DAP tolak pencirian Tun Mahathir, kami bukan ekstremis: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 5.4.2021:

DAP menolak pencirian oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa DAP adalah ekstremis sebagai salah, tidak berasas dan tersasar. Mahathir salah kerana sejarah dan fakta telah membuktikan bahawa DAP ialah sebuah parti pelbagai kaum yang berusaha untuk mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Berbeza dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap dirinya sebagai Melayu dahulu, DAP menganggap diri kami sebagai rakyat Malaysia dahulu.

Dakwaan Mahathir bahawa DAP adalah ekstremis adalah tidak berasas ketika DAP berkhidmat dan membantu rakyat semua kaum dan agama, sama ada semasa menjadi kerajaan mahupun pembangkang. DAP tidak pernah mendiskriminasi ataupun mengambil pendirian yang memudaratkan hak serta kepentingan rakyat Malaysia sama ada Melayu mahupun bukan Melayu, Muslim mahupun bukan Muslim. Malah, pemimpin-pemimpin DAP sanggup dan telah pernah dipenjarakan demi mempertahan hak orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Mahathir tersasar apabila beliau gagal melihat DAP sebagai inklusif dan mempunyai wakil rakyat daripada semua kumpulan etnik utama termasuk Melayu, dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Tambahan pula, DAP tidak pernah bercanggah dan sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, yang rasis dan ekstremis ialah parti-parti komponen PN atau BN yang hanya mewakili satu kumpulan kaum atau agama sahaja.

Mujur, semakin ramai rakyat Malaysia yang kagum dengan pencapaian DAP dan tidak percaya kepada diayah bahawa DAP adalah ekstremis, apabila DAP mampu memenangi lebih banyak kerusi yang mempunyai lebih ramai pengundi Melayu berbanding bukan Melayu. Bantuan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim baru-baru ini kepada seorang ibu tunggal berbangsa Melayu yang mempunyai 10 orang anak dan tiada tempat tinggal merupakan jawapan terbaik kepada mereka yang telah melabelkan dengan palsu bahawa DAP adalah ekstremis.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年4月5日在吉隆坡发表的文告:

前首相敦马哈迪指行动党是极端主义者,是错误、毫无根据和具误导性的说法。马哈迪的看法是错误的,因为历史和事实已证明行动党是个不分种族和宗教,志在代表所有马来西亚人的多元种族政党。不同于首相丹斯里慕尤丁自认自己是马来人优先,行动党是马来西亚人优先。

当行动党不看政党背景,致力于服务和帮助所有种族和宗教的人民时,马哈迪指行动党是极端主义者的看法是毫无根据的。行动党从未歧视或采取任何不利于马来西亚人权益的立场,不管对方是马来人或非马来人,穆斯林或非穆斯林。行动党领袖甚至为了捍卫马来人和非马来人的权利而入狱。

马哈迪的言论也具有误导性,他没有看到行动党是个具包容性的政党,我们的代表来自我国各个主要族群,包括马来人和沙巴及砂拉越的当地民族。此外,行动党始终维护联邦宪法。反观,国盟和国阵的成员党才是种族或极端主义者,他们只想代表一个种族或宗教团体。

庆幸的是,越来越多马来西亚人对我们服务留下深刻印象,不认为行动党是极端主义者,而行动党也能在马来选民比非马来选民多的选区胜选。大山脚国会议员沈志强日前就为一名无家可归的巫裔单亲妈妈及其10个孩子提供援助,这正是对那些误将行动党标记成极端主义者的人的最佳回应。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 5.4.2021:

DAP rejects the characterisation by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohammad of DAP as extremist is wrong, baseless and misguided. Mahathir is wrong when history and facts prove that DAP is a multi-racial party that seeks to represent all Malaysians regardless of race and religion. Unlike Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who sees himself as Malay first, DAP sees ourselves as Malaysian First.

Mahathir’s claim of DAP as extremist is baseless when DAP has served and helped all races and religions, whether in government or in opposition. DAP has never discriminated nor taken any position that is inimical to the rights and interests of Malaysians whether Malay or non-Malays, Muslim or non-Muslim. DAP leaders have gone to prison for defending the rights of both Malays and non-Malays.

Mahathir is also misguided when he fails to see that DAP is inclusive and has elected representatives from all major ethnic groups including Malays and the local Sabahan and Sarawakian. Moreover, DAP has never contradicted but consistently upheld the Federal Constitution. In contrast it is PN or BN component parties that is racist or extremist in seeking to represent only one racial or religious group.

Fortunately, there are a growing number of Malaysians that are impressed by our proven track record and do not see DAP as extremist, when DAP is able to win seats with more Malay than non-Malay voters. The recent assistance given by Bukit Mertajam MP Steven Sim to a homeless Malay single mother with 10 children, is the best response to those that falsely label DAP as extremist.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top