Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 13.10.2021:
Bank Negara Perlu Diarahkan Untuk Membuka Siasatan Penuh Terhadap “Pandora Papers” Yang Membangkitkan Persoalan Aliran Wang Haram Keluar Dari Malaysia Dengan Anggaran Kerugian Hingga USD33.7 Bilion
Kementerian Kewangan perlu mengarahkan Bank Negara untuk membuka siasatan penuh terhadap Pandora Papers yang membangkitkan persoalan berkenaan aliran wang haram keluar dari Malaysia yang dianggarkan berjumlah USD33.7 bilion. Pandora Papers membongkar rahsia pesisir luar negara yang melibatkan golongan elit kaya daripada lebih 200 negara dan wilayah menggunakan lokasi rahsia dan bebas cukai untuk membeli hartanah dan menyembunyikan aset yang membolehkan mereka mengelakkan cukai dan menutup wang yang diperoleh secara haram.
Terdapat lebih daripada 330 ahli politik yang didedahkan oleh Pandora Papers daripada 90 negara, yang malangnya termasuklah beberapa rakyat Malaysia yang terkenal. Pandora Papers adalah sebahagian daripada skandal aliran wang haram (IFF) yang didefinisikan oleh Global Integrity Report (GFI) sebagai dana yang diperoleh, dipindahkan, dan / atau digunakan secara haram merentas sempadan antarabangsa. Dana itu datangnya daripada sumber kegiatan jenayah dan rasuah.
Pengubahan wang haram masih menjadi masalah serius dan GFI menganggarkan bahawa nilai tahunan IFF berkaitan perdagangan di dalam dan di luar negara membangun berjumlah, secara purata, sekitar 20% daripada nilai keseluruhan perdagangan negara tersebut dengan ekonomi maju. Menurut laporan 10 tahun terbaru oleh GFI yang bertajuk Aliran Wang Haram ke dan daripada 148 Negara Membangun: 2006-2015, Malaysia kerugian antara USD22.9 bilion (RM94.22 bilion) dan USD 33.7 bilion (RM138.66 bilion) dalam aliran keluar wang haram dari tahun 2006 hingga 2015.
Sebelum ini kita mempunyai Panama Papers yang mendedahkan bahawa lebih daripada 2,000 warganegara dan syarikat Malaysia mempunyai akaun rahsia di Panama, yang mungkin digunakan untuk menyembunyikan keuntungan mereka daripada sumber yang tidak sah. Tidak seperti negara-negara lain, tidak ada sesiapa yang didakwa untuk pengubahan wang haram dan IFF mungkin disebabkan kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan memerintah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sangat mengecewakan apabila terdapat pegawai mereka di peringkat tertinggi terlibat dan dituduh mencuri dana tanpa sebarang akauntabiliti terhadap kesalahan salah laku mereka. Bank Negara perlu menyiasat sepenuhnya untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai apa-apa yang perlu disembunyikan tetapi tiada percubaan menutup Pandora Papers yang melibatkan rakyat Malaysia dan aliran wang haram.
