KENYATAAN MEDIA DAP PULAU PINANG PADA HARI RABU, 22 DISEMBER 2021 DI GEORGE TOWN, PULAU PINANG:
DAP Pulau Pinang menggesa orang ramai berganding bahu membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang yang disebabkan oleh hujan lebat akibat Lekukan Tropika 29W.
DAP Pulau Pinang, bersama semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis bekerjasama untuk membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang.
Kami membantu dengan membekalkan barangan keperluan harian (termasuk makanan dan peralatan pembersihan) dan kami menyeru ahli kami dan orang ramai untuk sertai misi bantuan ke sana sebagai sukarelawan bagi meringankan beban mangsa banjir.
Orang ramai boleh menderma dalam bentuk wang tunai dan juga barangan kepada pasukan bantuan bencana:
DAP Selangor (Public Bank, 3169 7529 25) – Rujukan: Banjir Selangor.
DAP Pahang (Public Bank, 3189 7328 08) – Rujukan: Banjir Pahang.
DAP Pulau Pinang amat bersimpati dengan penduduk yang terjejas daripada bencana ini, dan kami akan melakukan yang terbaik bagi membantu badan barisan hadapan termasuk NGO, jabatan kerajaan, kakitangan perubatan dan pasukan bantuan bencana Pakatan Harapan (PH) yang sedang berada di sana. Kami berharap semua bantuan dapat disampaikan kepada mangsa yang terjejas dalam masa yang terdekat.
DAP Pulau Pinang juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang telah kehilangan orang yang tersayang akibat tragedi ini dan berharap mereka dapat mengharungi saat-saat yang sukar ini.
Situasi banjir yang melanda negeri ini telah mengingatkan kita kepada banjir besar yang pernah berlaku di Pulau Pinang pada 2017. Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu menerima bantuan daripada pelbagai pihak, termasuk NGO, badan sukarela, perniagaan dan orang ramai yang membolehkan kerja-kerja pemulihan selesai dalam masa yang singkat supaya kehidupan rakyat kembali kepada normal.
Kita masih ingat semasa banjir besar 2017, Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar pasukan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan kepada kita. Jawatankuasa dan ahli PH serta DAP Selangor juga melakukan yang terbaik untuk menyokong kami.
Operasi bantuan bencana kali ini akan menjadi lebih sukar, kerana selain untuk membaiki kerosakan akibat banjir kilat, petugas barisan hadapan juga perlu berhati-hati dengan jangkitan Covid-19.
Atas semangat kekitaan kita sebagai rakyat Malaysia, kami memohon agar rakyat Pulau Pinang tampil menghulurkan bantuan dalam operasi bantuan bencana ini, membantu semula kepada mereka yang telah membantu kita sebelum ini supaya mereka segera kembali kepada kehidupan yang normal.

槟州民主行动党于2021年12月22日(星期三)在槟城乔治市所发表的文告:
槟行动党全力支援灾黎,吁民众投入雪彭救灾行动
槟州民主行动党及国州市议员已投入雪彭救灾行动,为有需要协助的灾黎提供物资(包括粮食及洗刷工具),并号召党员与民众一同前往灾区为灾区善后,以实际行动协助受影响的人民尽快渡过难关。
槟州行动党也吁请民众慷慨解囊,捐献款项或物资给救灾单位,捐款可汇进雪兰莪州及彭亨州民主行动党救灾基金:
捐献户口:
DAP Selangor (Public Bank 3169 7529 25);注明 Banjir Selangor
DAP Pahang (Public Bank 3189 7328 08);注明 Banjir Pahang
日前席卷多个州属包括雪兰莪、彭亨的闪电水灾,槟州行动党对于遭到严重影响的灾黎深感同情,而我们也支援目前仍在前线全力救灾的自愿团体、政府部门、救护人员及一众希望联盟国州议员与团队,希望所有援助能够及时送到给受严重影响的灾黎们。
槟州行动党也向因水灾影响而逝世的遇难者及家属献上最真诚的哀悼及慰问,希望家属们能够安好渡过最艰难的时刻。
如今多个州属所面对的严重灾情,不禁令人回想起过去在2017年槟州所发生的严重大水灾。槟州政府当时很多严峻且重要的救援工作上都获得许多单位的支援,其中包括非政府组织、自愿团体、工商界及广大民众的支持,让救援工作能够在最短时间内完成,也让槟州人民能够尽速恢复正常的生活。
槟城子民都记得,当时其中一支援救单位正是由雪兰莪州政府所派遣的地方政府团队,此外当时的希望联盟及民主行动党雪州领导及党员也全力给予援助。
此次的救援工作将特别艰辛,除了必须处理闪电水灾所造成的破坏外,前线工作人员也必须谨慎提防新冠肺炎感染。
我们诚恳吁请槟州人民一起伸出援手,与我们一起投入救灾工作,回馈曾经帮助我们渡过难关的马来西亚同胞们,让大家早日恢复正常生活。

MEDIA STATEMENT BY DAP PENANG ON WEDNESDAY, 22 DECEMBER 2021 IN GEORGE TOWN, PENANG:
DAP Penang urges the public to join hands in providing aid for the Selangor and Pahang disaster relief operations after the heavy downpour from Tropical Depression 29W had caused unprecedented floodings in those states.
DAP Penang, along with all its Members of Parliament, State Assemblypersons and Councillors are working together to provide aid for the Selangor and Pahang disaster relief operations.
We are helping to supply daily needs items (including food and cleaning tools) and we call upon our members and the public to join as volunteers to be there and assist the victims.
The public can donate cash and much needed items to the disaster relief team:
DAP Selangor (Public Bank, 3169 7529 25) and put the reference as Banjir Selangor.
DAP Pahang (Public Bank, 3189 7328 08) and put the reference as Banjir Pahang.
DAP Penang empathises with the people affected by the disaster, and we are doing our best to assist the frontline groups including NGOs, government departments, medical staff and Pakatan Harapan (PH) disaster relief teams who are currently on site helping. We hope that all the aid can be delivered to the heavily affected victims in time.
DAP Penang sends our deepest condolences to the family members of the fatalities due to this tragedy and hope they can get through this difficult time.
The current flood situation faced by many states reminds us of the 2017 big flood that took place in Penang. The Penang State Government at that time received assistance from multiple parties, including NGOs, voluntary bodies, businesses and the public that enabled us to complete the work in the shortest time possible so that our people can resume normality.
We remember that during the 2017 big flood, the Selangor State Government sent us their local council aid team. The PH and DAP Selangor committee and members also did their best to support us.
The disaster relief operation this time is going to be extra tough, as other than to repair the damage caused by the flash flood, the frontliners also need to be cautious about the Covid-19 infections.
We sincerely ask that Penangites come forth to lend a hand in this disaster relief operation, give back to those who have helped us before, and let them return to their normal life.