DAP cadang penyelaras OSC negeri juga dilantik bagi negeri-negeri diperintah PH: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 19.7.2021:

Rekod tragis kematian Covid-19 harian tertinggi sebanyak 153 orang pada 18 Julai yang menjadikan jumlah kematian kumulatif melebihi 7,000, mengingatkan kita akan pentingnya pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang pantas dan lancar. Penghantaran vaksin lebih awal dan kadar vaksinasi yang lebih cepat dapat mencegah kematian daripada jumlah lebih dari 7,000 tersebut.

Jangkitan harian juga telah mencapai tahap tertinggi berikutan kegagalan keseluruhan kerajaan dengan dasar yang berubah-ubah polisi dan pusingan U SOP, amalan dua darjat dalam penguatkuasaan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara rakyat biasa dan VIP serta ketidakcekapan kerajaan sendiri. Terdapat kesedaran yang semakin meningkat bahawa untuk memenangi pertempuran melawan Covid-19, pertamanya perlu ada perubahan cara pemikiran dari pembendungan semata-mata kepada langkah mitigasi.

Oleh kerana kerajaan telah kalah dalam usaha untuk membendung Covid-19, maka perlu ada peralihan kepada langkah mitigasi dengan menerima kenyataan bahawa rakyat akan terus hidup bersama Covid-19. “Total lockdown” telah jelas gagal mengurangkan rekod tertinggi jangkitan harian dan angka kematian kerana kegagalan keseluruhan kerajaan.

Sebaliknya, siri “total lockdown” telah menyebabkan kesusahan yang tidak terkira kepada mata pencarian ekonomi rakyat Malaysia dengan kehilangan pekerjaan dan penutupan perniagaan. Perlu ada peralihan ke arah “lockdown” yang bersasar dan kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Nyawa bukan sahaja hilang akibat Covid-19 tetapi juga dari kehilangan mata pencarian ekonomi dengan peningkatan kadar bunuh diri.

Usaha keseluruhan masyarakat sangat penting untuk berjaya melawan Covid-19 melalui “lockdown” yang bersasar dan kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Pelantikan Ahli Parlimen DAP Bangi Dr Ong Kian Ming, seperti diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin, sebagai penyelaras di Selangor untuk peningkatan vaksinasi adalah satu langkah yang baik. Ini memberikan peluang kejayaan yang lebih tinggi dalam memastikan setiap orang dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menjelang Ogos di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti (OSC).

Bagi memastikan OSC berjaya, kepakaran profesional mengatasi perbezaan politik parti, penerimaan bahawa kesilapan boleh berlaku, dan perlu ada kesediaan untuk mendengarkan pendapat yang tidak sehaluan. Tidak ada yang lebih penting di bawah OSC selain untuk mengurangkan jangkitan harian, angka kematian dan mereka yang mengalami kes serius Covid-19 yang perlu dimasukkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

DAP bersedia menyokong sepenuhnya PICK dan OSC. Atas sebab ini, DAP mencadangkan agar penyelaras OSC negeri juga dilantik bagi negeri Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang diperintah oleh PH di mana kerjasama erat dapat dijalin antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan PICK dan OSC berjaya.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年7月19日在吉隆坡发表的文告:

7月18日,大马的冠病死亡人数创下新高,来到153人。这个悲催的记录使我国的累计死亡人数突破7000人,这一记警钟敲醒了大家,全面加速并且确保国家免疫计划 (PICK)进展顺利已是当务之急。事实上,若及早提供疫苗和加快疫苗接种率本可以防止这7000多条人命的流失。

因为整个政府的失灵,致使政策朝令夕改、防疫标准作业程序也不断翻来覆去;还有行管令期间对平民百姓以及高官显要的执法持双重标准,以及未能找出更好的对策,凡此种种,也令国内的每日感染率屡创新高。如今,人们越发越意识到,要在抗疫路上取得胜利,首先必须改变思维方式,即从单纯的遏制转向缓和。

既然政府已经输掉遏制冠病的战役,那么,现在就必需学会接受与冠病共存的社会现实,转向以缓和为目标的方式来处理事情。显然,由于整个政府的失灵,造成全面封锁未能阻止每日的感染和死亡人数不断地创新高。

相反的,连串的全面封锁对国人的经济生计造成难以言喻的困境和痛苦,导致失业和企业倒闭。政府必须转为实施针对性封锁和达到更高的疫苗接种率。人们不仅因感染上新冠病毒而丧命,经济生计的损失也导致自杀率上升。

通过针对性封锁和更高的疫苗接种率,全社会力量对于能否成功抗疫至关重要。科学、工艺及创新部长凯里宣布委任行动党万宜国会议员王建民为雪州冠病疫苗协调员,是迈向正确方向的一步。此举为确保雪兰莪和吉隆坡所有成年人8月前至少接种首剂疫苗为目标的疫苗冲刺行动,提供了更高的成功机会。

疫苗冲刺行动要取得成功,则专业知识需胜于党派立场,并且愿意听取不同意见。在疫苗冲刺行动下,没有什么比减少每日的确诊、死亡和重症病例来得重要。

行动党愿意全力支持国家免疫计划和疫苗冲刺行动。为此,行动党建议政府也可以在希盟执政的槟城州和森美兰州委任疫苗冲刺行动协调员,使联邦和州政府可密切合作,令国家免疫计划和疫苗冲刺行动取得成功。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 19.7.2021:

The tragic record of the highest daily Covid-19 deaths of 153 on 18 July causing the cumulative death toll to exceed 7,000, reminds us of the importance of a swift and smooth implementation of the National Immunisation Programme (PICK). Early delivery of vaccines and a faster vaccination rate could have prevented many of the over 7,000 deaths.

Daily infections have also hit record highs following the whole-of-government failure with policy flip-flops and SOPs U-turns, double-standards in enforcement of Movement Control Order (MCO) restrictions between the ordinary rakyat and VIPs and incompetence. There is a growing realisation that to win the battle against COVID-19 there must first be a change of mindset from pure containment to mitigation.

Since the government has lost the battle to contain Covid-19 there must be a shift to mitigation by accepting the reality of society living with Covid-19. Clearly total lockdowns have failed to reduce the record daily infections and death toll due to the whole-of-government failure.

Instead, the serial total lockdowns have caused untold hardships to the economic livelihood of Malaysians with jobs lost and businesses closed down. There must be a shift towards targeted lockdowns and higher vaccination rate. Lives are lost not only from Covid-19 but also from loss of economic livelihood with the increase in suicide rates.

A whole-of-society effort is essential to succeed against Covid-19 with targeted lockdowns and higher vaccination rate. The appointment of DAP MP for Bangi Dr Ong Kian Ming, announced by Science, Technology, and Innovation Minister Khairy Jamaluddin, as the coordinator in Selangor for the vaccination ramp-up is a step in the right direction. This gives a higher chance of success for the goal to ensure every adult in Selangor and Kuala Lumpur receives at least one dose of the Covid-19 vaccine by August under Operation Surge Capacity (OSC).

For the OSC to succeed, professional expertise trumps political partisanship, acceptance that mistakes can be made, and there must be a willingness to listen to dissenting opinions. Nothing can be more important under the OSC than to reduce the daily infections, death toll and those with serious Covid-19 cases who need to be hospitalised and put in the intensive care unit.

DAP is willing to fully support both the PICK and OSC. For this reason, DAP suggests that the state OSC coordinator be also appointed for the PH-ruled states of Penang and Negeri Sembilan where close cooperation can be forged between Federal and state governments to make PICK and OSC a success.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top