DAP puji Pulau Pinang hantar wakil iring keluarga mangsa tembakan masjid di NZ

KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA AGUNG DAP DAN AHLI PARLIMEN BAGAN LIM GUAN ENG DI KUALA LUMPUR PADA 16 MAC 2019

DAP memuji tindakan tangkas Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghantar Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang YB Phee Bon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, YB Azrul Aziz Mahathir ke Christchurch, New Zealand, untuk menemani ahli keluarga salah satu daripada 3 rakyat Malaysia yang tercedera dalam serangan kejam yang dilakukan oleh seorang pengganas New Zealand terhadap orang Islam yang tidak bersalah semasa menunaikan Solat Jumaat. YB Phee dan ahli keluarganya pernah menetap di New Zealand untuk seberapa lama dan mempunyai ramai kenalan yang merupakan pemimpin kerajaan tempatan di Christchurch.

YB Phee Bon Poh dan YB Azrul bukan sahaja akan mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang yang tercedera dalam serangan yang dahsyat tersebut, tetapi juga untuk 2 rakyat Malaysia lain yang turut tercedera. Mereka berdua telah menghubungi Wisma Putra untuk mengatur keperluan logistik untuk memastikan Kerajaan Malaysia bertindak sebagai satu negara dalam menghulurkan bantuan, simpati dan solidariti terhadap 3 mangsa yang tercedera tersebut.

DAP mengulangi kecamannya terhadap aksi keganasan melampaui akal rasional yang telah meragut 49 nyawa dan mencederakan 48 yang lain. DAP percaya bahawa pihak berkuasa New Zealand telah menangkap semua pembunuh dan akan memastikan keadilan terlaksana bagi pihak mangsa kejadian ini. Kami berharap agar bukan sahaja 3 rakyat Malaysia tersebut, tetapi semua yang tercedera akan pulih sepenuhnya.

Pembunuhan rambang yang dilakukan oleh seorang pengganas berkulit putih terhadap orang Islam yang tidak bersalah sewaktu menunaikan solat di dalam sebuah rumah ibadah di dalam negara New Zealand yang dikenali aman dan selamat, sangat-sangatlah keji. Pada saat-saat tragedi penuh kebencian seperti ini, semua negara dan semua bangsa harus berdiri berdampingan demi keamanan, hormat untuk kebebasan dan kepelbagaian beragama, toleransi, keharmonian, dan belas kasihan. Tamadun manusia terbina bukannya melalui kebencian tetapi melalui kasih sayang antara satu sama lain sebagai umat manusia.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
16 Mac 2019


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 16 March 2019

DAP commends the Penang state government’s quick response in sending its Penang EXCO member YB Phee Boon Poh and Bayan Lepas Assemblyperson YB Azrul Aziz Mahathir to Christchurch, New Zealand, to accompany the family members of one of the 3 Malaysians injured in the barbaric attack by a New Zealand terrorist on innocent Muslims performing the Friday prayers. YB Phee and family members had stayed previously in New Zealand for some time and he has many contacts with local government leaders in Christchurch.

YB Phee Boon Poh and YB Azrul will not only be representing the Penang state government in looking out for the interests of the Penangite injured in the horrific attack, but also for the other 2 Malaysians injured. Both of them have contacted Wisma Putra to coordinate logistics to ensure that the Malaysian government acts as one nation to offer support, sympathy and solidarity to the 3 injured victims.

DAP reiterates its condemnation of the senseless violence that murdered 49 people and injured another 48. DAP believes that the New Zealand authorities have arrested all the murderers and will ensure that justice be done on behalf of the victims. We pray that not just the 3 Malaysians, but all the injured will fully recover.

The massacre by a white terrorist of innocent Muslims performing prayers in a religious house of worship in what is a peaceful and safe New Zealand, is most abhorrent. At moments of such hateful tragedy, all nations and all people should stand together for peace, respect of religious freedom and diversity, tolerance, harmony and compassion. Human civilization progresses not through hate but love for each other as human beings.

Lim Guan Eng
Secretary-General of DAP
16 March 2019

Scroll to Top
Scroll to Top