Kenyataan Media Lim Hui Ying, Calon Pakatan Harapan P049 Tanjong pada 16 November 2022 (Rabu) di George Town, Pulau Pinang:
KEMPEN PILIHAN RAYA PAKATAN HARAPAN PULAU PINANG
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan dan dorongan yang kuat yang diberikan oleh para penduduk Pulau Pinang kepada calon-calon Parlimen Pakatan Harapan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bermula sejak 5 November 2022. Sokongan padu daripada Rakyat Pulau Pinang merupakan sumber kekuatan kepada kami untuk terus menabur bakti kepada Pulau Pinang dan negara Malaysia yang tercinta.
Sukacita ingin saya memaklumkan bahawa satu ceramah perdana akan diadakan pada 18 November 2022 (Jumaat), iaitu malam sebelum hari mengundi di Persiaran Karpal Singh bermula pada jam 7.30 malam. Kesemua calon Pakatan Harapan dijangka akan menghadiri ke ceramah perdana tersebut bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang yang lain.
Berikutan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan dijangkakan hujan lebat akan berlaku pada waktu petang, kami telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan ceramah perdana di Padang Kota Lama mahupun di Padang Han Chiang memandangkan ini akan menyusahkan para penyokong untuk menghadiri ke ceramah di kawasan padang.
Meskipun Padang Kota Lama dan Padang Han Chiang merupakan padang ‘keramat’ kami yang telah menyaksikan ceramah yang dibanjiri oleh ramai penyokong pada tahun 2008, 2013 dan 2018, kami berharap penyokong Pakatan Harapan dapat memahami keputusan untuk tidak mengadakan ceramah di kawasan padang ini berikutan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Ini adalah selaras dengan seruan asal Pakatan Harapan kepada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional supaya tidak membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum menjelang musim monsoon dan musim tengkujuh pada akhir tahun, namun hakikatnya Barisan Nasional dan Perikatan Nasional telah membelakangkan rakyat dan telah mengakibatkan kesusahan untuk mengadakan kempen Pilihan Raya Umum meskipun agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran terhadap keadaan cuaca pada akhir tahun.
Kami juga ingin menyeru kepada semua pengundi Pulau Pinang untuk melibatkan diri secara aktif pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 ini. Pilihan Raya Umum kali ini bukan sahaja kempen untuk calon dan parti politik tetapi kami ingin menyeru supaya semua pengundi Pulau Pinang dapat memainkan peranan aktif untuk mengajak semua keluar mengundi beramai-ramai menjelang 19 November 2022 nanti.
Kami berharap agar semua pengundi dapat menyeru sanak-saudara, jiran dan keluarga mereka untuk turut keluar mengundi dan menyalurkan bantuan kepada para pengundi yang menghadapi kesukaran mobiliti untuk hadir ke pusat mengundi bagi menunaikan tanggungjawab penting demi negara Malaysia yang tercinta.
希望联盟P049丹绒国会议席候选人林慧英于2022年11月16日(星期三)在槟城乔治市所发表的文告:
槟州希望联盟竞选活动
首先我要感谢所有槟州人民对于希望联盟候选人的热烈支持及鼓励,在2022年11月5日正式开始的第15届全国大选竞选期间给予我们大力的支持。槟州人民的大力支持正是我们效劳槟州及马来西亚动力的泉源。
我也在此宣布槟州希望联盟也将于2022年11月18日(星期五)晚上7时30分,也就是选前之夜于卡巴星大道主办大型座谈会。当天晚上将出席该场座谈会的预计有希望联盟全体槟州候选人以及槟州希望联盟各个领袖及人民代议士。
随着近日气候变幻莫测,尤其是在傍晚开始槟州多区都会出现下大雨的情况,我们也决定在这第15届全国大选竞选期间将不会在旧关仔角大草场或韩江大草场举办大型座谈会。这项避开在草场上举办大型座谈会是为了方便前来出席座谈会的支持者们,在面对气候不定及雨季的情况下能够更舒适的出席我们的座谈会。
虽然旧关仔角大草场及韩江大草场一直都是我们历届全国大选的福地,但我们希望民众及支持者能够体谅我们这次的考量,在恶劣天气的影响之下想让所有出席的支持者能够在比较舒适的环境下聆听领袖们发表政见演讲。
这也符合希望联盟早前的呼吁,那就是促请国阵及国盟联邦政府不应该在面对雨季及季候风的情况下贸贸然的解散国会,让民众在恶劣的天气情况下进行选举及竞选活动。尽管国家气象预测局早前已经发出严重警告表明年尾的气候环境非常不适合举办全国大选,但国阵及国盟政府依旧一意孤行,不把人民的安危放在眼里的解散国会。
在此,我们也呼吁所有的槟州选民在这次的第15届全国大选能够采取更加积极的心态,让大家一同参与这次的竞选期,并成为除了候选人及政党以外的重要选举环节。我呼吁槟州的选民除了要确保大家出来投票履行大家作为选民的责任之外,也希望大家能够发挥守望相助的精神,协助那些行动不便的选民也一同履行选民的责任,在这届的全国大选投下手中神圣的一票。