Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 31.5.2021:
Desentralisasi Dan Benarkan Kerajaan Negeri Memutuskan Sektor Perniagaan Yang Boleh Beroperasi Tertakluk Pada Garis Panduan SOP Yang Ketat Lebih Baik Daripada Pendekatan Gagal Di Mana Kementerian Di Putrajaya Memutuskan Segalanya.
Prosedur operasi standard (SOP) untuk “total lockdown” di bawah PKP 3.0 sekali lagi telah menimbulkan kekeliruan mengenai apa yang boleh dan tidak dibenarkan, sektor perniagaan mana yang merupakan perkhidmatan perlu terutamanya sama ada sesuatu perniagaan dapat dibenarkan untuk beroperasi. Daripada menumpukan semua kuasa di Kementerian di Putrajaya, Kerajaan PN harus melakukan desentralisasi dan meninggalkan pendekatan gagal sebelum ini dalam melaksanakan SOP COVID-19 untuk membendung gelombang ke-3 jangkitan.
Surat yang membenarkan perjalanan rentas negeri dan daerah dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI) akan tamat tempoh hari ini pada 31 Mei. MITI tidak lagi diberi mandat untuk memberikan kelulusan bagi sektor selain daripada pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan (MRS), tertakluk kepada surat kelulusan baharu untuk beroperasi yang boleh dimuat turun dari Covid-19 Intelligent Management System (3.0). Namun, untuk sektor selain pembuatan dan MRS, syarikat perlu merujuk kepada kementerian berkaitan yang mengawal selia berkenaan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini telah menyebabkan bertambahnya kekeliruan terutamanya ketika Kementerian-Kementerian berkenaan tidak dapat dihubungi. Terdapat banyak aduan terhadap gagal mendapatkan akses kepada MKN dan Kementerian sama ada menerusi talian hotline atau laman web mereka. Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepakaran IT Kerajaan PN, apabila PN gagal teruk semasa proses pendaftaran atas talian untuk vaksin AstraZeneca walaupun membelanjakan RM70 juta.
Rakyat juga kecewa dengan pusat pemberian vaksinasi mega yang menyebabkan kesesakan dan tempoh menunggu yang lama, mendatangkan bahaya kesihatan terutamanya kepada warga emas. Desentralisasi harus menjadi jalan ke hadapan untuk menjadikan perkhidmatan penting kerajaan lebih mudah didapati, mudah diakses dan berpatutan. Dengan kebanyakan perkhidmatan kerajaan ditutup di bawah “total lockdown”, bagaimana rakyat dapat meminta pertolongan, terutamanya jika mereka tinggal jauh dari Putrajaya.
Desentralisasi membolehkan kerajaan negeri memainkan peranan mereka dan memutuskan sektor perniagaan yang boleh atau tidak boleh beroperasi tertakluk pada garis panduan SOP yang ketat. Ini akan menjadikan lebih mudah bagi perniagaan dan orang ramai yang boleh pergi ke pejabat kerajaan negeri masing-masing, jika perlu, dan tidak perlu melakukan perjalanan jauh ke Putrajaya.
