Sun. Jul 21st, 2024

Lapor polis kenyataan oleh DAPSY Bukit Bendera bertarikh 12 Jun 2024:

DAPSY Bukit Bendera ingin menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada 8 Jun 2024 semasa Majlis PelancaranJentera Pilihanraya Kecil N20 Sungai Bakap mengenai isu bekalan air di KADUN Sungai Bakap adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan berbaur hasutan.

Petikan ucapan Sanusi:

“Pasal apa air tak ada di kawasan ini? Awat tak dak di kawasan Tanjung? Belah sana.Ada masalah ayaq? Tak dak. Ni tempat ni tok- tok lebai. Orang kulit macam saya. Dia peduli apa kat hangpa? Faham tak? Peduli apa. Kawasan macam ni saja ada masalah. Sini 60% orang macam saya. Sebab itu ada masalah. Pi tempat depa. Tempat super kaya duduk di Pulau Pinang. Hat rumah sebiji sejuta. Ada masalah air? Tak ada.”

Tohmahan-tohmahan Sanusi bahawa perkhidmatan bekalan air di KADUN Sungai Bakap sengajadiabaikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana majoriti penduduknya adalah orang Melayu dan Islam merupakan cubaan untuk memecahbelahkan keharmonian masyarakat setempat melalui kempen politik Perikatan Nasional. Tindakan ini adalah satu bentuk politik perpecahan yang tidak bertanggungjawab, bertujuan menghasut dan mengelirukan rakyat demi kepentingan politik sempit.

Barangkali Menteri Besar Kedah telah lupa bahawa ‘dalang’ di sebalik isu bekalan air di KADUN Sungai Bakap adalah disebabkan oleh tindakan Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang mengambil keputusan untuk tidak menyalurkan bekalan air terawat di situ melalui Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar sejak tahun 2019. Hal ini berlaku meskipun pihak Perbadanan BekalanAir Pulau Pinang (PBAPP) telah berkali-kali membuat permohonan kepada SADA untuk menyelesaikan masalah bekalan air tersebut.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PBAPP sememangnya komited dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air yang mencukupi dan berkualiti kepada semua pelosok masyarakat tanpa mengambil kira latar belakang, agama, bangsa mahupun fahaman politik. Ini termasukusaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi memastikan bekalan air bersih dan terawat sampai kepada semua rakyat di negeri ini.

Seperti yang diumumkan, PBAPP akan melabur kira-kira RM1.184 bilion bagi melaksanakan projek-projek bekalan air penting dalam tempoh 5 tahun akan datang seperti yang digariskan dalam Pelan Kontingensi Air 2030. Pelaksanaan projek-projek bekalan air ini adalah untukmenyalurkan lebih 1,532 juta liter sehari (JLH) air terawat sebelum 2030. Ini termasuk peningkatan kapasiti loji rawatan air, pembinaan loji-loji baharu dan kerja- kerja penggantian saluran paip-paip lama untuk memastikan infrastruktur bekalan air berada dalam keadaan optimum dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Oleh itu, DAPSY Bukit Bendera telah membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kenyataan-kenyataan berbaur fitnahdan hasutan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah.

DAPSY BUKIT BENDERA