Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 18.10.2021:
Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan tetapi hanya akan bekerjasama dengan Bank Negara dan agensi penyiasatan lain untuk menyiasat pendedahan yang dibuat dalam Pandora Papers adalah mengecewakan dan mengingatkan kita terhadap kegagalan SPRM untuk bertindak atas kontroversi yang melibatkan pemimpin-pemimpin pro-kerajaan. Pandora Papers mungkin merupakan pendedahan sebahagian kecil berkenaan aliran keluar wang haram ke akaun luar pesisir yang melibatkan berbilion-bilion ringgit dan SPRM perlu menjalankan tugas dan peranan mereka untuk bertindak secara adil, bebas dan profesional secara telus.
Daripada bertindak mengekang amalan pendanaan luar pesisir, kerajaan dan SPRM kelihatan tidak mengambil tindakan ketika personaliti pro-kerajaan terlibat. Ini adalah kes ke-15 yang melibatkan pemimpin pro-kerajaan termasuk diri mereka sendiri yang SPRM gagal bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih. Antara kejadian yang jelas melibatkan 14 kes penyalahgunaan kuasa lain di mana SPRM gagal bertindak adalah,
1. Mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dirakam secara audio, menawarkan jawatan dan kedudukan politik di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebagai pertukaran sokongan politik. Ahli Parlimen UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa dia menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Petronas kerana ia melanggar berperlembagaan. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Bhd;
2. Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong, yang melompat daripada PKR untuk menyokong Muhyiddin, mengakui bahawa Muhyiddin menjanjikannya kedudukan rasmi yang akan memberikan dia platform untuk membangun semula ekonomi negara. Apakah ini bukan satu bentuk sogokan untuk Steven Choong melompat?
3. Kemampuan meragukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun untuk menyelesaikan tuntutan kemuflisan bagi hutang berjumlah RM1.3 juta, ketika dia hanya mengisytiharkan aset sebanyak RM72,000 pada 20 November 2019 dengan pendapatan bulanan RM34,000. Dia enggan menjelaskan sumber kekayaannya.
4. Kes lompat parti beramai-ramai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah tahun lalu, yang didalangi oleh Tan Sri Musa Aman. Percubaan untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang di Sabah ini akhirnya menyebabkan pembubaran DUN Sabah dan pilihan raya umum negeri, yang mengakibatkan gelombang kedua lonjakan jangkitan COVID-19 di seluruh negara. Tan Sri Musa Aman kemudiannya dilantik sebagai Menteri Negeri Sabah.
5. Bekas Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mendedahkan bahawa pemimpin Kerajaan Negeri Sabah sebelum ini telah memberikan 700,000 ekar tanah hutan simpan di bawah Yayasan Sabah atau Sabah Foundation kepada “kawan dan keluarga”.
6. Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini, Ikmal Hisham Abdul Aziz menulis surat sokongan agar anaknya sendiri dilantik menjadi Lembaga Pengarah Pharmaniaga, sebuah syarikat di bawah pengawasan dan kuasa Kementerian Pertahanan. Mantan Menteri Pertahanan Ismail Sabri telah bersetuju dengan cadangan Timbalannya.
7. Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini, Annuar Musa menulis surat sokongan yang menyokong tawaran kontraktor untuk mendapatkan projek lebuh raya besar di Kelantan melalui rundingan langsung.
8. Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berjanji untuk memanfaatkan jawatan kerajaannya bagi mengeluarkan surat sokongan sebagai pertukaran undi dalam pemilihan Pemuda Bersatu.
9. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen meminta SPRM bertindak setelah mendedahkan bekas Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai memberikan kontrak bernilai RM149.5 juta dengan pemberian terus kepada syarikat yang sebahagiannya dimiliki (25%) oleh Wee Jeck Seng yang sekarang adalah seorang Timbalan Menteri.
10. Pendedahan oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador mengenai kartel pegawai polis yang korup, termasuk seorang bekas IGP, yang menerima wang daripada sindiket jenayah. SPRM salah kerana enggan bertindak dengan alasan ia adalah masalah dalaman polis. Rasuah tidak boleh diselesaikan secara dalaman tetapi diputuskan secara terbuka di mahkamah.
11. Pemberian kontrak Kerajaan Persekutuan kepada pemegang jawatan dalam parti Bersatu dalam mesyuarat politik Bersatu.
12. Siasatan SPRM terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar menjadi senyap setelah Xavier melompat dan menyokong Muhyiddin, yang menurut bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak melibatkan RM78.2 juta;
13. Lima Ahli Parlimen PKR yang telah menolak sogokan atau ugutan supaya melompat dan menyokong Muhyiddin iaitu Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari, M. Karupaiya (Padang Serai), S. Kesavan (Sg Siput), Michael Teo Yu Leong (Miri) dan Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail. Tidak ada tindakan terhadap pihak yang cuba menarik 5 MP PKR itu melompat.
14. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki enggan mengambil cuti rehat untuk memastikan bahawa tidak ada campur tangan dalam siasatan SPRM yang diam-diam berikutan penangkapan tiga pegawai kanan SPRM kerana penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berhubung kehilangan USD6 juta (RM25 juta) milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia, Hasanah Abdul Hamid.
SPRM perlu berterus terang dan menjelaskan mengapa masih belum ada tindakan ke atas 14 kes ini. Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International menurun daripada 51 pada 2019 ke 57 pada tahun 2020. Kegagalan menjalankan tugas mereka secara profesional dan bertanggungjawab, hanya akan menyebabkan kedudukan CPI Malaysia merosot lebih teruk tahun ini.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年10月18日在吉隆坡发表文告:
针对潘朵拉文件的种种爆料,反贪会却没能主动开档调查,而只是与国家银行和其他调查机关合作侦办而已,这样的结果委实令人失望,也提醒了我们反贪会过去的失败,即未能就争议性的亲政府领导人采取行动。潘朵拉文件的曝光,可能只是涉及数十亿令吉之非法资金流入离岸账户的冰山一角而已,反贪会应履行其法定职责,以透明的方式公正、独立和专业地行事。
当涉及亲政府人士时,政府和反贪会并没有采取行动来管控离岸融资的行为,这样的做法显得无所作为。这已是第15起涉及亲政府领导人或反贪会本身没能无所畏惧、秉公办理的案件。以下为反贪会未能采取行动的其他14起滥用职权的案件:
1. 在一段录音中,前首相慕尤丁建议以政治职务和官联公司职位来换取政治支持。巫统话望生国会议员东姑拉沙里拒绝了委任他成为国油顾问献议,因为他认为这项委任已经违宪。巫统署理主席莫哈末哈山则拒绝出任国能主席职。
2. 柔佛地不佬国会议员锺少云背叛公正党,倒戈支持慕尤丁。他坦承慕尤丁承诺给他一个职位和平台,让他帮助重建国家经济。这不正是促使他跳槽的诱因吗?
3. 妇女、家庭及社会发展部长丽娜哈伦还清130万令吉债务,避开破产危机,让人对其还债能力起疑。丽娜哈伦在2019年11月20日申报财产时,财产值是7万2000令吉,月收入则是3万4000令吉。在还清债务后,她拒绝透露财富来源。
4. 丹斯里慕沙阿曼去年策动沙巴州议员接连变节。其尝试组织沙巴后门政府的举动,致使州议会被解散及举行州选,并导致我国出现第二波新冠疫情。丹斯里慕沙阿曼随后被任命为沙巴州部长。
5. 沙巴前首长沙菲益揭露,沙巴州前政府领袖透过沙巴基金会,颁发70万英亩的森林保留地给“家人及朋友”。
6. 国防部副部长依玛希山推荐自己儿子出任发马公司董事,该公司隶属国防部,而前国防部长依斯迈沙比里当时亦支持其副手的建议。
7. 前联邦直辖区部长安努亚慕沙发出支持信,支持承包商通过直接谈判获得吉兰丹州一项大型的大道项目。
8. 前青年及体育副部长万费沙承诺利用自己的公职发出支持信,为他在土团党党选时拉票。
9. 国会公账会在揭露了前交通部长廖中莱直接颁发价值1亿4950万令吉合约予种植及原产部副部长黄日升部分持有(25%)的公司后,并要求反贪会就此采取行动。
10. 前全国总警长阿都哈密揭露警队内有贪腐集团,包括一名前全国总警长也接受犯罪集团贿赂。反贪会以此事属于警队内部问题为由拒绝展开对付行动,是错误的做法。贪污腐败不应是可内部解决的内部问题,而是必须在法院公开审判的犯罪行为。
11. 在土团党政治会议上将联邦政府合约授予土团党办公人员。
12. 在瓜拉冷岳区国会议员西维尔再也古马倒戈支持慕尤丁后,反贪会即冷待西维尔的案件。前首相纳吉指案件涉及7820万令吉。
13. 5名公正党议员面对威胁利诱,以换取他们对慕尤丁的支持。这5名议员分别是必打丹国会议员阿旺胡赛尼、巴东色海国会议员卡鲁巴耶、和丰国会议员柯沙文、美里国会议员张有庆和士基央国会议员娜塔拉。反贪会并没有采取行动对付试图策动他们变节的人。
14. 三名反贪会高级官员涉嫌滥权及挪用马来西亚对外情报组织前总监拿督哈莎娜阿都哈密案件有关的600万美元(约2500万令吉)资金。反贪会主席阿占巴基拒绝休假,这使得人们无法确保反贪会的调查可在不受干扰的情况下进行。
反贪会必须讲清楚说明白,为何仍未对这14宗案件采取行动。马来西亚在国际透明组织的全球清廉印象指数(CPI)中之排名,已从2019年的第51位下降到2020年的第57位。反贪会若依旧未能专业和负责任地履行职责,只会导致马来西亚在今年的CPI排名进一步下滑。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 18.10.2021:
The failure of MACC to initiate an investigation but only cooperate with Bank Negara and other investigative agencies to probe revelations made in the Pandora Papers, is disappointing and reminds us of MACC’s past failure to act on controversies involving pro-government leaders. The Pandora papers may be the tip of the iceberg of illicit financial outflows into offshore accounts involving billions of ringgit and MACC should perform its statutory duty to act impartially, independently and professionally in a transparent manner.
