Process To Save And Protect The Health And Lives Of Malaysians.

The PN whole-of-government’s failure to manage COVID-19 is not limited to double-standards in enforcing MCO restrictions between VIPs and the ordinary rakyat nor on PN’s serial policy flip-flops and COVID-19 SOP U-turns. The slow vaccination rate and delayed delivery of vaccines despite appropriating RM 5 billion from the National Trust Fund without Parliamentary approval, has further deepened the trust deficit between the public and the PN government.

As trust is the currency of public health, restoring Parliament that allows MPs to perform their duties of legislative scrutiny and government oversight would go a long way to restore public trust, find answers together to see how we can ramp up the National Immunisation Programme. Vaccination is the only solution, and a swift and smooth vaccination process is necessary to help us achieve herd immunity of 80% that can save and protect the health and lives of Malaysians.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top