DAP desak kerajaan PN wartakan klinik kesihatan sebagai PPV

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Pulau Pinang Pada 8.6.2021:

Wartakan Semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Untuk Memastikan Vaksinasi Tersedia, Mudah Diakses Dan Mampu Dimiliki Kepada Semua Rakyat Malaysia, Terutama Di Kawasan Luar Bandar, Demi Mencapai Imuniti Kelompok Dengan Cepat dan Lancar Menjelang 31.12.2021.

DAP mendesak Kerajaan PN untuk bertindak segera dengan mewartakan semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk memastikan vaksinasi tersedia, mudah diakses dan mampu dimiliki kepada semua rakyat Malaysia, terutama di luar bandar, demi mencapai imuniti kelompok 80% penduduk dengan cepat dan lancar menjelang 31.12.2021. Pada masa ini, hanya terdapat 382 PPV di seluruh negara, yang mana 11 di Pulau Pinang dan 29 di Sabah. Ini jelas tidak mencukupi untuk kedua-dua negeri tersebut.

Bagaimana 382 PPV dengan berkesan dapat memberikan vaksin kepada 80% daripada 32.75 juta penduduk di negara ini, termasuk bukan warganegara? Atas sebab ini, Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) bergerak dengan kadar perlahan dengan 2.4 juta orang menerima dos pertama atau 7.5% penduduk; 1.13 juta mendapat vaksinasi penuh 2 dos atau 3.5% penduduk.

PICK telah teruk tergendala akibat kelewatan tempahan bekalan vaksin oleh Kerajaan PN dan juga penundaan penghantaran, yang menyebabkan kadar vaksinasi yang rendah. Jumlah PPV yang kecil tidak akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi seperti yang boleh dilihat daripada jumlah dos harian yang diberikan pada 6 hari pertama bulan Jun:

1.    6/6 –> 81,183
2.    5/6 –> 72,480
3.    4/6 –> 90,277
4.    3/6 –> 117,563
5.    2/6 –> 105, 655
6.    1/6 –> 98,789

Sekiranya kerajaan terus mengekalkan kadar ini dengan kurang dari 100,000 dos setiap hari, tidak mungkin Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok menjelang 31.12.2021. Mengubah klinik kesihatan menjadi PPV juga akan membantu memperluas jangkauan dan akses vaksinasi ke kawasan luar bandar. Banyak yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak menghadapi masalah logistik untuk pergi ke PPV yang terletak jauh dari rumah mereka.

Bagi Pulau Pinang, jangkaan bagi vaksinasi untuk selesai di negeri ini menjelang September oleh Kerajaan PN adalah tidak realistik. Kadar vaksinasi Pulau Pinang adalah yang keempat terendah dalam negara pada kadar 8.14%, hanya lebih tinggi daripada Sabah, Selangor dan Johor. Wartawan tidak perlu diingatkan akan janji yang dimungkiri Kerajaan PN bahawa semua pengamal media akan menerima vaksinasi pada bulan Mei.

Satu-satunya harapan untuk mencapai sasaran bagi menyelesaikan vaksinasi pada bulan September bergantung bukan hanya pada ketersediaan bekalan tetapi juga pada peningkatan jumlah PPV dari sebelas PPV yang ada sekarang di Pulau Pinang. Kurangnya keyakinan dan defisit kepercayaan bahawa Kerajaan PN akan memastikan pemberian vaksin dengan cepat dan lancar, mungkin adalah sebab mengapa Selangor dan Johor berusaha untuk membeli bekalan vaksin mereka sendiri.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年6月8日在槟城发表的文告:

政府应将所有政府卫生诊所宪报为疫苗接种中心,以便全马来西亚人,特别是乡村地区的人民能够更容易获得和负担得起疫苗接种,迅速且顺利地在今年12月31日时实现群体免疫。

行动党促请国盟政府立即采取行动,将所有政府卫生诊所(Klinik Kesihatan)宪报为疫苗接种中心(PPV),以便全马来西亚人,特别是乡村地区的人民能够更容易获得和负担得起的疫苗接种,好让我国能迅速且顺利地在今年12月31日时为80%人口注射疫苗,实现群体免疫。我国目前共有382个疫苗接种中心,其中11个在槟城,29个在沙巴。对这两个州属而言是严重不足的。

