DAP Pulau Pinang salur dana RM80,000 bantu mangsa banjir di Pahang & Johor

Kenyataan media mengenai sumbangan kewangan DAP Pulau Pinang kepada negeri Pahang dan Johor yang dilanda banjir | 16 Januari 2021:

Sebagai tanda solidariti kepada rakyat Malaysia yang dilanda musibah banjir di Pahang dan Johor, DAP Pulau Pinang akan menyalurkan dana sebanyak RM80,000 untuk membantu mereka yang terjejas.

Dana tersebut akan disalurkan melalui jawatankuasa negeri DAP kedua-dua negeri tersebut. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli barang keperluan asas dan lain-lain bantuan yang diperlukan.

Kami amat berbangga kerana pemimpin dan anggota DAP di kawasan yang terjejas terus bekerja keras membantu rakyat walaupun menghadapi kesukaran banjir, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pengisytiharan Darurat.

Selaras dengan pelaksanaan PKP di Pulau Pinang, kami tidak dapat melakukan perjalanan ke tempat yang terjejas, namun kami sentiasa berhubung bersama saudara seperjuangan di lapangan bagi mencari kaedah yang terbaik untuk membantu.

Marilah kita terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan para sukarelawan, pekerja dan juga mangsa di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir.


槟州民主行动党于2021年1月16日为受到水灾影响的彭亨及柔佛州提供援助金所作出的媒体声明:

为了协助彭亨及柔佛州受到水灾影响的灾黎,槟州民主行动党将捐出8万令吉来协助灾黎渡过难关。

这项捐款将转交至彭亨及柔佛民主行动党州委会,主要为灾黎们提供必需品及其他方面的援助。

面对着天然灾害、行动管制令及刚颁布的紧急状态,我党领袖及党员们仍全日无休,奋力协助灾民们渡过难关,我们为此深感骄傲。

由于槟州也同样实施着行动管制令,我们不能够动员前往灾区,但我们仍然与身在前线的同志们保持着紧密联系,一同探讨其它可以提供援助的方式,以协助灾黎渡过此次难关。

希望大家可以继续为志工、前线人员及灾黎们加油打气,一起渡过艰难时刻。


Press statement on the contribution of financial aid by DAP Penang to the flood-affected states of Pahang and Johor | 16 January 2021:

In solidarity with fellow Malaysians who are flood victims in Pahang and Johor, DAP Penang will contribute a total of RM80,000 to provide relief for the victims.

The fund will be channeled through the respective DAP state committees in both states. It will be used to purchase essential items for the flood victims as well as provide other assistance where necessary.

We are proud that DAP leaders and members in the disaster areas are working very hard to provide relief for the people despite the difficult challenges posed by the disaster, the Movement Control Order (MCO) and the Emergency Proclamation.

Due to the MCO in Penang, we are not able to mobilise any trip to the disaster areas, but we are constantly in touch with our comrades on the ground to explore other ways to provide assistance.

Let us continue to pray for volunteers, workers as well as victims in the disaster areas.

Scroll to Top
Scroll to Top