COVIDNOW perlu disusuli dengan tindakan segera bagi melawan pandemik: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Pulau Pinang Pada 10.9.2021:

COVIDNOW, sistem pelaporan baru yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam, adalah perkembangan yang dialu-alukan bukan sahaja untuk meningkatkan ketelusan tetapi juga memberikan data masa nyata, terkini dan terperinci yang dapat membantu mensasarkan hotspot COVID-19.  DAP memuji pasukan empat orang pembangun data di belakang laman sesawang ini – Henry, Calum Lim, Lim Sheng Han, dan Roshen Maghhan, yang menawarkan khidmat dan kepandaian mereka secara sukarela.

Usaha mereka tidak boleh disia-siakan tetapi data terperinci harus dikaji dan dianalisa dengan tindakan yang bersasar. Sekiranya data COVIDNOW disusuli dengan tindakan segera, ini memberikan harapan bahawa pendekatan keseluruhan masyarakat yang melibatkan semua segmen masyarakat dapat ikut serta untuk menang dalam pertempuran melawan COVID-19.

Sebagai contoh, Pulau Pinang melaporkan rekod tragis tertinggi baru sebanyak 47 kematian pada 9 September dengan 2,243 kes. COVIDNOW mendedahkan bahawa Pulau Pinang mempunyai jangkitan per kapita tertinggi di negara ini. Data sepanjang 2 minggu lepas menunjukkan bahawa Pulau Pinang menduduki tempat pertama di negara ini dengan 14.3 kes per seribu penduduk tertinggi, berbanding purata nasional sebanyak 8.5 kes. Jumlah kematian per seratus ribu penduduk di Pulau Pinang juga meningkat naik dengan 19.2 kematian, yang ketiga tertinggi di negara ini, berbanding dengan purata nasional pada 13.1 kematian.

Penggunaan ventilator di Pulau Pinang juga merupakan yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu 59.1% berbanding dengan purata nasional pada 37.5%. Kadar penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pulau Pinang adalah yang kedua tertinggi di negara ini iaitu 98.2%, berbanding purata nasional 78.4%. Statistik yang suram ini memberi petanda kepada jumlah kematian yang lebih tinggi di Pulau Pinang dalam beberapa hari akan datang.

Kadar positiviti bagi Pulau Pinang pada 16.02% dalam tempoh 7 hari berakhir 6 September adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada saranan 5% oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini bukan sahaja menunjukkan kekurangan ujian yang menyeluruh malah jangkitan berlaku di dalam komuniti dan keadaan mungkin akan bertambah buruk sebelum menjadi lebih baik.

Terdapat keperluan mendesak bagi Kerajaan Persekutuan untuk mencurahkan sumber serta tenaga kerja, ubat-ubatan, lebih banyak katil ICU dan kemudahan untuk merawat pesakit yang sakit kepada hospital-hospital kita yang sedang tertekan bagi melindungi keselamatan kakitangan dan pesakitnya. Pulau Pinang juga perlu memanfaatkan kelebihan daya saing kita iaitu memiliki sektor perubatan swasta terbaik di Malaysia dengan memanfaatkan kepandaian, kemahiran dan kepakaran mereka.

Rakyat Pulau Pinang mengharapkan berita baik apabila Khairy membuat lawatan rasmi ke Pulau Pinang esok. Mungkin ada ruang bersama bagi bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kebaikan rakyat demi kemenangan dalam pertempuran menentang COVID-19 bersama-sama demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年9月10日在槟城发表文告:

卫生部长凯里昨日宣布推出COVIDNOW资讯网,我们欢迎这个新的报告系统,因为它的出现不仅可以提高透明度,还能够提供实时、最新和详细的数据,有助于我们找出冠病的热点。民主行动党赞扬网站背后的四人数据开发团队,即Henry、Calum Lim、Lim Sheng Han和Roshen Maghhan,他们自愿无偿提供专业的服务。

他们的努力付出不应该被浪费,在得到数据后,应通过研究和分析这些数据,然后采取针对性的行动补救。如果能够依COVIDNOW的数据立即采取行动,这无疑会给整个社会的各个阶层带来一些希望,并能总动员一起打赢这场抗疫之战。

举例来说,槟城在9月9日共出现了2243例确诊,更令人悲痛的是它还创下了47例的新死亡新高。COVIDNOW显示,槟城的人均感染率是全国最高的。过去两周的数据显示,槟城在全国排名第一,每千人中有14.3例,而全国平均为8.5例。槟城每十万人口的死亡人数也攀升至19.2人,在全国排名第三,而全国平均为13.1人。

槟城的呼吸机使用率为全马第二高,达59.1%,而全国平均率为37.5%。槟城的加护病房使用率也是全马第二高,达98.2%,而全国平均率为78.4%。这严峻的统计数据预示着槟城未来几天的死亡率或将增加。

截至9月6日,槟城的7天平均阳性率为16.02%,是世界卫生组织建议标准5%的三倍之多。这不只显示出我国检测量不足,且已发生社区感染,使得疫情或会变得更糟。

联邦政府迫切需要向超负荷医院投入资源和能力、药物、更多的加护病房病床和照顾病人的设施,以保护工作人员和病人。槟城也应该利用拥有全马最好的私营医疗机构的竞争优势,寻求相关专业人士在知识、技能和专业上的帮助。

凯里明天将正式访问槟城,槟城人希望他可为槟城带来好消息。为了公共利益,希望当局可与槟州政府携手合作,共同战胜新冠疫情,挽救生命和生计。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Penang On 10.9.2021:

COVIDNOW, the new reporting system announced by Health Minister Khairy Jamaluddin yesterday, is a welcome addition not only to promote transparency but also provide real-time, up-to-date and granular data that can help to target the COVID-19 hotspots. DAP applauds the four-person data developers team behind the website – Henry, Calum Lim, Sheng Han Lim, and Roshan Maghhan, who volunteered their services and intelligence pro-bono.

Their efforts should not be wasted but granular data studied and analysed with targeted action. If COVIDNOW data is followed up with immediate action, this gives some hope that the whole-of-society approach involving all segments of society can participate to win the battle against COVID-19.

For instance, Penang reported a new tragic record high number of 47 deaths on 9 September with 2,243 cases. COVIDNOW reveals that Penang has the highest infections per capita in the country. Data over the last 2 weeks shows that Penang is No.1 in the country with the highest 14.3 cases per thousand population, compared to the national average of 8.5 cases. The number of deaths per hundred thousand population in Penang is also creeping up at 19.1 deaths, the third highest in the country, compared to the national average of 13.1 deaths.

Ventilator utilisation in Penang is also the second highest in Malaysia at 59.1% compared to the national average of 37.5%. The Intensive Care Unit(ICU) utilisation rate in Penang is the second highest in the country at 98.2%, compared to the national average of 78.4%. This grim statistic portends a higher number of deaths in Penang in the coming days.

Penang’s positivity rate of 16.02% over 7 days ending 6 September is more than 3 times higher than the World Health Organisation(WHO) 5%. This indicates not only widespread undertesting but that the infection is within the community and that the situation is likely to get worse before getting better.

There is an urgent need for the Federal government to pour resources and manpower, medicines, more ICU beds and facilities to care for sick patients to our overstretched hospitals in order to protect the safety of its staff and patients. Penang should also leverage on our natural competitive advantages of having the best private medical sector in Malaysia by tapping on their brains, skills and expertise.

Penangites hope for good news when Khairy makes an official visit to Penang tomorrow. There can be common ground for collaboration with the Penang state government for the public good to win the battle against COVID-19 together to save lives and livelihood.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top