382个疫苗接种中心如何能有效为我国,包括非公民的3275万人口的80%人口接种疫苗?正因如此,我国的冠病免疫免疫计划(PICK)进展缓慢,只有240万人或7.5%人口已接种首剂疫苗;而113万人或3.5%人口已完成接种两剂疫苗。

国盟政府误期购买疫苗以及交付时间被推迟,阻碍了国家冠病免疫计划的进度,并导致疫苗接种率低。而6月首6天的每日疫苗接种数量就说明了,少量的疫苗接种中心无助于提高接种率:

1.    6月6日  –> 8万1183剂
2.    6月5日  –> 7万2480剂
3.    6月4日  –> 9万277剂
4.    6月3日  –> 11万7563剂
5.    6月2日  –> 10万5655剂
6.    6月1日  –> 9万8789剂

如果政府继续以每天少于10万剂的速度进行疫苗接种计划,马来西亚不太可能在今年12月31日前实现群体免疫的目标。将政府卫生诊所转变成疫苗接种中心,将有助于将接种疫苗范围扩大至乡村地区。许多居住在偏远或乡村地区,尤其是沙巴和砂拉越的人民,因疫苗接种中心与住家相距甚远,而面对交通困难的问题。

国盟政府有关槟城可在9月完成疫苗接种计划的预测并不现实。槟城的8.14%疫苗接种率为全国第四低,仅高于沙巴、雪兰莪和柔佛。此外,国盟政府也没有兑现让媒体工作者在5月接种疫苗的承诺。

要让槟城得以在9月完成疫苗接种计划的目标,不仅取决于疫苗供应,还需增加疫苗接种中心数量。对国盟政府确保会迅速和顺利地供应疫苗的承诺缺乏信心和信心赤字,或是雪兰莪和柔佛双双决定自行购买疫苗的原因。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Penang On 8.6.2021:

Gazette All Health Ministry Health Clinics Into Vaccines Administration Centres (PPV) To Make Vaccination Readily Available, Accessible And Affordable For All Malaysians, Particularly In Rural Areas, To Swiftly And Smoothly Achieve Herd Immunity By 31.12.2021.

DAP urges the PN government to act immediately by gazetting all Health Ministry Health Clinics into Vaccines Administration Centres (PPV) to make vaccination readily available, accessible and affordable for all Malaysians, particularly in rural areas, to swiftly and smoothly achieve herd immunity of 80% of the population by 31.12.2021. Currently, there are only 382 PPVs in the country, of which 11 are in Penang and 29 in Sabah. This is grossly insufficient for both states.

How can 382 PPVs effectively vaccinate 80% of the 32.75 million population in the country, including non-citizens? For this reason Malaysia’s National Immunisation Programme (PICK) is moving at snail pace with 2.4 million people receiving their first dose or 7.5% of the population; 1.13 million having the full 2 dose vaccination or 3.5% of the population.

PICK has been greatly hampered by PN government’s late booking of vaccines as well as delayed delivery, resulting in low vaccination rates. The small number of PPVs will not help to increase the vaccination rate as witnessed by the total daily doses administered on the first 6 days in June:

1.    6/6 –> 81,183
2.    5/6 –> 72,480
3.    4/6 –> 90,277
4.    3/6 –> 117,563
5.    2/6 –> 105, 655
6.    1/6 –> 98,789

If the government continues at this rate of less than 100,000 doses daily, it is unlikely that Malaysia can achieve herd immunity by 31.12.2021. Turning health clinics into PPVs will also help to widen the reach and access of vaccination into the rural areas. Many living in the remote or rural areas especially for Sabah and Sarawak face logistic difficulties in getting to the PPVs located far from their homes.

As for Penang, the PN government’s projected completion of the vaccination in the state by September is unrealistic. Penang’s vaccination rate is the fourth lowest in the country at 8.14%, only higher than Sabah, Selangor and Johor. Journalists do not need to be reminded of the PN government’s broken promise that all media practitioners will receive vaccinations in May.

The only hope of achieving the September target of completing the vaccination by September would depend not only on the availability of supplies but also on increasing the number of PPVs from the current eleven PPVs in Penang. The lack of confidence and trust deficit that the PN government will ensure a swift and smooth delivery of vaccines, is probably the reason why both Selangor and Johor are looking at purchasing their own vaccines.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top