Instead of acting to rein in the offshore funding practices, the government and MACC appear frozen into inaction when pro-government personalities are involved. This is the 15th case involving pro-government leaders or on itself that MACC have failed to act without fear or favour. Amongst the glaring lapses involving 14 other cases of abuses of power where MACC has failed to act are,
1. Former Prime Minister Muhyiddin Yassin was recorded on audio, offering political posts and positions in Government Linked Corporation(GLC) in exchange for political support. UMNO Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah revealed that he rejected an offer to be Petronas Chairman because it was unconstitutional. UMNO Deputy President Mohamad Hasan rejected an offer to be Chairman of Tenaga Nasional Bhd;
2. Tebrau MP Steven Choong, who defected from PKR to support Muhyiddin, admitted that Muhyiddin promised him an official position that would provide him with a platform to rebuild the nation’s economy. Is this not an inducement for Steven Choong to jump?
3. Women, Family and Community Development Minister Rina Harun’s dubious ability to settle a bankruptcy suit for debts amounting to RM1.3 million, when she had declared assets of RM72,000 as at 20 November 2019 with a monthly income of RM34,000. She has refused to explain her source of wealth.
4. The spate of defections of Sabah State Assemblyperson last year, generated by Tan Sri Musa Aman. This attempt at a backdoor government in Sabah ultimately led to the dissolution of the Sabah State Assembly and state general election, which caused the 2nd wave of escalating COVID-19 infections nation-wide. Tan Sri Musa Aman was subsequently appointed as a Sabah State Minister.
5. Former Sabah Chief Minister Shafie Apdal’s expose that the leader of the previous Sabah state government had awarded 700,000 acres of forest reserve land under Yayasan Sabah or Sabah Foundation to “friends and family”.
6. Then Deputy Defence Minister Ikmal Hisham Abdul Aziz, wrote a letter of recommendation for his own son to be appointed into the Board of Director of Pharmaniaga, a company under the oversight and authority of the Defence Ministry. Defence Minister Ismail Sabri had agreed to his Deputy’s recommendation.
7. Then Federal Territories Minister Annuar Musa wrote a letter of support endorsing a contractor’s bid to be awarded a huge highway project in Kelantan via direct negotiation.
8. Then Deputy Youth and Sports Minister Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal promising to leverage on his public post to issue support letters in exchange for votes in the Bersatu Youth election.
9. Parliament Public Accounts Committee had asked for MACC to act after exposing former Transport Minister Liow Tiong Lai granting a RM149.5 million contract by direct award to a company partly owned(25%) by current Deputy Minister Wee Jeck Seng.
10. The expose by former Inspector-General of Police(IGP) Abdul Hamid Bador of a cartel of corrupt police officers, including a former IGP, on the payroll of crime syndicates. MACC is wrong for refusing to act by reason it is an internal police matter. Corruption must not be settled internally but resolved publicly in courts.
11. Granting of federal government contracts to office bearers of Bersatu at a Bersatu political meeting.
12. Kuala Langat MP Dr Xavier Jayakumar’s investigation by MACC turned cold after Xavier defected and supported Muhyiddin, which former Prime Minister Najib Tun Razak said involved RM78.2 million;
13. Five PKR MPs rejected inducements or were subjected to intimidation to defect and support Muhyiddin namely Putatan MP Awang Husaini Sahari, M. Karupaiya (Padang Serai), S. Kesavan (Sg Siput), Michael Teo Yu Leong (Miri) and Sekijang MP Natrah Ismail. No action against those trying to trigger the defections of the 5 PKR MPs.
14. MACC chief Azam Baki refusing to go on leave to ensure that there is no interference in the hush-hush MACC’s investigations following the arrest of three senior MACC officers for abuse of power and malpractice over the loss of US$6 million (RM25 million) belonging to former Malaysian External Intelligence Organisation director-general Hasanah Abdul Hamid.
MACC must come clean and explain why there is still no action on these 14 cases. Malaysia’s rankings in the Transparency International Corruption Perception Index(CPI) declined from 51st in 2019 to 57th in 2020. Failing to do their duty professionally and responsibly, will only cause Malaysia’s CPI rankings to slip down further this year.
LIM GUAN ENG