EXCO Chong Eng seru rakyat sentiasa hormati tradisi berbeza, pertahankan keharmonian negara

YB CHONG ENG, EXCO PEMBANGUNAN WANITA & KELUARGA, KETERANGKUMAN GENDER DAN AGAMA SELAIN ISLAM MENGINGATKAN SUPAYA RAKYAT HARUS SENTIASA MENGHORMATI TRADISI DAN BUDAYA YANG BERBEZA DEMI MEMPERTAHANKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA

Insiden di sekolah Puchong merupakan sesuatu yang amat mengecewakan sebagai rakyat Malaysia, walaupun kita telah mencapai kerajaan baharu dimana perpaduan dan harmoni diantara kaum dan agama merupakan asas penting yang harus dititkberatkan bagi menuju ke arah sebuah negara maju Wawasan 2020.

Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan kaum, dan setiap rakyat harus menghormati perbezaan ini kerana dunia kita kini telah mencapai di peringkat global.

Oleh itu, ianya amat penting bagi seseorang itu memupuk semangat perpaduan dan pengamalan budaya silang dari peringkat sekolah lagi demi memperkayakan ilmu pengetahuan diantara satu sama lain serta mereka juga tidak akan tergolong dalam kategori “katak di bawah tempurung” atau dimaksudkan sebagai seseorang yang tidak ketinggalan dari zaman moden ini.

Sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan patriotik, adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru semula keperluan rakyat Malaysia untuk menghormati tradisi masing-masing dan berpendapat bahawa sekolah tidak patut untuk menurunkan dekorasi tersebut kerana ianya merupakan suatu perkara biasa untuk mendekorasi apabila menjelang musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.

Kita juga menghias sekolah kita dengan lukisan kolam apabila menjelang perayaan Deepavali, serta mendekorasi sekolah dengan lampu – lampu apabila menjelang perayaan Hari Raya demi menyambut ketibaan sesuatu perayaan di negara kita.

Justeru, saya turut ingin mengingatkan semua rakyat untuk terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian memandangkan kebelakangan ini banyak isu berkaitan perkauman, sensitiviti dan agama sering dibangkitkan.

CHONG ENG


YB CHONG ENG, PENANG STATE EXCO URGED MALAYSIAN TO MAINTAIN PEACE AND HARMONY BY REFRAINING FROM PROVOCATIONS AND VIOLENCE THAT WILL RESULT IN CONFLICT AND CHAOS

The incident at the Puchong school is a disappointment for Malaysians, although we have reached a new government where unity, racial and religious harmony are an important part of our journey towards Vision 2020.

Malaysia is made up of different religions and races, and every citizen should respect this difference as we are now in global world.

Therefore, it is very important for one to inculcate the spirit of unity and practice of cross culture from the school level in order to enrich each other’s knowledge and they will not fall into the category of “frog under a coconut shell” or be regarded as someone who does not miss in modern times.

As responsible and patriotic Malaysians, it is our duty to maintain peace and harmony by refraining from provocations and violence that will result in conflict and chaos.

In this regard, I reiterate the need for Malaysians to respect their traditions and feel that schools should not discount the decorations as it is common to decorate them during festive seasons like Chinese New Year.

We also decorated our school with ‘Kolam’ during the Deepavali celebration, and lights during the Hari Raya celebration to celebrate the arrival of a festival in our country.

Therefore, I would also like to remind all the people to continue to maintain unity and harmony as in recent times many issues regarding races sensitivity and religion are often raised.

CHONG ENG

Scroll to Top
Scroll to Top