Malang sekali Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun terus menolak usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu penting ini di Parlimen. Bagi membuktikan bahawa tidak ada yang perlu disembunyikan, siasatan yang dijalankan perlu menghukum mereka yang terlibat dalam IFF dan juga mengesyorkan langkah-langkah ketat untuk mencegah aliran wang haram keluar daripada Malaysia dan bagaimana meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年10月13日在吉隆坡发表文告:
应指示国家银行对潘多拉文件展开全面调查。该文件点出了马来西亚非法资金流动的问题,估计损失高达337亿美元
财政部应指示国家银行对潘多拉文件展开全面调查。该文件点出了马来西亚非法资金流动的问题,估计损失高达337亿美元。潘多拉文件揭露逾200个国家和地区的富豪的离岸秘密,即通过避税港 来购买房产、隐藏资产以避税、和掩盖非法取得的钱财。
潘多拉文件点名来自90个国家逾330名政治人物,遗憾的是,其中包括来自马来西亚的知名人士。潘多拉文件是非法资金流动(IFF)丑闻的一部分,而全球金融诚信组织(GFI)将其定义为非法赚取、转移、和/或跨国境使用的资金。这些资金来自犯罪和贪污腐败的活动。
洗钱仍是个严重的问题,据全球金融诚信组织估计,发展中国家与贸易相关的非法资金流动的年价值,平均占其与发达经济体贸易总额的20%。根据全球金融诚信组织最新报告,即148个发展中国家的非法资金流动:2006-2015,马来西亚从3006年至3015年的非法资金流出,介于339亿美元(942亿2000万令吉)至337亿美元(1386亿6000万令吉)。
之前的巴拿马文件揭露了超过2000名马来西亚公民和公司在巴拿马拥有秘密账户,推测是为了隐藏他们的不义之财。与其他国家不同的是,没有人因涉嫌洗钱和非法资金流动而被起诉,这大概是因为他们是执政党的一部分。
当马来西亚犯贪污委员会最高级别的官员被指控窃取资金,却无需对他们的非法行为承担任何责任时,令人们对其感到极之失望。国家银行必须展开全面调查,以表明马来西亚政府不仅没有隐瞒现实,也没有试图掩盖涉及马来西亚人的潘多拉文件和非法资金流动问题。
遗憾的是,国会下议院议长阿兹哈持续否定反对党领袖安华要在议会内辩论此重要课题的要求。为了证明政府没什么可隐瞒的,政府应展开调查并惩罚那些涉及非法资金流动活动的人士,并采取严厉措施防止非法资金流出马来西亚,以及探讨如何提高透明度、问责制度和良好治理。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 13.10.2021:
Bank Negara Should Be Directed To Launch A Full Investigation Into The Pandora Papers Which Raises The Question OF Illicit Financial Flows Out Of Malaysia With Estimated Losses Up To USD33.7 Billion
The Finance Ministry should direct Bank Negara to launch a full investigation into the Pandora Papers that raises the question of illicit financial flows out of Malaysia which has been estimated as much as USD33.7 billion. The Pandora Papers exposes the offshore secrets of wealthy elites from more than 200 countries and territories using tax and secrecy havens to buy property and hide assets thereby avoiding taxes and covering up illegally obtained money.
There are more than 330 politicians exposed by the Pandora Papers from 90 countries, which unfortunately included prominent Malaysians. The Pandora Papers is part of the scandal of illicit financial flows (IFFs) which the Global Financial Integrity Report (GFI) defines as funds that are illegally earned, transferred, and/or utilized across an international border. The funds are sourced from criminal and corruption activities.
Money laundering remains a serious problem and GFI estimates that the annual value of trade-related IFFs in and out of developing countries has amounted to, on average, about 20 % of the value of their total trade with advanced economies. According to the latest 10-year report by GFI titled Illicit Financial Flows to and from 148 Developing Countries: 2006-2015, Malaysia lost between US$22.9 billion (RM94.22 billion) and US$33.7 billion (RM138.66 billion) in illicit outflows from 2006 until 2015.
Previously we have the Panama Papers disclosing that over 2,000 Malaysian citizens and companies had secret accounts in Panama, presumably to hide their ill-gotten gains. Unlike other countries, no one was prosecuted for money laundering and IFFs presumed because they were part of the ruling establishment.
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is a huge disappointment when their officers at the highest levels are involved and accused of stealing funds without any accountability for their illegal misconduct whatsoever. Bank Negara must fully investigate to demonstrate that the Malaysian government not only has nothing to hide but is not attempting any cover up of both the Pandora Papers involving Malaysians and illicit financial flows.
It is unfortunate the Speaker of the Dewan Rakyat Azhar Harun continues to deny the attempts by Opposition Leader Anwar Ibrahim to debate this important issue in Parliament. To prove that there is nothing to hide, such an investigation should punish those involved in IFFs as well as recommend stringent measures to prevent illicit financial flows out of Malaysia and how to improve transparency, accountability and good governance.
LIM GUAN ENG