Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 11.11.2021:
DAP menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim bahawa Adly Zahari daripada Amanah adalah calon pilihan PH untuk Ketua Menteri Melaka. Adly adalah calon yang paling sesuai memandangkan beliau adalah bekas Ketua Menteri PH Melaka selama 22 bulan. Adly diterima ramai dan terkenal sebagai Ketua Menteri yang mesra rakyat dengan latar belakang yang bersih dalam melaksanakan dasar berjiwa rakyat untuk rakyat Melaka tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.
Memilih Adly juga akan membantu PH untuk kembali ke landasan yang betul dengan agenda reformasi kami selaras dengan cita-cita dan prinsip PH yang dekat dengan aspirasi rakyat biasa. Manifesto pilihan raya PH Maju Bersama Rakyat merangkumi 32 inisiatif untuk membantu rakyat dan perniagaan dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.
Bersatu di belakang calon Ketua Menteri yang berwibawa seperti Adly, PH menawarkan alternatif yang tulen berbanding dengan pentadbiran PN atau BN yang gagal dalam menguruskan pandemik COVID-19 yang menyebabkan rekod jangkitan dan kematian tertinggi serta gagal mengatasi kemelesetan ekonomi. Kedua-dua PN dan BN tidak mempunyai kredibiliti dan rekod prestasi dalam menyatupadukan rakyat, bersikap inklusif dan mendahulukan rakyat daripada kroni.
DAP menyokong cadangan Anwar untuk mengadakan debat di televisyen antara calon Ketua Menteri PH dan BN Melaka bagi membolehkan pengundi membuat pilihan dengan maklumat yang tepat. Malangnya PN masih tidak dapat memutuskan calon mereka untuk Ketua Menteri. DAP menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa bertindak segera supaya semua pihak diberi masa saksama di televisyen dan radio untuk berkempen bagi pilihan raya Melaka berikutan larangan calon dan parti politik berkempen atau bertemu pengundi.
Tiada sebarang sebab untuk melengahkan perkara ini memandangkan debat di televisyen yang diterima baik antara saya dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkenaan dasar kabotaj Wee yang gagal dalam pembaikan kabel dasar laut. Di sebalik kegagalan Wee untuk berpegang kepada fakta dan angka, ini akan membolehkan pengundi membuat keputusan sendiri mengenai siapa yang paling layak, cekap, dan berwibawa serta mempunyai integriti politik untuk menjalankan agenda reformasi dan menubuhkan kerajaan yang baik.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年11月11日在吉隆坡发表文告:
民主行动党欢迎希望联盟主席安华的宣布,即诚信党的阿德里会是希盟的马六甲首席部长人选。阿德里无疑是最合适的人选,因为他曾担任马六甲希盟首席部长达22个月。 阿德里被广泛接受且广为人知,他是一位亲民的首席部长,背景干净,不分种族、宗教或背景,为马六甲人民制定各项以人为本的政策。
选择阿德里,也将帮助希盟的改革议程重新回到正轨,这符合希盟的理想和原则,而且,这些理念和原则可以跟普罗百姓的想法相连接。希盟的《与人民一起前进》竞选宣言中包括32项帮助人民和企业挽救生命和生计的举措。
失败的国盟或国阵政府对新冠疫情处理不当,导致我国确诊和死亡病例率创纪录,且无法克服经济衰退。相较之下,希盟在阿德里这名称职的首长人选之下团结一致,为人民提供真正的替代方案。国盟和国阵在团结人民、包容性和将人民置于朋党之上的方面,毫无公信力可言且无往绩可依据。
行动党支持安华的建议,让希盟、国盟和国阵的马六甲首长人选上电视台进行辩论,好让选民可做出明智选择。遗憾的是,国盟尚未决定他们的首长人选。随着政府禁止候选人和政党举办竞选活动或会见选民,行动党促请通讯及多媒体部长安努亚慕沙迅速采取行动,以便所有的政党可在甲州州选期间在国营电视台和电台获得同等的曝光机会。
有鉴于我和交通部长魏家祥针对后者失败的维修海底电缆方面的沿海贸易政策所进行的电视辩论受到社会欢迎,政府没有理由拖延让候选人辩论的机会。虽然魏家祥未能依据事实和数据来发言文,但选民可通过这一切来决定谁最具资格、能力、信誉和政治操守以落实改革议程和建立良好施政的政府。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 11.11.2021:
DAP welcomes the announcement made by Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim that Amanah’s Adly Zahari is PH’s choice for Melaka Chief Minister. Adly is the most suitable candidate as he was the former PH Chief Minister of Melaka for 22 months. Adly is widely accepted and popularly known as a people-friendly Chief Minister with a clean background implementing people-centric policies for the Melaka rakyat regardless of race, religion or background.
Adly’s choice will also help PH to get back on track with our reformist agenda in line with PH’s ideals and principles that can connect with the aspirations of the ordinary rakyat. PH’s election manifesto of Maju Bersama Rakyat includes 32 initiatives to help the rakyat and businesses save lives and livelihood.
Uniting around a competent Chief Minister candidate in Adly, PH offers a genuine alternative in contrast to the failed PN or BN administrations that failed both to manage the COVID-19 pandemic causing record infections and deaths as well as failed to overcome the economic recession. Both PN and BN have no credibility and track record in uniting the people, being inclusive and putting the people ahead of cronies.
DAP supports the suggestion of Anwar for a televised debate between the PH and BN Malacca chief minister candidate to allow the voters to make an informed choice. Unfortunately PN has still been unable to decide on their candidate for Chief Minister. DAP urges Communications and Multimedia Minister Annuar Musa to act speedily so that all parties may be given equal airtime on national television and radio to campaign for the Malacca polls following the ban on candidates and political parties to campaign or even meet voters.
There is no reason for any delay in view of the well-received television debate between me and Transport Minister Wee Ka Siong on Wee’s failed cabotage policy on submarine cable repairs. Despite the failure of Wee to stick to facts and figures, this will allow voters to make up their own mind who is best qualified, competent, and credible with the political integrity to carry out a reformist agenda and establish a good government.
LIM GUAN ENG