Cadangan kenaikan kadar GST di Singapura sehingga 9% mengesahkan trend sedunia di mana kadar GST hanya akan bertambah naik jika tidak dimansuhkan

Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat, telah mengumumkan dalam ucapan belanjawan 2018 beliau pada 19 Feb bahawa kadar GST negara berkenaan akan naik dari 7% menjadi 9% dalam tempoh di antara 2021 dan 2025. Apabila GST pertama sekali diperkenalkan di Singapura, kadarnya hanya pada 3% sahaja.

Ini mengesahkan trend sedunia di mana, apabila GST diperkenalkan, kadarnya hanya akan menaik. Satu-satunya jalan penyelesaian untuk menghalang kenaikan kadar GST adalah menerusi penghapusannya. Inilah janji Pakatan Harapan. Kami akan hapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama kami mengambil alih kuasa pemerihanan, dan kami akan memulihkan Cukai Jualan dan Khidmat (SST).

Sebaliknya, BN terus memuji GST sebagai sesuatu yang diperlukan demi menyelamatkan Malaysia. Pilihannya adalah jelas. Dengan memberikan sokongan kepada BN, GST bukan sahaja akan dikekalkan, malah kemungkinan besar akan dinaikkan kadarnya pada masa hadapan. Hanya dengan menggantikan BN dengan PH, barulah GST akan dihapuskan sama sekali.

Singapura adalah sebuah ekonomi yang berpendapatan tinggi, maka ianya mampu melaksanakan GST. Sesunggunya, Singapura amat berhati-hati bila memperkenalkan GST pada mulanya, dengan kadar 3% sahaja kerana mereka khuatir mengenai impak negative terhadap ekonomi negara. Lainlah dengan Malaysia yang mulakan GST pada kadar 6%, mengakibatkan dislokasi ekonomi dan gangguan kadar kehidupan yang menyusahkan rakyat jelata.

Menurut laporan Bank Dunia, pada tahun 2016, KDNK per-kapita untuk Malaysia adalah USD9,503 sementara untuk Singapura adalah USD52,961. Singapura mampu memperkenalkan GST kerana ekonominya jenis pendapatan tinggi, 5.6 kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia. Inilah sebab mengapa peniaga-peniaga kecil di Malaysia menderita teruk berbanding dengan Singapura.

Ameer Ali Mydin, pengarah pengurus untuk rantaian hypermarket yang popular Mydin, berkata bahawa hypermarket dan supermarket di Malaysia yang menguasai 50% pasaran runcit di Malaysia telah mengalami pertumbuhan negative kerana orang ramai tiada duit. Sunggpun kadar pertubuhan KDNK adalah 5.9% pada tahun 2017, jualan runcit telah menurun akibat dari harga barangan yang naik mendadak. Antara barang-barang individu yang dinamakan oleh Mydin adalah harga sayur kobis dari Cameron yang naik 29% dalam tempoh lima tahun ini, ikan kembung hitam yang naik 19.5%, sos cili jenama Maggi yang naik 38.8% dan sardine jenama Ayam yang naik 30.6%.

Ekonomi pendapatan rendah yang memperkenalkan GST pasti mengalami kadar inflasi dan kos kehidupan yang naik melambung. Rakyat Malaysia dari kelas menengah ke bawah mendapati kehidupan mereka telah menjadi lebih miskin secara relatif, di mana kadar kenaikan gaji mereka gagal bertanding dengan kadar inflasi atau kadar perumbuhan KDNK.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad masih merupakan Perdana Menteri, beliau enggan memperkenalkan GST walaupun paa masa Malaysia menghadapi krisis ekonomi teruk, kerana beliau sedar dengan kesan impak enonomi buruk yang datang bersama GST khasnya terhadap golongan miskin dan perniagaan kecil. Regim BN masa kini tidak peduli dengan masalah ini, dan hanya ingin mencari jalan menutup “lubang kewangan” yang diakibatkan oleh skandal-skandal kewangan, khasnya skandal 1MDB yang bernilai RM52 bilion.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top