Peningkatan tragis dalam kes dan kematian COVID-19 adalah disebabkan oleh kegagalan keseluruhan kerajaan yang menyebabkan Malaysia menjadi negara terburuk di Asia dan salah satu negara terburuk di dunia berdasarkan purata bergerak 7 hari. Kegagalan keseluruhan kerajaan ini adalah di tangan Kerajaan Persekutuan PN dan kerajaan negeri harus diberi peluang untuk membuktikan sama ada mereka berkemampuan, memainkan peranan mereka dan membuat keputusan. Rakyat tidak akan rugi apa-apa ketika sekarang pun nasihat pakar seperti ditolak atau diabaikan oleh Menteri yang tidak cekap dan tidak berkelayakan.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年5月31日在吉隆坡发表的文告:
把权力集中在布城各政府部门,让他们决定一切的方法并不可行,联邦政府应下放权力,由各州政府来自行决定什么行业可以继续营运,前提是必须在严格遵守标准作业程序。
第三次行动管制令下的“全面封锁”引起了许多困惑,因为其标准作业程序不清不楚,没有明确告知什么可以做,什么又不可?哪些企业属于必须服务,什么行业又被允许继续营业?国盟政府此时此刻不应再把权力集中在布城的各部门,而是应该下放权力。要遏制新冠肺炎的第三波感染,就不能再用失败的旧方法来实施抗疫标准作业程序。
所有由国际贸工部发出的函件,即允许跨州和跨县通勤的批准信,将于5月31日到期。除制造业以及制造业相关的服务业者,依然可从新冠疫情智能管理系统(3.0)下载新的批准信外,国际贸工部不再受权向其他行业提发出批准函。至於制造业和相关服务业以外的其他行业,则该公司必须依其行业属性,寻求相关部门或国家安全理事会的批准。
这样的做法引发了更大的混乱,尤其是现在根本无法联系到相关的部门。许多人纷纷抱怨,无法通过热线电话或官方网站联系上国安会及相关的政府部门。公众现在对国盟政府的信息技术专业已然信心尽失,特别是之前看到国盟花费了7000万令吉,却在阿斯利康疫苗的在线注册过程中表现得荒腔走板。
公众也对大型的疫苗接种中心出现人潮拥挤和等候时间过长的情况感到不安,唯恐这将危及人们,特别是乐龄人士的健康。下放权力才是我们的方向,以便让这些基本政府服务更容易被获得、方便和负担得起。当大多数政府机构将在全面封锁期间关闭时,人民要如果寻求援助,特别是当他们居住在远离布城的地区。
下放权力将允许州政府发挥其角色,根据严格的标准作业程序准则来决定可营业与不可营业的商业领域。这将为企业和人民提供便利,因为他们若有需要,就只需前往各自的州政府办公室而已,不必前往布城。
整个国盟政府的失败导致马来西亚成为过去7天滚动平均值表现最差的亚洲国家及世界上最糟糕的国家之一。国盟联邦政府造成整体政府的失败,而州政府应获得机会展示他们是否符合标准,发挥其角色并做出决策。当失职和不符资格的部长推翻或忽视专家建议时,下放权力的措施并不会导致人民有所损失。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 31.5.2021:
Decentralisation And Allow State Governments Decide On What Business Sectors Can Operate Subject To Strict SOP Guidelines Preferable To The Failed Approach Of Ministries In Putrajaya Deciding Everything.
The standard operating procedures (SOP) for the total lockdown under MCO 3.0 has sparked confusion again as to what can and cannot be permitted, which business sector is an essential service especially whether a business can be approved to be operated. Instead of concentrating all powers in Ministries in Putrajaya, the PN government should decentralise and abandon their previous failed approach in implementing COVID-19 SOPs to contain the 3rd wave of infections.
Letters allowing interstate and inter-district travel from the International Trade and Industry Ministry (Miti) will expire today on May 31. MITI will no longer be mandated to provide approval for sectors apart from the manufacturing and manufacturing-related services (MRS), subject to new approval letters to operate that can be downloaded from the Covid-19 Intelligent Management System (3.0). However, for sectors other than manufacturing and MRS, companies are required to refer to the relevant ministries regulating their sectors or the National Security Council (NSC).
This has resulted in greater confusion especially when the Ministries cannot be contacted. There are many complaints of failing to get access to both NSC and Ministries either at their hotlines or their website. The public has lost confidence in the IT expertise of the PN government, when PN failed spectacularly during the online registration exercise for the AstraZeneca vaccines despite spending RM 70 million.
The public is also upset with mega mass vaccination centres that caused over-crowding and long waiting periods, causing health hazards particularly for senior citizens. Decentralisation should be the way forward to make such essential government services more readily available, accessible, and affordable. With most government services closed down under this total lockdown, how can the rakyat seek help, particularly when they reside far from Putrajaya.
Decentralisation allows state governments to play their part and decide on what business sectors can or cannot operate subject to strict SOP guidelines. This will make it more convenient for businesses and the people who can go to the respective state government offices, if necessary, and need not travel all the way to Putrajaya.
The tragic rise in COVID-19 cases and deaths is due to the whole-of-government failure that caused Malaysia to be the worst in Asia and one of the worst countries in the world on a 7-day rolling average. This whole-of-government failure is by the PN Federal government and state governments should be given the opportunity to show whether they are up to standard, play their role and make decisions. The people have nothing to lose when expert advice seemed to be over-ruled or ignored by incompetent and unqualified Ministers.
LIM GUAN ENG