Cubaan Sanusi alihkan perhatian terhadap kegagalannya: Ahli Parlimen Syerleena

Kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid di Pulau Pinang pada 2 Jun 2023:

Cubaan Sanusi Alihkan Perhatian Terhadap Kegagalannya

Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah dilihat sebagai percubaan untuk mengalihkan perhatian terhadap kegagalannya mentadbir negeri.

Sebaliknya, semua pihak jelas dengan kedudukan Pulau Pinang di dalam Persekutuan Malaysia justeru, isu persempadanan negeri tidak seharusnya timbul dan menjadi polemik politik tidak matang menjelang pilihan raya negeri (PRN) ini.

Kenyataan Menteri Kedah ini adalah suatu tindakan yang melampaui batas dan sebenarnya bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat khususnya penyokong gabungan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas.  Ini terutama melibatkan kegagalan beliau sebagai Menteri Besar dalam memacu ekonomi negeri Kedah.

Beliau juga ingin mengalih perhatian sebenar berkenaan beberapa perkara yang beliau gagal sebagai Menteri Besar antaranya isu air di Kedah di samping isu pembalakan hutan sehingga berlaku banjir yang mengakibatkan berubahnya keadaan geografi di Yan.

Ketiadaan pelan penyelesaian jangka pendek dan sederhana dalam isu ketiadaan air khususnya di kawasan Kuala Kedah juga dikatakan menjadi bukti kegagalan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Muhammad Sanusi.

Sikap menyalahkan kerajaan-kerajaan terdahulu dan hanya mengharapkan kepada jalan penyelesaian jangka panjang iaitu pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu menjadikan masalah air yang berlaku semakin kritikal saban tahun.

Selain itu, terdapat isu-isu lain yang boleh mencerminkan kegagalan kepimpinan beliau termasuk isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang  tidak mendapat kelulusan oleh pihak berkaitan selain isu pertanian, litar lumba untuk anak muda, stadium baharu dan banyak lagi.

Ketika ini Kedah turut berada di kedudukan kedua dalam senarai negeri termiskin di negara ini selepas Kelantan.

Melihat kepada prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah pada 2021, negeri tersebut mencatatkan sebanyak 3.2 peratus. Untuk rekod, Pulau Pinang mengungguli prestasi KDNK tertinggi dengan 6.8 peratus diikuti Selangor (5.0 peratus), Terengganu (3.6 peratus), Perak (3.5 peratus).

Sehubungan itu, daripada Muhammad Sanusi sibuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti ini, adalah lebih elok beliau menumpukan kepada pentadbiran negerinya yang memerlukan banyak perhatian sewajarnya.

Kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan. Kegagalan dalam hal ini mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan perancangan strategik, dasar yang tidak berkesan untuk menarik perniagaan, peluang pekerjaan yang terhad, dan sokongan yang tidak mencukupi untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sekiranya Kedah sukar untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang menggalakkan dan merangsang pembangunan ekonomi, ia boleh dilihat sebagai kegagalan kecekapan kerajaan negeri.

Kecekapan kerajaan negeri boleh diukur dengan keupayaannya untuk menyampaikan perkhidmatan awam, mengurus sumber dan melaksanakan dasar dengan berkesan. Salah satu bidang utama di mana kerajaan negeri dijangka menunjukkan prestasi yang baik ialah pembangunan infrastruktur.

Kegagalan dalam bidang ini boleh meliputi rangkaian jalan raya yang tidak mencukupi, kekurangan kemudahan asas seperti air bersih dan elektrik, dan pelaburan yang tidak mencukupi dalam sistem pengangkutan awam. Sekiranya Kedah mengalami kelewatan atau kekurangan dalam projek infrastruktur, ia boleh dianggap sebagai kegagalan kerajaan negeri.

Menteri Besar Kedah sebaliknya perlu menteladani komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan permasalahan miskin tegas di seluruh negeri Kedah, tahun ini.

Ke arah itu, semua pihak termasuk jentera kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu berusaha merealisasikan hasrat berkenaan.

Sebagai kesimpulan, isu melibatkan kedudukan Pulau Pinang tidak sepatutnya ditimbulkan oleh mana-mana pemimpin sekali pun kerana ia membabitkan sensitiviti rakyat Pulau Pinang. Janganlah sentimen negeri seperti ini dibudayakan yang kelak akan hanya mencetuskan polemik politik.

