Jangan tunggu hingga September, lancar OSC tingkatkan kadar vaksinasi di Pulau Pinang: Ahli Parlimen Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan Dan Adun Air Putih Di Pulau Pinang Pada 4.8.2021:

Sekiranya Operasi Lonjakan Kapasiti (OSC) Di Lembah Klang Telah Mencapai Hampir 100% Penduduk Dewasa Menerima Dos Pertama SEKARANG, Mengapa Tidak Lakukan Yang Sama Untuk Pulau Pinang Dan Tidak Menunggu Sehingga September?

Pada 3 Ogos, Pulau Pinang mencatat rekod tertinggi 798 jangkitan baru COVID-19 dan 15 kematian. Ini telah menimbulkan permintaan masyarakat untuk vaksinasi yang lebih cepat dan segera, terutama mereka yang telah mendaftar seawal Februari dan Mac tetapi masih belum diberi temujanji. Jumlah yang lebih tinggi bagi penerima dos pertama digunakan sebagai maklum balas terhadap kebimbangan bahawa hanya 23.6% penduduk dewasa di Pulau Pinang diberi vaksin dua dos, iaitu kedudukan ke-9 daripada 14 negeri di Malaysia.

Pada 3 Ogos, Pulau Pinang berada di kedudukan ke-6 daripada 14 negeri yang diberi dos pertama dengan 58.9% daripada populasi dewasa. Ini adalah seperti penyedap hati bagi mereka yang dijangkiti atau keluarga mereka yang kehilangan nyawa ketika menunggu vaksin yang tidak pernah tiba serta mereka yang masih menunggu temujanji dengan penuh kecewa. Saya masih ingat kata-kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing, yang kehilangan adiknya akibat COVID-19, bahawa adiknya akan masih hidup sekiranya vaksin tiba lebih awal.

Peningkatan jangkitan harian dan kematian di Pulau Pinang telah menambah ketakutan dan meningkatkan permintaan untuk vaksinasi yang lebih cepat. Soalan utama adalah bagaimana memastikan bahawa bekalan vaksin tiba lebih awal atau seperti yang dijadualkan. Menyatakan bahawa 100% penduduk dewasa akan mendapat vaksin pada bulan depan tidak meredakan kebimbangan mereka yang risau tentang nyawa atau mata pencarian mereka yang menanti pembukaan semula ekonomi dengan segera.

Ramai yang bertanya kepada saya mengapa Lembah Klang dapat mencapai 97.8% penduduk dewasa yang menerima dos pertama pada 3 Ogos tetapi bukan Pulau Pinang? Mengapa kita perlu menunggu sehingga bulan September sedangkan Lembah Klang telah mencapai hampir 100% penduduk yang menerima dos pertama?

Salah satu sebab utama di sebalik ini adalah pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti atau OSC Lembah Klang untuk meningkatkan koordinasi dan pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor. Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Ahli Parlimen DAP untuk Bangi Dr Ong Kian Ming telah dilantik sebagai penyelaras OSC bagi Lembah Klang.

Atas sebab ini, OSC yang sama perlu dilakukan di Pulau Pinang seperti di Lembah Klang, untuk usaha vaksinasi yang lebih cepat dan segera memandangkan rekod tertinggi jangkitan dan kematian harian. Ahli Parlimen Pulau Pinang yang boleh diterima oleh kerajaan persekutuan dan negeri perlu dilantik dengan segera agar kita dapat mengetepikan politik kepartian demi kepentingan kesihatan awam.

Imuniti kelompok perlu dicapai melalui suntikan vaksin, dan bukan melalui jangkitan dan suntikan vaksin. Lebih daripada 80% kes COVID-19 di Pulau Pinang adalah mereka yang tidak divaksinasi. Sekiranya OSC di Lembah Klang dapat mencapai hampir 100% penduduk dewasa yang menerima dos pertama SEKARANG, mengapa tidak melakukan perkara yang sama untuk Pulau Pinang dan tidak menunggu sehingga September? Kelewatan setiap hari menyebabkan lebih banyak jangkitan atau kehilangan nyawa yang berharga. Turut sama pentingnya ialah vaksinasi yang lebih cepat akan membolehkan ekonomi di Pulau Pinang dibuka semula dengan lebih cepat.

LIM GUAN ENG


峇眼区国会议员兼亚逸布爹区州议员林冠英于2021年8月3日在槟城发表的文告:

如果巴生谷的疫苗冲刺行动现在已实现近100%成人人口接种首剂疫苗,那为何不在槟城推动同样的措施,而要等到9月呢?

