Kenyataan media Jurucakap Hal Ehwal Antarabangsa DAP merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto pada Isnin 18 April 2022 di Pulau Pinang:
DAP mengecam segala bentuk pencerobohan dan keganasan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menggesa agar konflik ini diselesaikan dengan usaha perdamaian, keamanan, dan diplomasi di antara rakyat dan negara-negara yang terperangkap dalam suasana yang tertekan dan pergolakan selama berdekad.
Tahun ini adalah kali pertama selepas 30 tahun, dunia menyaksikan ketiga-tiga agama Ibrahim meraikan amalan ketiga-tiga agama dalam satu tempoh masa yang dekat sesama umat, iaitu pertengahan bulan April– Jumaat Agung (Good Friday) bagi penganut Kristian, Paskah Yahudi (Passover) bagi umat Yahudi dan bulan Ramadhan bagi umat Islam. Malangnya dalam tempoh sambutan yang terpenting ini, pertempuran di antara anggota polis Israel dan rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa telah menyebabkan lebih daripada 150 orang cedera dan ramai yang terbunuh.
Kami menegaskan bahawa kejadian seperti ini tidak sepatutnya dan tidak seharusnya berlaku hari ini di dunia di mana kita mempunyai ruang dan platform untuk diplomasi, keamanan dan perdamaian secara matang dan “win-win” bagi semua pihak.
Sama ada penganut Kristian, Islam atau Yahudi, anggota penguatkuasaan, badan pentadbiran dan pihak kerajaan harus bertanggungjawab ke atas setiap satu nyawa yang terkorban dalam pergolakan ini. Konflik Israel – Palestin tidak seharusnya bersifat ‘balas dendam’, sama ada di bulan Ramadhan yang mulia ini mahupun pada Prapaskah atau semasa sambutan Passover. Jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang seperti ini mesti dikecam, dikutuk dan ditolak oleh semua pemimpin.
Keganasan sebegini, samada oleh pihak polis ataupun mana-mana individu mesti dihentikan dengan serta-merta.
DAP membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya segala tindakan yang mencemarkan dan merosakkan mana-mana ruang tempat ibadat, khususnya dalam insiden ini, Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci bagi penganut Islam.
Masjid Al-Aqsa terletak di kawasan yang masih hangat dipertikaikan oleh kedua-dua pihak dan tersepit didalam konflik Israel-Palestin. Setiap individu berhak untuk hidup aman dan berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya tanpa sebarang ancaman dan gangguan, dan hak ini mesti dilindungi, dipelihara dan dipertahankan bagi rakyat Palestin, dan juga dan kepada sesiapa sahaja di dunia ini yang terperangkap dalam situasi konflik geo-politik yang mengancam dan menggugat hak mereka untuk beramal dan beribadat.
Pertembungan 3 sambutan dan amalan ini sepatutnya menjadi mercu tanda keamanan tetapi sebaliknya telah dicemari oleh peristiwa keganasan dan pertumpahan darah.
Selepas mengharungi cabaran pandemik COVID19 di seluruh dunia selama lebih 2 tahun, pembinaan semula ekonomi dan pelaburan dalam pembangunan manusia (human development) haruslah menjadi paksi perdamaian antara rakyat dan pihak kerajaan kedua-dua negara.
Tiada siapa yang inginkan perang – sama ada di Ukraine, di Palestin ataupun di mana-mana negara lain yang bergelut dengan pemimpin yang rakus kuasa. Pihak kerajaan serta pihak berkuasa mesti berani untuk menggunakan segala sumber yang wujud serta berusaha untuk menggembleng tenaga untuk mengelakkan konflik dan jenayah terhadap kemanusiaan berulang lagi.
DAP menggesa agar kedua-dua negara yang terlibat untuk mengadakan perundingan damai serta memberikan komitmen supaya peristiwa hitam dan serangan yang mengejutkan seperti ini tidak akan berlaku, dan tidak akan berleluasa lagi.
Malaysia sebagai anggota di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mesti berusaha untuk menjadi perantara dan pendamai dalam konflik dan peperangan yang telah berlarutan sejak sekian lama ini.
Kasthuri Patto
Ahli Parlimen Batu Kawan
Jurucakap Hal Ehwal Antarabangsa DAP

Media statement by DAP Spokesperson for Foreign Affairs and MP for Batu Kawan Kasthuri Patto on Monday 18th April 2022 in Penang:
The DAP condemns all forms of aggression and violence by the Israeli regime inflicted on Al-Aqsa Mosque and the Palestinian people and calls for peace, diplomacy and reconciliation between people and nations gridlocked in decades of unrest, duress and turbulence.
After 30 years, this year saw all 3 Abrahamic faiths celebrating their most prominent, solemn observances over the mid-April weekend – Good Friday by Christians, Passover by the Jews and the Holy Month of Ramadan by Muslims. Amidst these holy services, clashes between the Israeli police and Palestinians at the Al-Aqsa Mosque have left more than 150 wounded and many killed.
This should not and cannot happen in modern history where there is room for diplomacy, peace and reconciliation.
Whether Christian, Muslims or Jews, a life lost must be met with accountability and responsibility by the powers that be. The war between Israelis and Palestinians can never be justified with “an eye for an eye”, whether it is the Holy Month of Ramadan, in the Lenten season or during Jewish observances. A crime against humanity is a crime against humanity and must be condemned by all.
Institutionalised aggression by the police or by individuals must be condemned and must end immediately.
The DAP reviles and deplores the desecration of any place of worship, in this case the Al-Aqsa Mosque, the third holiest site in Islam. This is the contentious disputed site and still remains at the heart of the Israel-Palestinian conflict. Anyone and everyone deserves to live in a safe environment and to be able to profess and practise their faiths without harm or danger and this must be accorded to the people of Palestine and everywhere else in the world facing raging geo-political conflict.
After 30 years, an overlap of these 3 observances should have been a landmark and monumental display of peace and truce but instead has been marred and paralyzed by violence and bloodshed.
After reeling from a disastrous and devastating pandemic that swept across the globe, rebuilding the economy and investing in human development must be the axis of reconciliation between the people of both nations.
No one wants another war – whether in Ukraine or in Palestine or anywhere else in the world and Governments as well as stakeholders must pool resources, courage and compassion to prevent a conflict and crimes against humanity to ever happen again.
DAP calls for peace talks, negotiations, mediation, diplomacy between the two nations and for preventive measures to be taken to ensure a shocking attack like this from further happening and proliferating.
As a member of the Human Rights Council, Malaysia must do more to be a go-between and peacemaker in this time-worn conflict and war.
Kasthuri Patto
Member of Parliament for Batu Kawan
Deputy Secretary for DAP International Affairs