Kenyataan Media (George Town, 5 Ogos 2021):
CIVac perlu disegerakan dan bukan ditunda
Jumlah kes Covid-19 di Pulau Pinang terus menunjukkan peningkatan mendadak sehingga Jabatan Pesakit Luar Hospital Pulau Pinang terpaksa ditutup mulai 4 Ogos 2021 bagi diubah suai menjadi wad pemerhatian dan rawatan awal untuk pesakit Covid-19. Ini menunjukkan virus Covid-19 telah pun menular di kalangan komuniti warga Pulau Pinang dan sistem kesihatan negeri kini berada di ambang kelumpuhan.
Nescaya, satu-satunya langkah bagi menangani pandemik Covid-19 dan memastikan warga Pulau Pinang kembali ke norma kehidupan pra-Covid-19 adalah melalui vaksinisasi.
Kadar vaksinasi perlu dipergiatkan lagi
Namun, walaupun Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mula dijalankan sejak bulan Februari yang lalu, masih ramai warga Pulau Pinang yang belum menerima temu janji dos pertama vaksin Covid-19, termasuk sebilangan warga emas yang ‘tercicir’. Berdasarkan data semasa Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), hanya 18.2% warga Pulau Pinang yang sudah menerima dua (2) dos vaksin Covid-19 setakat ini.
Bagi mempergiatkan lagi kadar vaksinisasi di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah memberi kerjasama penuh kepada pihak Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan sehingga kini telah berjaya mewujudkan 101 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk PIKAS di negeri ini. Selain itu, beberapa buah bas CAT tajaan Kerajaan Negeri turut diubah suai sebagai PPV Bergerak (mobile PPV) yang digunakan dalam program Outreach Vaksinisasi anjuran CITF.
CIVac bagi sektor pembinaan
Antara program vaksinasi yang turut disokong oleh Kerajaan Negeri adalah program Construction Industry Vaccination (CIVac) wilayah utara yang dijadualkan berlangsung mulai hari ini, 5 Ogos 2021, bertempat di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya.
Malangnya, berita baru diterima petang semalam bahawa pelaksanaan program CIVac di Pulau Pinang dan Johor terpaksa ditunda selama seminggu kepada 12 Ogos 2021.
Umum mengetahui industri pembinaan merupakan salah satu sektor yang kritikal, bukan sahaja dari segi penularan virus malah juga dari segi potensi pemulihan ekonomi kerana sektor ini merupakan penyumbang ekonomi utama yang bakal menjana peluang pekerjaan dan kesan limpahan (spillover effects) yang positif.
Menurut data Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sendiri, terdapat seramai 47,950 pekerja sektor pembinaan di Pulau Pinang. Justeru, jumlah vaksin yang diberi untuk 30,000 pekerja sahaja jelas tidak mencukupi dan harus ditambah dalam fasa akan datang. Pun begitu, vaksinasi pekerja-pekerja wajar dimulakan dengan kadar segera.
Segerakan dan bukan ditunda
Kerajaan Negeri amat kesal dengan penundaan program CIVac di Pulau Pinang dan berpendirian bahawa program perlu disegerakan dalam masa terdekat. Keselamatan rakyat Pulau Pinang secara amnya dan juga para pekerja sektor pembinaan secara khusus perlu diberi keutamaan dan tidak wajar diabaikan.
Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

2021年8月5日新闻稿
建筑业疫苗接种计划(CIVac)必须加速,而不是展延
槟城冠病确诊数据持续攀升,中央医院门诊于本月4日,也被迫“关闭”,改为冠病观察病房。这显示,槟州的社区感染已导致州内的医疗系统瘫痪。
为此,只有群体免疫,才能让槟城回到冠病以前的生活;而通过接种疫苗,才能达致群体免疫。
疫苗接种率必须再提高
然而,在今年2月开始的国家新冠肺炎免疫计划(PICK)中,仍有不少槟城人尚未接获接种第一剂疫苗预约,其中“被遗漏者”还包括乐龄人士。根据新冠疫苗供应特别委员会(JKJAV)数据显示,只有18.2%槟城人已完成两剂疫苗接种。
为了确保疫苗接种计划加速进行,槟州政府已给予新冠疫苗接种特工队
(CITF)全力的配合,同时更在公私合作工业免疫计划(PIKAS)下成立了101个疫苗接种中心。另外,几辆的CAT快捷通巴士,也“被打造”成流动疫苗接种中心。
建筑业疫苗接种计划
槟州政府也支持即日起,在实布朗再也Sunway Carnival会展中心所进行的北马区域建筑业疫苗接种计划。
但,非常不幸的,昨天晚上我们接获消息,指槟州与柔佛的建筑业疫苗接种计划,必须延迟一周,展延至本月12日。
众所周知,建筑业属于病毒扩散的高风险行业。但,建筑业对国家目前也极为重要,是刺激国家经济和创造就业机会的行业。根据马来西亚建筑业发展局(CIDB)数据,槟州共拥有4万7950名建筑业工人。惟,在建筑业疫苗接种计划下,所获的疫苗只有3万剂,并不足以让这些建筑业工人接种。州政府认为有必要在接下来的接种计划中,增加疫苗剂量。
即刻而不是展延
槟州政府非常遗憾,建筑业疫苗接种计划被展延了,并且认为有关计划,必须在短时间内即刻进行。槟州人与建筑业工人的安全必须优先。
再里尔
槟州基设与交通事务委员会主席