8月3日,槟城新增798宗确诊病例和15宗死亡病例,皆为疫情以来最高纪录。疫情升温,人民渴望可尽早接种疫苗,尤其是那些早在2月和3月就已注册但仍未获预约的民众。槟城目前有23.6%成人完成接种两剂疫苗,在14个州和地区中排行第9。

截至8月3日,槟城有58.9%成人人口已接种首剂疫苗,在14个州和地区中排行第6。这对受感染者、或在等待疫苗过程中失去家人的家庭、或正沮丧地等待预约者,带来小小的安慰。我还记得砂拉越副首长占玛欣曾感叹,如果疫苗可以早点送抵我国,那么他的弟弟或许现在还活着。

槟城日益剧增的确诊和死亡人数,使人们越发感到害怕,并渴望能尽快接种疫苗。关键问题是,要如何确保疫苗供应可提前或按期到达。声称下个月将达到100%成人人口接种首剂疫苗的目标,并不能缓和人民的担忧情绪。人民对生活和生计感到忧虑,并希望能尽快和全面的重新开放经济。

很多人问我,为何巴生谷可以在8月3日达到97.8%成人人口接种首剂疫苗,而不是槟城?为何当巴生谷已实现近100%成人人口接种首剂疫苗时,槟城还需要等到9月才能达致这目标?

这背后的主要原因之一在于政府推行了疫苗冲刺行动(OSC),加强联邦政府和雪州政府之间在国家免疫计划中的协调和执行工作。前国际贸易和工业部副部长兼万宜区国会议员王建民博士,较早前就被委任为巴生谷疫苗冲刺行动协调员。

有鉴于槟城确诊和死亡病例日益剧增,政府应在槟城推行类似于巴生谷的疫苗冲刺行动,以更迅速地为槟城人民接种疫苗。政府可任命一名槟州政府和联邦政府都可接受的槟城国会议员出任协调员,让我们为了公共卫生利益而搁置党派之争。

我们理应要通过接种疫苗来实现群体免疫,而不是通过感染病毒和接种疫苗来达到此目标。槟城超过80%的确诊病例是未接种疫苗者。如果巴生谷的疫苗冲刺行动现在已实现近100%成人人口接种首剂疫苗,那为何不在槟城推动同样的措施,而要等到9月呢?每延误一天,意味着更多人受感染或失去宝贵的生命。同样重要的是,更快速的疫苗接种计划也能使槟城经济可更早和全面地重新被开放。

林冠英


Press Statement By MP for Bagan and Assemblyperson for Air Putih Lim Guan Eng in Penang on 4.8.2021:

If The Operation Surge Capacity (OSC) In Klang Valley Has Already Achieved Nearly 100% Of The Adult Population Receiving The First Dose NOW, Why Not Do The Same For Penang And Not Wait Until September?

On 3 August, Penang hit a record 798 new COVID-19 infections and 15 deaths. This has generated a public demand for quicker and faster vaccination, especially those who have registered earlier in February and March but have still not been given appointments. In response to these concerns that only 23.6% of Penang’s adult population is fully vaccinated with two doses, that is No. 9 out of 14 states in Malaysia, the higher numbers of those given the first dose is given by way of explanation.

As at 3 August, Penang ranks 6th out of 14 states of those given the first dose with 58.9% of the adult population. This is small consolation to those who are infected or to the families of those who lost their lives waiting for vaccines that never come as well as those who are still waiting in frustration for an appointment. I still remember the words of Sarawak Deputy Chief Minister James Masing, who lost his brother through COVID-19, said that his brother would still have been alive if the vaccines had arrived earlier.

The rise in daily infections as well as deaths in Penang has heightened fear and intensified demands for faster vaccination. The key question is how to ensure that the supply of vaccines arrived earlier or as scheduled. Stating that 100% of the adult population will get vaccinated by next month does not allay the concerns of those worried about their lives or the livelihood of those seeking a quick full reopening of the economy.

Many have asked me why the Klang Valley is able to achieve 97.5% of the adult population receiving the first dose as at 3 August but not Penang? Why do we have to wait until September when Klang Valley has already achieved nearly 100% of the population receiving the first dose?

One of the main reasons behind this is the establishment of Operation Surge Capacity or OSC Klang to enhance coordination and implementation of the National Immunisation Programme (PICK) between the Federal government and the Selangor government. Former Deputy Minister for International Trade and Industry and DAP MP for Bangi Dr Ong Kian Ming was appointed as the OSC coordinator for the Klang Valley.

For this reason a similar OSC should be set up in Penang similar to Klang Valley, for a swifter and faster vaccination in view of the record daily infections and deaths. A Penang MP acceptable to both the federal and state governments should be quickly appointed so that we can put aside political partisanship for public health interest.

Herd immunity should be achieved through inoculation, and not through both infection and inoculation. More than 80% of COVID-19 cases in Penang are those unvaccinated. If the OSC in Klang Valley can achieve nearly 100% of the adult population receiving the first dose NOW, why not do the same for Penang and not wait until September? Every day’s delay is more infections or more precious lives lost. Equally important is that a faster vaccination will allow the economy in Penang to reopen fully faster.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top