Sdr Chow Kon Yeow mengumumkan pemberian setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini mengumumkan pemberian 0.5 bulan gaji atau kadar minimum RM1,000 kepada 3,905 anggota perkhidmatan awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bayaran bagi Bantuan Khas Kewangan (BKK) berkaitan akan dibuat pada 28 Mei 2019 dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.27 juta.
“Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi BKK kepada kakitangan awam negeri dengan bayaran sebanyak 0.5 bulan gaji atau minimum RM1,000,” ucapnya pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Bersama-sama Y.A.B Ketua Menteri dekat sini pagi ini.
Berita daripada Buletin Mutiara: https://bit.ly/2VfUdXO
#ILovePenang #Penang2030