Exco Chong Eng umum kerajaan negeri peruntuk RM3 juta bagi bangunkan Pusat Harmoni

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang memperuntukkan RM3 juta untuk membangunkan Pusat Harmoni di bangunan bersebelahan Perpustakaan Kanak-Kanak dekat Jalan Scotland.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Sdri Chong Eng berkata pihaknya berharap projek ini akan menyemarak lagi keharmonian rakyat yang berbilang agama dan kaum.

“Saya berharap dengan adanya Pusat Harmoni ini, kita (Persatuan-persatuan yang bukan agama Islam) boleh memupuk perpaduan melalui program-program yang dianjurkan oleh agama masing-masing….(serta) menggalakkan persatuan-persatuan ini untuk bekerjasama sambil bertukar pandangan untuk menganjurkan aktiviti di Pusat Harmoni ini,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang ketika melawat tapak projek pemajuan tersebut di sini pada 3 Jun 2019.

Berita penuh pada Buletin Mutiara:

Scroll to Top
Scroll to Top