Muhammad Sanusi jangan lupa bahawa beliau juga merupakan ‘produk’ dari Pulau Pinang kerana pernah belajar di USM Pulau Pinang. Selain itu, beliau turut pernah bekerja sebagai Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Saya harap permainan retorik politik seperti ini dapat dinoktahkan segera. Negara memerlukan ahli-ahli politik yang bercakap isu-isu yang lebih utama meliputi usaha mengangkat kehidupan rakyat ke tahap lebih baik, memacu kemajuan negara dan mempertingkatkan imej negara di persada antarabangsa.

SYERLEENA ABDUL RASHID
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
ADUN SERI DELIMA


Statement by the Member of Parliament for Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid in Penang, 2 June 2023:

Sanusi’s Statement on Penang: An Attempt to Shift Attention from His Failures

The recent statement by the Menteri Besar of Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, claiming that Penang belongs to Kedah, is seen as an attempt to divert attention from his failure in governing the state.

On the contrary, everyone is clear about Penang’s position within the Federation of Malaysia.

Therefore, issues like this should not arise and immature political polemics should not occur leading up to this state election (PRN).

The statement by the Menteri Besar is an act aimed at diverting the attention of the people, especially supporters of the Perikatan Nasional (PN) coalition, from the recent general elections (PRU).

This primarily involves his failures as the Menteri Besar in driving the economy of Kedah.

He also intends to divert attention from his failures as the Menteri Besar, including the issue of water in Kedah, as well as deforestation leading to floods and changes in the geography of Yan.

The lack of short-term and medium-term solutions to the water issue, particularly in the Kuala Kedah area, is said to be evidence of the state government’s failure under the leadership of Muhammad Sanusi.

Blaming previous governments and relying solely on long-term solutions, such as the construction of a new Water Treatment Plant (LRA), exacerbates the critical water problems that occur.

Furthermore, there are other issues that reflect his leadership failures, including the issue of rare earth element (REE) mining not receiving approval from the relevant authorities, as well as issues in agriculture, youth racing tracks, new stadiums, and many more.

Currently, Kedah ranks second in the list of the poorest states in the country, after Kelantan.

Looking at Kedah’s Gross Domestic Product (GDP) performance in 2021, the state recorded only 3.2 percent. For the record, Penang achieved the highest GDP performance at 6.8 percent, followed by Selangor (5.0 percent), Terengganu (3.6 percent), and Perak (3.5 percent).

Therefore, instead of issuing statements like this, Muhammad Sanusi would be better off focusing on the administration of his state, which requires appropriate attention.

The state government plays a vital role in fostering economic growth and attracting investments. Failures in this regard may be due to a lack of strategic planning, ineffective policies to attract businesses, limited job opportunities, and insufficient support for small and medium enterprises (SMEs).

If Kedah struggles to create a business-friendly environment and stimulate economic development, it can be seen as a failure of the state government’s efficiency.

The efficiency of the state government can be measured by its ability to deliver public services, manage resources, and effectively implement policies. One key area where the state government is expected to perform well is in infrastructure development.

Failures in this area can include inadequate road networks, a lack of basic amenities such as clean water and electricity, and insufficient investment in public transportation systems.

If Kedah experiences delays or shortages in infrastructure projects, it can be considered a failure of the state government.

Instead, the Menteri Besar of Kedah should emulate the commitment shown by the Prime Minister, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, in addressing the issue of poverty throughout the state of Kedah this year.

In that regard, all parties, including the Federal government, state government, and Local Authorities (PBT), need to make efforts to realize this intention.

In conclusion, the issue regarding the status of Penang should not be raised by any leader, as it involves the sensitivities of the people of Penang.

Let’s not cultivate such state sentiments that will only ignite political polemics.

Muhammad Sanusi should not forget that he is also a ‘product’ of Penang, having studied at USM Penang. Additionally, he has previously worked as an Education Officer for Consumers’ Association of Penang (CAP).

I hope that political rhetoric games like this can be stopped immediately. The country needs politicians who discuss more important issues, including efforts to improve the lives of the people, drive the progress of the nation, and enhance the country’s international image.

SYERLEENA ABDUL RASHID
MP BUKIT BENDERA
ADUN SERI DELIMA

Scroll to Top
Scroll to Top